06 | BABYGIRL

4.1K 211 2
                                    

SUDAH sebulan Hana bekerja di syarikat Dato Adhwa. Setakat ini tiada apa yang berubah cuma kerjanya makin lama makin bertambah banyak adalah.

Pintu yang terkuak tidak menganggu kerja Hana yang masih bertimbun. Leka dia menilik fail projek yang harus diurus.

"Kak , Harraz nak tunjuk dekat akak sesuatu" gambar yang setelah sekian lama disorokkan di belakang badan dibawa ke depan. Sudah lama dia menyimpan gambar tersebut dan sepatutnya Hana mengetahui kewujudannya.

Pen di tangan berhenti menulis. Mata Hana memandang Harraz di hadapan mejanya.

"Gambar apa tu Harraz?" tubuh bersandar ke belakang kerusi. Tangan diangkat meregangkan tubuhnya yang dari tadi tidak berganjak daripada kerusi. Mulut yang menguap ditutup dengan sebelah tangan. Terlalu leka buat kerja.

"Kakak tengoklah sendiri" gambar tersebut dihulurkan di hadapan muka Hana. Kerutan jelas di dahi Hana. Bingung dia dibuatnya gambar apa pulak budak ni. Harraz masih menghulurkan lagi gambar tersebut di hadapan muka Hana.

Hana mula ragu-ragu mahu mengambil. Tapi akhirnya dia mengambil juga kerana hendak mengetahui isi gambar apa.

Mata Hana mula menghala ke gambar tersebut. Terus tegak tubuhnya di kerusi. Berdegup kencang jantungnya. Ni diri dia dengan si dia. Macam mana Harraz boleh dapat gambar ni?

Hana melihat tulisan di belakang gambar yang dipegangnya. Itu namanya dengan nama si dia berserta dengan tulisan 'Till we meet again'. Jelas tentera di situ dengan dakwat pen berwarna hitam pekat.

Perlahan-lahan tangan Hana mengusap lembut tulisan itu. Lembut dia mengelusnya.

"Mana Harraz jumpa gambar ni?" soal Hana musykil. Matanya masih memandang gambar di tangannya tidak lepas.

Kerusi di hadapan meja Hana ditarik ke belakang. Punggung Harraz labuhkan. Fail-fail yang berselerak di atas meja dikemas. Kerusi ditarik ke hadapan kembali sampai rapat di meja. Ingin bercerita.

"Kakak ingat tak waktu yang akak suruh Harraz teman kakak pergi shopping tu?" bersungguh-sungguh Harraz bercerita.

"Apa kena mengena?" bagaimana dia mahu lupa peristiwa tu. Sejak daripada situ Hana selalu terserempak dengan lelaki yang adiknya langgar. Mengingatkan sahaja sudah buat dia panas hati dengan perbualan tempoh hari dengan lelaki itu.

"Ingatkan. So waktu tu kan Harraz ada langgar seorang lelaki ni. Lepas lelaki tu pergi kakak dah jalan ke depan tak silap Harraz tapi Harraz still dekat tempat Harraz langgar lelaki tu and then Harraz tunduk tengok kat lantai lepas itu jumpa lah gambar ni maybe lelaki tu punya Harraz rasa" bicara Harraz diakhiri dengan apa yang andaian yang dia yakin milik lelaki itu.

Sebab kalau bukan lelaki tu punya siapa punya lagi. Waktu dia langgar lelaki tu pun bukannya ramai orang lalu-lalang dekat tempat mereka lalu.

Jantung Hana mengepam darah laju. Jangan kata lelaki itu si dia yang dicari selama ni. Terdiam dia bagi menghadam. Bagai tak percaya lagi lelaki yang selama ni dia selalu terjumpa merupakan orang yang dicari selama ni.

'Ya Allah setelah bertahun lamanya hanya Allah je tahu bagaimana rasanya' menggigil tangan dia. Kolam mata Hana bertakung. Bagaikan mimpi yang dia tidak mahu bangun.

"Harraz keluar dulu lah kak" seperti Hana meminta masa bersendirian. Harraz terus melangkah keluar dari bilik office kakaknya. Pintu ditutup rapat.

Hana yang sudah melihat kelibat Harraz sudah tiada terus menghamburkan tangisan kegembiraan. Ya , gembira tak terkata hanya tangisan yang mampu menceritakan semuanya bertapa dia merindukan si dia bertahun-tahun lamanya. Rupanya depan matanya sahaja selama ni.

His Babygirl [𝑪]Where stories live. Discover now