29 | BABYGIRL

5.6K 158 7
                                    

TANGANNYA meramas jari-jemarinya di atas riba. Sesekali pandangannya melirik ke arah Datin Aderin yang setia duduk di sebelahnya.

Baju kurungnya di badannya membuatkan dirinya tidak berasa selesa. Hana menarik nafas dalam sebelum dihembus perlahan. Betul ke apa yang dia buat sekarang ni?

Nak menyesal sekarang pun dah tiada guna. Sebab majlis pun dah nak mula kejap lagi.

"Hana?"

Panggilan dari Datin Aderin membuatkan dia tersentak.

"Hah apa Ma?" terpinga-pinga Hana dibuatnya.

"Ish kamu ni mengelamun lagi" tangannya ditepuk lembut oleh Datin Aderin. Hanya sengihan kecil yang mampu Hana beri pada Datin Aderin untuk menutup rasa gelisah dalam dirinya.

"Jadi boleh kita mula sekarang sesi pertunangan" ujar seorang lelaki berusia memecah kesunyian. Semua yang berada di situ mengangguk mengizinkan.

Wanita elegan berusia yang nak dekat sebaya dengan Datin Aderin berjalan mendekati ke arahnya dan duduk bersimpuh. Hana menahan debaran yang semakin menggila dalam dirinya.

Ya Allah benarkah apa yang aku buat ni?

"Hana hulurkan tangan. Ibu mentua kamu nak sarung cincin tu" ujar Datin Aderin.

Dalam diam Datin Aderin menahan sebak di dada. Melihat muka anak perempuannya tahulah dia yang anaknya tidak bersedia. Tapi apa yang mampu dia buat majlis pertunangan pun dah bermula.

Tangannya yang dihulur pada wanita sebaya Mamanya itu terasa disentuh lembut. Menggigil-gigil badan kecilnya. Berdebar jantungnya berhadapan dengan bakal mentuanya.

Tergelak kecil wanita berusia di hadapannya.

"Kenapa sejuk sangat tangan Hana ni. Ibu bukan nak makan kamu pun nak sarung cincin je" jari manis yang sudah tersarung cincin pada tunang anaknya dielus lembut. Pandai anaknya memilih perempuan untuk dijadikan isteri. Cantik dan ayu!

Merah berona muka Hana dibuatnya. Terdengar gelakan kecil para kaum wanita yang berada di sekelilingnya. Malunya mana nak sorok muka ni!

"Ibu apa ni usik tunang angah" celah Izz. Bukan dia tidak perasan muka tunangnya berubah merah. Mesti terlampau malu dengan usikan dari ibunya.

"Alahai , anak teruna seorang ni. Nak usik tunang dia pun tak boleh. Nak pertahankan jugak" ujar Datin Maria. Sempat matanya menjeling manja pada anak keduanya.

"Biasalah Maria bila dah sayang. Semua dia nak pertahankan buah hati dia" usik Datin Aderin pula. Bahu anak daranya dicuit mengusik.

Menunduk kepala Hana. Malunya tak usah disebut. Rasa macam nak tanam kepala sahaja dalam tanah. Biar semua orang tak nampak pipinya yang merah menyala.

"Sudahlah tu usik anak awak tu. Jom kita tangkap gambar dekat pelamin sana" ajak Dato Adhwa yang sedari tadi menjadi penonton tidak berbayar. Dari tadi kepalanya menggeleng. Suka betul sakat anak sendiri.

"Jom jom saya pun dah rasa tak sabar nak tangkap gambar dengan bakal besan saya ni" tangan Datin Maria ditarik bangun sekali dengannya. Seperti majlis mereka pulak dibuatnya.

"Hana , awak boleh bangun tak. Jom kita tangkap gambar sekali" ajak Izz. Belum sempat tangannya menggapai lengan Hana tangannya sudah ditepuk awal-awal oleh Datin Maria.

"Gatal"

Tergaru kecil kepala Izz mendengar. Rasa malu mula ada. Sedar mereka masih belum mempunyai ikatan yang sah. Keluhan lemah terkeluar dari seulas bibirnya. Bilalah nak halal?

"Jangan nak mengeluh. Tunggu sikit lagi masa" bisik Datin Maria pada telinga anak keduanya.

Tercengang Izz. Ibunya dengar ke dia mengeluh. Ni lah akibatnya tak pandang kiri kanan. Last-last kantoi dengan ibu sendiri.

His Babygirl [𝑪]Where stories live. Discover now