30 | BABYGIRL

6.8K 193 16
                                    

KETUKAN pintu utama villa mewahnya dengan Aysar membuatkan kepalanya berpaling memandang. Siapa pulak datang awal pagi ni?

"Pergi bukak pintu" arah Hayzack bersahaja pada Aysar yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.

Mata Aysar menjeling tajam susuk tubuh Hayzack. Nasiblah kawan sendiri. Kakinya melangkah ke arah pintu utama. Bukak sahaja pintu terpampang muka bodyguard Hayzack.

"Asal?" soal Aysar senada.

Dia dahlah tengah sedap-sedap tengok cerita. Alih-alih ada orang kacau dia pulak. Memang cari nahas betul. Nasib baik pistol tak ada dekat tangannya sekarang. Kalau tak dah mati dah bodyguard yang diupah ayah kawan baiknya.

"Sampul surat ni untuk Tuan Muda Hayzack" hulurnya pada Aysar terketar-ketar yang masih memandang dirinya. Takut pulak dia rasa tengok pandangan tajam lelaki itu seperti menahan marah padanya.

"Oh okay thank Mirul" pintu utama itu terus ditutup kuat. Geram!

Kakinya laju melangkah kembali mengambil tempat duduk di sofa berangkai tiga itu. Sampul surat berwarna putih itu dihulur pada Hayzack yang setia masih membuat kertas kerja di meja hadapannya. Hujung minggu pun ada kerja!

"Surat apa ni?" tanya Hayzack. Keningnya terangkat sebelah. Tangannya tetap menggapai jugak sampul surat berwarna putih itu.

"Entah , kau bukaklah sendiri" bahu Aysar angkat. Pandangannya menghala ke arah televisyen kembali.

Hayzack menghembus nafas lemah. Surat apa pulak kali ni? Takkan surat saman tapi rasanya tak ada lah pulak dia buat jenayah. Sebab selama 2 ke 3 hari dia ada dekat China. Pelik!

Seketika , nada telefonnya berdering kuat. Tangannya mencapai telefon yang terletak elok di atas kertas kerjanya. Terlihat sahaja nama si pemanggil dia terus mengangkatnya.

"Apa Rayyan?" mata Hayzack masih terpusat pada sampul surat di tangannya. Dia memusing-musingkan sampul surat itu belakang depan. Manalah tahu ada nama orang pengirim?

"Kau dah dapat sampul surat yang anak buah aku bagi?" soal Rayyan.

"Kau rupanya yang bagi. Tapi sampul surat apa ni" keningnya terangkat sebelah bingung. Sempat ekoran matanya melihat susuk tubuh Aysar yang menghilang ke dapur.

"Maklumat pasal anak Dato Adhwa lah. Kau lupa ke apa ni" jawab Rayyan pada soalan Hayzack. Dahinya berkerut. Susah betul kalau ada kawan yang jenis pelupa ni. Mesti nak jugak kena terang satu-persatu.

"Aku baru ingat. Nanti aku bank in duit dalam akaun kau" tanpa mendengar jawapan Rayyan. Dia terus mematikan panggilan. Telefonnya diletak kembali di atas meja.

Sampul surat yang berada di tangannya dibuka. Dapat dia rasakan degupan jantungnya yang bertukar laju. Tidak tahu kenapa tapi dia rasakan tidak sedap hati.

"Jadi sampul surat tu dari Rayyan. Hmm not bad budak tu buat kerja laju" ujar Aysar yang baru keluar dari dapur. Milo panas dicicip perlahan-lahan. Tubuhnya terus duduk di sebelah Hayzack. Hendak tengok jugak!

Diam. Hayzack tidak menjawab sebaliknya tangannya masih lagi lincah membuka sampul surat itu. Keluar sahaja isi kertas itu. Terus dikeronyok sampul surat diluar dan dicampak ke atas meja.

Isi kertas itu dipandang lama. Satu-persatu dibeleknya. Jumpa sahaja kertas mengandungi biodata terus sahaja dia membaca. Badannya mengeras terkaku. Berulang-ulang dia membacanya. Bagi menghadam yang matanya tidak salah tengok.

"T...tak m...mungkin" kepalanya digeleng-geleng kecil. Rambutnya ditarik ke belakang. Dapat dia rasakan nadanya yang bertukar bergetar.

"Kau kenapa ni" ujar Aysar pelik. Isi kertas itu dirampas dari tangan Hayzack. Bergerak bebola matanya membaca satu-persatu isi kertas itu.

His Babygirl [𝑪]जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें