45 | BABYGIRL

5.6K 155 0
                                    

KEPALA Hayzack angkat untuk melihat gerangan yang sesuka hati menarik kerusi di mejanya. Berkerut dahinya apabila jelas di iris mata satu susuk tubuh lelaki yang dikenali yang mengambil tempat di hadapannya.

"Kau buat apa kat sini?" soal Hayzack senada. Matanya sesekali meliar memandang sekeliling restoran mewah itu. Banyak lagi tempat kosong tapi kenapa depan dia jugak yang lelaki depan dia ni nak duduk?

"Nak jumpa kau. Nak tanya pasal kakak aku!" kata Harraz menjawab segala persoalan yang berada di minda lelaki itu sekaligus. Bukan dia tak tahu muka Hayzack berkerut. Mungkin pelik dengan kehadirannya yang secara tiba-tiba tanpa diundang

"Pasal Hana. Kenapa dengan Hana?" tanya Hayzack. Air minuman yang berada di tepi makanannya dicapai sebelum disedut dengan straw yang sudah disediakan.

"Aku straight to point jelah. Malas nak berbasi-basi lagi. Aku nak bawak kakak aku balik kat rumah Mama Papa aku semula" ujar Harraz. Tubuh badan belakangnya disandar pada kerusi.

"Why so sudden? Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba je. Lagi pun bukan Papa kau dah halau Hana ke?" soal Hayzack bingung. Dia sendiri nampak depan mata yang Dato Adhwa menghalau Hana. Ni tiba-tiba pulak nak kutip balik. Pelik!

Harraz mengeluh perlahan. Terpaksalah dia bukak balik cerita tentang kehadiran Izz yang berkunjung di rumah keluarganya.

"Minggu lepas Izz ada datang rumah keluarga aku. Dia sendiri dah terang depan Mama Papa aku dari awal sampai part tunang dengan kakak aku. Jujur aku kata aku terkilan sebenarnya dengan dia. Aku fikir dia ikhlas waktu bertunang dengan Hana tapi rupanya tak. Punca dia sebab ikut perancangan seseorang. Papa aku apa lagi memang marahlah waktu tu. Anak yang dia jaga kena aniaya dengan orang siapa tak marah. Sebab tu aku nak bawak kakak aku balik. Ada lah Papa aku nak kata dengan kakak aku. Nak betulkan keadaan mungkin?" cerita Harraz panjang lebar.

"Perancangan dia aku dah tahu dari awal" ujar Hayzack bernada sinis. Harraz di hadapannya dipandang sekilas. Lambat betul lelaki tak guna tu buat kerja. Dah lepas kena terajang sepak tumbuk dengan anak buah Aysar baru nak bagitahu ke?

"Apa maksud kau?" soal Harraz tertanya-tanya.

"Aku ada upah untuk siasat hal dia. Sebab aku rasa something wrong dengan Izz tu. Dan betul firasat hati aku. Jadi bagi aku tak pelik pun bila kau dah tahu semua" selamba sahaja Hayzack menjawab segala benda seolah tidak terkesan jika kebenaran sudah diungkap satu-persatu.

"Kau dah tahu dari awal tapi kenapa kau tak bagitahu dekat aku?" rahang Harraz ketap kuat. Nak marah tapi kebenaran pun dia dah tahu. Sabar jelah!

"Kalau aku bagitahu dekat kau. Kau boleh ke halang rancangan dia. Aku tanya kau boleh ke? Lagi pun orang yang suruh Izz tu licik. Tak pasal-pasal daripada Hana seorang yang kena kau sekali terjebak nanti" kata Hayzack bernada sinis. Dia bukannya tak nak terangkan tapi dia fikir akibat bila seseorang terjebak sekali dalam masalah yang berlaku ini.

Rambut Harraz raup ke belakang. Serabut dengan segala benda yang terjadi secara tiba-tiba. Lepas satu-satu benda yang dialami oleh Hana. Bagaimanalah kakaknya boleh menanggung seorang diri?

"Back to the topic tadi. Aku nak bawak Hana balik jadi tolong bagitahu aku location rumah yang dia duduk. Aku rasa kau je yang tahu sekarang ni" keras nada Harraz bersuara.

Kepala Hayzack mengangguk kecil.

"Boleh , tapi after aku bawak Hana ke rumah family aku dulu baru aku bagitahu" kata Hayzack mendatar. Kedua belah tangannya disilang ke dada seraya kedua keningnya terangkat.

"Jadi macam mana. Deal?"

"Deal but before tu kau nak buat apa sampai nak bawak kakak aku pergi rumah family kau" ujar Harraz bernada serius.

His Babygirl [𝑪]Where stories live. Discover now