48 | BABYGIRL

4.8K 127 1
                                    

KUAT hembusan nafas Hana lepaskan. Tangan di sisi digenggam kuat seolah meminta kekuatan. Kalau dia nak balik semula ke rumah Nisa boleh tak? Takutlah pulak nak masuk dalam!

Baru sahaja Hana mahu memusingkan tubuhnya ke belakang. Secara tiba-tiba pesanan Hayzack padanya menerjah kembali ke dalam mindanya.

"Kalau kau lari. Jangan harap aku nak cerita pasal Bonda dekat kau"

Gigi Hana ketap kuat. Ugutan yang tak berasas tu cis! Sakit betul hati dia. Hana kembali memusingkan badannya. Suis loceng yang berada di tepi pagar rumah agam orang tuanya ditekan.

Redah jelah!

Pagar automatik itu terus terbuka luas. Susuk tubuh seseorang melangkah keluar. Berkerut dahi Harraz melihat Hana dan baru dia teringat mengapa kakaknya pulang. Tidak tunggu lama susuk tubuh kecil itu terus didorong masuk ke dalam pelukannya.

Rindu!

"Ya Allah Harraz tudung aku" mahu sahaja Hana meraung dekat situ. Sudahlah hampir setengah jam dia betulkan awning semata-mata. Dan Harraz pulak pergi merosakkannya.

"Eh sorry sorry" lantas tubuh kecil itu dilepaskan. Bibir bawah Harraz ketap apabila terpandang reaksi muka Hana yang bertukar cemberut. Tergaru kecil kepalanya.

"Kau ni kan—"

Belum sempat percakapan Hana habis suara seseorang terlebih dahulu mencelah percakapannya.

"Hana?"

Kepalanya terus berpusing memandang gerangan bersuara lembut itu. Baru sahaja bibirnya mahu mengoyak senyuman terus perlahan-lahan bibirnya mengendur. Kelat sahaja mukanya apabila terpandang susuk tubuh tua di belakang tubuh Datin Aderin.

Papa?

"H—Hana Papa mintak maaf"

Dapat Hana rasakan di sebalik suara itu tulus meminta maaf padanya. Lambat-lambat langkah Hana buka mendekati dua orang tubuh kesayangannya.

Sesampai sahaja tubuhnya di hadapan Dato Adhwa dan Datin Aderin. Tangan kedua milik ibubapanya terus diambil dan dielus perlahan. Kepalanya diangkat sambil bibirnya melorek senyuman manis.

"Papa Mama Hana mintak maaf" sedar salah dari dirinya dan dia tidak sepatutnya memarahi Dato Adhwa. Walhal benda yang berlaku ini pun mereka berdua tidak meminta.

"Patutnya Papa yang kata macam tu pada kamu Hana" tangan Dato Adhwa mengelus lembut kepala Hana yang tersarung dengan tudung. Rindu mahu melihat keletah manja anak perempuannya!

"Hana dah lama maafkan Papa. Tak pernah pun Hana simpan di hati perasaan sakit hati Hana terhadap Papa walau seinci zarah" ujar Hana bernada perlahan.

Sebak rasa di dada Dato Adhwa mendengar luahan Hana. Bagaimanalah dia tergamak buat anak perempuannya sampai begitu sekali. Jatuh menitis air matanya. Jika dia ego sehingga kini pasti dia tidak dapat merasai perasaan begini.

"Abang sudahlah tu anak Abang tu pun dah maafkan Abang" pujuk Datin Aderin. Bahu suaminya digosok lembut. Memberi kekuatan dalam diam. Terukir senyuman di bibir tua itu. Alhamdulilah settle semua masalah antara dua beranak itu.

"Alahai Papa ni cengengnya" Hana membawa tubuh Dato Adhwa ke dalam pelukan. Belakang badan si bapa digosok lembut.

Harraz yang tercegat di sebelah Datin Aderin sempat Hana memberi satu kelipan mata. Bukan dia tidak nampak mata Harraz memerah. Baru habis menangis agaknya. Takkan menangis disebabkan dia dan Dato Adhwa berbaik kot?

Beberapa minit berpelukan barulah Dato Adhwa melepaskannya. Kedua belah matanya diseka dengan lengan baju.

"Dah jom masuk borak dekat dalam. Lagi pun Hana balik bukan semata-mata sebab ni salah satunya. Ada sebab tertentu Hana nak bagitahu Mama Papa sebelum tu jom kita masuk dalam dulu" lengan Dato Adhwa dan Datin Aderin Hana rangkul untuk bawa masuk ke dalam rumah agam itu.

His Babygirl [𝑪]Where stories live. Discover now