27 | BABYGIRL

5.5K 180 11
                                    

TIDAK lekang fail di hadapannya diteliti satu persatu. Keluhan kecil terlepas dari bibirnya. Kerusi kerjanya terus dipusing menghadap ke arah bangunan-bangunan yang tersegam indah di belakang syarikatnya.

Hayzack tersenyum sinis. Lagi 4 hari lagi maklumat perempuan itu akan sampai ke tangannya. Sebenarnya apa yang dia ceritakan dekat Rayyan bukan sepenuhnya. Tapi memang dia tidak menipu cerita itu memang benar sekali.

Tapi ada benda lain yang dia cari sebenarnya. Yang pastinya memang penting. Sebab dia keliru bila dapat tahu nama panjang perempuan itu. Seperti sama dengan gadis kecilnya.

Bila dia perasan nama perempuan itu? Sejak fail projeknya dengan syarikat perempuan itu ada di tangannya. Waktu itu dia meneliti satu persatu jika ada kesalahan di dalam fail projek itu.

Dan sewaktu itu dia perasan di setiap helaian muka surat itu ada tanda tangan. Jadi bila nampak automatik kepalanya melihat bawah tanda tangan itu. Memastikan bahawa perempuan itu tulis atau tidak nama atau sebagainya.

Tapi lain yang jadi apabila dia terpandang nama perempuan itu. Sebab itu punca utama dia menyuruh Rayyan mencarinya. Bukan sahaja-sahaja tapi ada sebab tersendiri.

Biarlah benda ini dia seorang sahaja yang tahu. Dia tidak mahu orang melabelkan dia jenis penyibuk sampai sanggup godam maklumat orang. Sebab itu dia sekadar menyuruh Rayyan. Buat apa suruh orang lain sedangkan kawan sendiri pun pandai hacker?

Ketukan di pintu membuatkan Hayzack tersentak dari lamunan. Kerusinya dipusing kembali ke tempat duduk. Baju kot di tubuh dibetulkan.

"Masuk"

Sejurus itu muncul tubuh Aidil di sebalik pintu.

"Lepas ni Tuan ada meeting dengan klien dari syarikat TZ Anycroup. Waktu lunch hour" maklum Aidil pada Hayzack di hadapan meja. Lincah tangannya menggesek-gesek Ipad di tangannya.

Kepala Hayzack mengangguk.

"Perempuan ke lelaki?" soal Hayzack seperti selalu. Bukan apa dia kalau bab perempuan ni leceh sikit. Nak bawak berbincang pergi ke topik lain. Lagi senang kalau bekerjasama dengan lelaki. Bincang settle that it simple!

"Perempuan Tuan"

Kedua belah mata ditutup Hayzack.

Damn it!

"Kalau macam tu kau boleh keluar. By the way thank ingatkan jadual aku" ucap Hayzack.

"No problem , Tuan" usai itu Aidil menundukkan badan sedikit sebelum melangkah keluar.

Tertutup sahaja pintu pejabatnya. Hayzack terus menghembus nafas lemah. Terpaksalah dia tarik Aysar hari ini. Bukan sebab apa kalau ada Aysar senang sikit. Lagi cepat kerja dia settle.

Tanpa membuang masa laci meja ditarik. Nampak sahaja objek nipis itu tangannya terus menggapai. Tekun dia mencari nama Aysar di dalam contact telefon itu. Butang call terus ditekan. Lama dia menunggu telefonnya diangkat.

Dengar sahaja sapaan orang disana. Hayzack terus menjawab.

"Kau busy tak hari ini?" soal Hayzack tenang. Pen di tangan dipusing-pusing. Menunggu jawapan Aysar.

His Babygirl [𝑪]Where stories live. Discover now