59 | BABYGIRL

4.1K 124 1
                                    

TUBUH Hana yang tertidur lena di seat penumpang itu Hayzack angkat bersahaja. Nak kejut rasa serba salah pulak. Nampak sangat muka itu amat keletihan dan lelah. Maklum jelah baru keluar dari hospital hari ini dan keluar-keluar saja dia angkut ke syarikat pula.

Hayzack bukan apa. Dia risau akan keselamatan Hana yang tinggal bersendirian. Takut perkara sama berulang kembali. Cukuplah sekali sahaja. Tak mahu dia menghadap perkara yang sama lagi.

Perlahan-lahan Hayzack jatuhkan tubuh Hana ke atas katil bersamanya. Nasib baik awal-awal lagi mereka sudah mandi di syarikat miliknya. Kalau tidak payah jugak nak kejut isterinya. Tengok muka cantik itu pun nampak lena.

Tudung yang masih tersarung di kepala Hana dibuka perlahan sebelum dicampak bersahaja masuk ke dalam bakul kotor. Gelora hati Hayzack tahan apabila melihat bahu putih melepak itu sedikit terdedah selepas menanggalkan tudung.

Baju yang isterinya pakai baju besar. Sengaja dia membeli baju itu supaya lelaki di luar sana tidak melihat bentuk badan milik Hana. Biarlah hanya dirinya seorang sahaja yang tahu.

Akibat tidak dapat menahan rasa di hati. Hayzack mencium bahu milik Hana sehingga menjalar ke leher. Lama Hayzack melepaskan rasa di hatinya yang membuak-buak.

"Husband? Apa yang husband buat ni?" soal Hana. Dia tadi terlelap sebentar. Ni pun tersedar lepas terasa sakit di bahu dan leher. Entah apa yang suaminya buat pun dia tidak tahu.

"Buat hasil lakaran dekat bahu dengan leher kau sikit" nada Hayzack membalas mendatar.

Terbuntang mata Hana. Suaminya memang tak tahu malu. Main cakap lepas je. Nasib mereka berdua je ada dalam bilik hotel. Kalau di dengar orang lain tak ke malu tu!

"Ish awak ni!" Hana tergeleng kecil. Macam kesal pun ada jugak. Selamba je gaya waktu jawab tu.

"Babygirl" Hayzack memanggil Hana apabila melihat isterinya seperti mahu terlelap kembali.

"Hmm" lemah Hana menjawab. Kantuknya masih bersisa tapi digagahkan jugak untuk mencelikkan matanya.

"Hari tu kan aku ada kata dengan kau yang aku nak bawak kau jalan-jalan dekat sini kan? Boleh tak kalau aku gantikan dengan yang lain. Mean aku tak bawak kau jalan-jalan but aku suprise kan kau dengan benda lain. Boleh?" kening dijongket-jongket.

Dahi Hana berkerut. Badan yang sedari tadi berbaring dibangunkan untuk duduk berhadapan dengan Hayzack.

"Kenapa pulak?" reaksi muka Hana bertukar sedih. Dia sudahlah teringin mahu jalan-jalan di sini. Kalau beginilah gayanya punahlah harapan dia.

"Aku kena selesaikan perkara tentang hal Sally yang hampir langgar kau tu. Sebab sekarang ni kan dia dekat Malaysia. Takkan aku nak lepaskan dia macam tu. Memang tak lah" kata Hayzack marah.

Bila ingat balik tentang hal lepas. Nak sahaja dia bunuh perempuan tu sendiri dengan tangannya ataupun perlu ke dia meminta tolong Aysar Emeer. Macam bagus jugakkan?

"Dah kalau awak kata macam tu. Saya ikut jelah so apa suprise dia?"

Bibir Hayzack tersenyum senget. Kaki mula dibawa turun dari katil sebelum melangkah masuk ke dalam bilik closet.

Hana yang melihat menjadi terpinga-pinga. Nak pergi kemana pulak tu?

Beberapa minit menunggu barulah susuk tubuh yang dicari melangkah keluar. Kotak yang diletak Hayzack di hadapan buat kepala Hana terdongak.

"Apa ni awak?" tanya Hana bingung.

"Bukaklah isi dia" arah Hayzack bersahaja. Dalam diam bibir mengukir senyuman. Pasti Hana akan suka hadiah yang dia bagi.

His Babygirl [𝑪]Where stories live. Discover now