43 | BABYGIRL

5K 153 4
                                    

BADANNYA bermundar-mandir di dalam biliknya. Berulang-ulang ayat yang sama disoal pada diri. Nak call ke tak? Tapi kalau dia tak jawab macam mana? Bibir bawah Hana gigit. Tanpa Hana sedar jarinya sudah tertekan punat hijau.

"Hello"

Membulat besar mata Hana. Mana datang suara garau tu? Telefon di tangan dipandang. Eh , bila masa pulak dia tekan ni?

"Kalau tak ada benda nak cakap aku tutup" ujar suara itu lagi.

"Jangan!" tegah Hana bernada kuat.

Lambat-lambat Hana lekapkan telefonnya di telinga. Nafas ditarik dalam sebelum dihembus perlahan. Resah dan gugup bercampur aduk menjadi satu dalam dirinya.

"Awak , saya mintak maaf" bibir bawah Hana gigit apabila hanya kesunyian sahaja menemaninya. Lelaki tu masih masih marah pada dia lagi ke?

"Awak?" meleret suara Hana memanggil. Helaan nafas kecil dilepaskan. Kepalanya menunduk. Tidak tahu ke lelaki itu yang dia benar-benar risau selepas sahaja lelaki itu mematikan talian telefon tadi?

"Kalau kau nak aku maafkan kau boleh tapi ada dua syarat" setelah sekian lama Hayzack akhirnya bersuara.

Tercebik bibir Hana. Nak mintak maaf pun kena letak syarat ke. Pelik betul lelaki yang bernama Hayzack Iskandar ni!

"Apa dia?" ujar Hana perlahan.

"Syarat pertama kau kena ikut segala perintah aku" bibir Hayzack tersenyum senget. Pelbagai rancangan yang sudah dicerna di dalam mindanya.

"Okay and lagi satu?" kening Hana terangkat sebelah. Apa lah sangat mudah je syarat pertama tu. Bukan susah mana pun.

"Jangan ingat syarat pertama yang aku bagi ni senang. Sebab nanti aku sendiri akan tunjuk permintaan apa yang aku nak" sambung Hayzack dingin.

Gulp!

Liur Hana telan. Lelaki ni ada six sense ke apa? Macam tahu je apa yang dia tengah cakap dalam hati. Mata Hana meliar di dalam biliknya. Manalah tahu Hayzack letak CCTV dalam bilik dia kan?

"Syarat kedua aku pulak kau kena kahwin dengan aku" bibir Hayzack menyenget sinis. Sebenarnya satu je syarat dia. Tapi sahaja dia tambah lagi satu. Kononnya nak nampak macam banyak.

"Syarat kedua tu bukan dah memang kita akan kahwin pun kan" mata Hana juling ke atas. Meluat dengan perangai Hayzack yang suka bermain kata dengan dia.

"Saja aku tambah" jawab Hayzack bernada selamba.

"Err mamat annoying!" geram sahaja nada Hana. Sudahlah marah dengan dia. Lepas tu sesuka hati pulak membuat syarat yang pelik-pelik.

"Mamat annoying ni jugak yang kau kejar" sinis nada Hayzack membalas. Memang betul pun kan apa yang dia kata? Buat apa dia nak menipu.

Hana terdiam. Perkataan 'kau kejar' itu berlegar-legar dalam mindanya secara tiba-tiba. Sesak jiwa Hana rasa mengingatkan peristiwa penghinaan Hayzack dahulu pada dia. Tanpa sedar hujung benteng matanya berair.

"Kau ni tak penat ke kejar aku? Memang sesuailah dengan kau yang tak bertudung perangai pun serupa jalang''

"Kau kalau dah kemaruk sangat nak jantan pergi dekat jantan lain bukan dekat aku. Kau tak faham ke?"

"Tak tak aku tak nak dengar" jerit Hana kecil. Telefon di pegangannya tadi awal-awal sudah jatuh di lantai. Kedua belah tangan Hana naik menekup telinganya. Badannya terundur ke belakang sampai tersandar pada dinding bilik tidurnya. Tangisannya pecah.

"Perempuan murah"

Ya Allah tolonglah. Kedua kelopak mata Hana pejam seketika. Titisan jernih air matanya jatuh bagai air sungai yang tiada tanda mahu berhenti.

His Babygirl [𝑪]Where stories live. Discover now