26 | BABYGIRL

5.5K 163 8
                                    

SEJAK dua hari lepas. Masih terngiang-ngiang ceramah di radio dalam keretanya. Hana yang kebetulan mahu balik akibat seharian bekerja mula membuka radionya untuk menghilangkan rasa bosan dan kesunyian sepanjang pulang ke rumah.

Tapi tidak sangka pulak lagu yang sepatutnya berdendang bertukar ke ceramah ustaz. Kebetulan atau disengajakan tajuk ceramah itu pulak tentang menutup aurat dengan sempurna.

Dan saat itu hatinya terjentik untuk mendengar. Sampai sudah ke rumah pun dia sanggup menunggu sebentar hingga mendengar ceramah itu sampai habis.

Buat pertama kali air matanya jatuh mendengarnya. Terlalu jauh dia pergi. Tidak berhenti perasaan bersalahnya menjalar dalam hati buat Dato Adhwa yang selama ini menanggung segala auratnya yang terdedah. Dia sedar dia tidak sempurna tapi dia akan perbaikinya perlahan-lahan.

Mungkin orang akan kata dia ni tak betul sebab takkanlah dengar ceramah pun boleh terus nak pakai tudung? Tapi kalau dah hatinya sendiri yang tergerak mahu pakai takkan dia mahu menghalang. Kerana dia tahu hidayah itu sampai dalam pelbagai bentuk. Tapi dia ni lain dengar ceramah ustaz pun hatinya sudah tersentuh dan menjadi lembut.

Sebab tu hari ini dia bercadang untuk keluar. Bagi mencari tudung dan baju yang baru. Orang kata perlahan-lahan sebab lama-lama akan terbiasa jugak dengan pakaian yang kita tidak pernah pakai. Jadi sebab itu dia cuba untuk berubah lebih ke arah kebaikan.

Mata Hana meliar mencari kedai tudung yang mahu dibeli. Jumpa sahaja dia terus masuk. Rambang matanya melihat. Terlalu banyak design yang mahu dipilih.

Kawannya Nisa pulak dalam perjalanan ke sini. Dia tidak mengkhabarkan lagi tentang dia mahu memakai hijab. Takut waktu dia bagitahu accident pulak kawannya akibat terlampau terkejut.

Nada dering telefonnya membuatkan tangannya terhenti dari memilih tudung. Hana mengeluarkan telefonnya sebelum diangkat.

"Kau kat mana?" tanya Nisa.

"Aku dekat depan butik duck?" kakinya melangkah keluar. Takut waktu Nisa cari dia tak jumpa pulak.

"Hah? Kau buat apa kat situ Hana?" bingung Nisa rasa. Itu bukan butik tudung ke. Kawannya buat apa kat situ?

"Kau datang je dulu sini. Nanti aku bagitahu tata bye" telefon terus dimatikan. Hana menghembus nafas lemah. Sengaja dia tidak menyudahkan ayatnya.

Beberapa minit menunggu di bangku berhadapan kedai itu. Dari jauh kelibat Nisa mula nampak mendekatinya.

"Hana"

Tubuhnya terus dipeluk erat oleh Nisa. Maklumlah waktu dia pergi Rusia dua minggu lepas tak sempat jumpa kawannya untuk bagitahu. Tangannya dinaikkan memeluk kembali tubuh Nisa. Lama mereka berkeadaan begitu sebelum Hana yang melepaskan dahulu.

"Kau kan memang sengaja kan tak nak bagitahu aku kau pergi Rusia hari tu" cemberut muka Nisa. Sakit hati jugaklah waktu tahu. Itu pun waktu kawannya sudah ada di sana baru nak menelefonnya bagitahu.

Cis!

"Sorrylah Anisa Medina yang cantik yang comel" puji Hana sengih. Jarinya dinaikkan membuat gaya peace seakan tak bersalah.

Nisa terus menolak bahu Hana ke belakang. Orang tengah sakit hati boleh pulak dia buat muka kerang busuk dia tu.

"Dahlah so kenapa kau nak masuk dalam butik duck ni. Jangan cakap kau nak belikan hadiah untuk Mama kau Hana. Tapi aku rasa birthday Mama kau bukan dah lepas ke?" ujar Nisa bertalu-talu. Dahinya berkerut.

"Kalau aku cakap kau jangan terkejut" amaran diberikan pada Nisa.

Kepala Nisa mengangguk kecil. Patuh.

His Babygirl [𝑪]Where stories live. Discover now