31 | BABYGIRL

6.7K 173 13
                                    

SUSUK tubuh perempuan dari belakang itu dipandang lama. Tersungging senyuman sinis di bibir Hayzack. Walaupun berkali-kali gadis itu cuba menolaknya. Dia takkan sekali-kali mengalah.

Never!

Bila nampak gadis itu mahu melangkah keluar. Laju langkah kakinya mendekati. Lengan kecil itu disambar sebelum ditolak ke dinding.

"Apa awak ni. Lepaslah!" bentak Hana marah. Lengannya yang masih dipegang utuh dengan lengan kekar itu ditarik kasar.

"Well , berkali-kali kau tolak aku pun. Aku akan dapatkan kau jugak. Jangan cabar aku , babygirl" pipi putih Hana dielus lembut.

Hana mempalingkan kepalanya. Tak hingin dia disentuh dengan lelaki hadapannya. Cukuplah sekali dia dimalukan dikhalayak ramai!

"Wow , marah" ujar Hayzack sinis. Bibirnya berdecit. Lengan kekarnya diletak di kiri dan kanan Hana mengepung gadis kecilnya dari pergi.

"Cukuplah sekali saya dihina dengan awak. Saya tak nak jadi perempuan yang terhegeh-hegeh dengan lelaki yang jenis tak menghargai" pedas sindiran Hana membalas. Tajam pandangan matanya memanah mata hazel di hadapannya.

Hayzack mengeluh perlahan. Menunduk kepalanya dibuat. Sesaat kepalanya diangkat kembali.

"Waktu tu aku tak tahu yang kau ni gadis kecil aku. Please aku merayu dengan kau untuk bagitahu aku. Kenapa dari awal perkenalan kita kau tak jujur?" soal Hayzack. Matanya sayu membalas tatapan tajam mata Hana.

"Kalau saya bagitahu awak pun. Bukannya awak percaya?" tangan Hana silang ke dada. Sempat matanya melihat sekeliling. Nasib baik tempat tersorok. Tak ada lah orang nampak dan salah faham dengan kedudukan mereka sekarang.

"Sekurangnya sedikit sebanyak aku tahu dan lagi satu macam mana kau tahu aku ni lelaki yang kau tunggu?" kata Hayzack tertanya-tanya. Matanya tidak lari dari memandang segenap muka Hana yang sudah berhijab. Cantik!

"Shopping complex? Ingat yang first time kita terlanggar tu. Waktu tu Harraz nampak ada satu gambar ni jatuh dekat lantai. Dia tunjuk dekat saya dan saya tengok belakang gambar tu ada nama kita berdua. Waktu tu baru saya sedar yang selama ni awak rupanya lelaki yang saya tunggu tu" terang Hana satu-persatu.

"Mana gambar tu?" tanya Hayzack. Dahinya berkerut. Patutlah dia tak jumpa gambar yang dia cari. Rupanya ada dekat gadis kecilnya selama ni.

Tangan Hana menyeluk beg tangannya. Jumpa sahaja barang yang dicari terus dibawa keluar. Gambar yang dimaksudkan itu di hulur pada Hayzack.

"Rasanya dah tak ada apa-apa nak terangkan lagi kan. Semua benda dah settle. Saya harap awak tak cari saya lagi. Sebab lagi pun saya dah ada tunang. Tak lama lagi nak kahwin. Awak pun dah boleh rasanya buat haluan sendiri dan saya pun akan buat haluan sendiri" ujar Hana. Baru sahaja kakinya mahu melangkah pergi. Tubuhnya terdorong masuk ke dalam pelukan Hayzack.

Membulat besar mata Hana dibuatnya. Kedua tapak tangannya menolak-nolak dada tegap Hayzack. Tapi Hayzack mengunci kedua tangan Hana dengan meletakkan di belakang tubuhnya seakan digari.

"Please , babygirl. Aku merayu sangat-sangat dekat kau jangan tinggalkan aku. Lama aku tunggu kau tapi ni ke yang balasan yang aku dapat selama ni" ujar Hayzack bernada sedih. Dia mula teresak di bahu Hana. Berjuraian air mata lelakinya jatuh pada bahu Hana.

Dia lemah. Lemah dengan gadis di hadapannya. Cukuplah sekali dia buat kesilapan paling besar dalam hidupnya. Dia tak sanggup melihat gadis di hadapannya berkahwin dengan orang lain!

"Saya mintak maaf tapi seperti yang saya cakap sebelum ni kita mungkin takkan dapat bersama" sejurus itu tubuh Hayzack terus ditolak kuat ke belakang. Hana terus melangkah pergi tanpa menolehkan kepalanya.

His Babygirl [𝑪]Where stories live. Discover now