16 | BABYGIRL

4.9K 172 2
                                    

HARRAZ yang baru sahaja masuk ke dalam wad Dato Adhwa terkejut apabila tiba-tiba tubuhnya dipeluk oleh Datin Aderin.

Dapat dia rasakan bahunya basah. Mata melihat Dato Adhwa yang turut memandang sayu ke arahnya. Dah kenapa pulak ni?

"Mama are you okay?" soal Harraz. Tubuh belakang Datin Aderin digosok lembut. Tangan memeluk erat tubuh Datin Aderin yang dirasa lembik pada tubuhnya seakan mahu melurut jatuh.

"Adik , Mama dengan Papa mintak maaf" ujar Datin Aderin teresak di bahu anak keduanya.

"Kenapa Ma?" tanya Harraz risau. Ada apa-apa yang dia tidak tahu ke.

"Hana dah cerita semua pada Mama dengan Papa. Mama dengan Papa mintak maaf adik kalau selama ni Mama dengan Papa lebihkan kakak kamu" ujar Datin Aderin lembut.

Jantung Harraz berdegup kencang. Air liur ditelan pahit. Tak mungkin kakaknya betul-betul buat apa yang dia mahu kan.

"Sebelum tu kita pergi sofa dulu okay Ma. Harraz penat berdiri lama-lama" pujuk Harraz.

Datin Aderin sekadar mengangguk. Harraz menarik tubuh Datin Aderin untuk duduk di sebelahnya.

"Tadi Mama kata kakak dah terangkan. Apa maksud Mama dengan Papa?" ujar Harraz sambil bersilih ganti pandang Dato Adhwa dan Datin Aderin.

"Kakak kamu dah terangkan semua benda dari Mama dengan Papa lebihkan kakak kamu sampai lah jawatan yang kamu mahu kan" celah Dato Adhwa. Bibir tersenyum pahit.

"Papa mintak maaf Harraz kalau selama ni Papa lebihkan Hana. Sebenarnya ada sebab Papa dengan Mama lebihkan bukan saja-saja tapi tak tahu pulak sampai boleh menyinggung perasaan kamu" sambung Dato Adhwa lagi.

"Apa maksud Papa dengan Mama?" soal Harraz bingung. Jantung mengepam darah laju. Ada apa-apa yang dia tidak tahu ke pasal masa lalu kakaknya?

"One day , kamu akan tahu sendiri Harraz. Papa tak nak bagitahu sekarang sebab nanti kamu sendiri yang mendengar pun akan menangis" kata Dato Adhwa tergelak kecil. Cuba menghiburkam diri sendiri untuk melupakan peristiwa lepas.

Mata memandang sayu ke luar tingkap yang renyai-renyai hujan. Hanya dia dengan isterinya sahaja yang tahu kenapa dia lebihkan anak pertamanya. Dia tak mahu kejadian yang tidak diingini itu berulang lagi. Cukuplah hanya sekali dalam seumur hidupnya.

"Esok Papa akan suruh PA Papa datang untuk tukar jawatan Hana pada kamu. Jadi kamu jangan risau pasal jawatan tu. Sekali lagi Mama dengan Papa mintak maaf pada kamu Harraz kalau sebelum ni Papa dengan Mama pernah buat sampai kamu sakit hati" ujar Dato Adhwa berulang meminta maaf.

"Tak apa Pa Harraz tak kisah pun. Mama dengan Papa okay je kan tinggal sini kejap Harraz nak pergi cari kakak" kata Harraz serba salah.

Disebabkan dia hubungan antara dia dengan Hana renggang. Dia datang ke sini pun sebab kembali teringat mimpi tu. Mimpi yang selama ni dia ingat permainan tidur tapi rupa-rupanya benar-benar menjadi kenyataan. Rasa bersalah mula menjalar dalam diri apabila tersedar kesilapannya.

"Hmm kalau adik dah kata macam tu pergilah. Sebab dari tadi lagi kakak kamu tak masuk lepas dia cerita dekat Mama dengan Papa pasal Adik" kata Datin Aderin tersenyum tawar. Rasa risau mula ada dalam dirinya sebagai ibu. Sudahlah anaknya perempuan.

"Kalau Mama dah bagi kebenaran Harraz pergi cari kejap okay. Mama dengan Papa jangan pergi mana-mana" pesan Harraz sebelum keluar dari bilik wad Dato Adhwa.

Kaki melangkah laju mencari kelibat Hana di sekitar Hospital. Dari belakang dia sudah nampak susuk tubuh seseorang. Baju maroon dan rambut ponytail semestinya Hana tak lain dan tak bukan.

His Babygirl [𝑪]Where stories live. Discover now