40 | BABYGIRL

6.3K 150 12
                                    

"WAALAIKUMUSSALAM ya Bonda" sapa Hayzack lembut pada Puan Sri Arlina. Telefonnya dilekapkan pada telinga belah kanan. Sesekali pandangannya melirik pada fail projek dan kertas kerja yang berteraburan di atas meja.

Gara-gara kes gambar tu. Ramai kliennya menarik diri dari bekerjasama dengannya. Cuma ada sesetengah je yang masih bertahan. Itu pun sebab mereka kata dekat dia tak percaya sebab ialah perwatakannyakan dingin mana mungkin lelaki itu akan rapat dengan mana-mana perempuan sampai sebegitu sekali.

Hayzack waktu tu jangan katalah. Tidak menjawab dan mengiyakan. Malas mahu menerangkan apa yang terjadi sebenarnya. Sebab itu dia hanya membalas reaksi biasa-biasa sahaja.

"What? Bonda dah ada dekat Villa Taurise. Kenapa tak bagitahu Angah. Bonda dengan Ayahanda datang Malaysia?" soal Hayzack bercekak pinggang. Keluhan kecil terlepas dari seulas bibirnya. Ini yang dia benci ni. Bonda dengan Ayahandanya suka berahsia. Waktu dah sampai baru nak maklum dekat dia.

"Nak bagitahu mesti Angah tak baginya. Bonda bukan tak kenal perangai Angah tu macam mana. Takut sangat terjadi apa-apa dengan Bonda dengan Ayahanda" tergeleng kecil kepala Puan Sri Arlina.

Dia dengan suaminya bukannya datang berdua. Ada sahaja dia angkut maid dari rumahnya dan bodyguard suaminya. Itu pun masih nak risau lagi anak keduanya. Over protective betul!

"Angah cuma risau je Bonda. You know me ri—"

"Ya , Bonda tahu. Tapi kudrat Bonda dengan Ayahanda masih mampu lagilah Angah. Jangan risaulah" cantas Puan Sri Arlina terlebih dahulu.

"Bonda ni" keluh Hayzack perlahan.

"Bonda apa? Sudah sambung kerja kamu tu. Nanti ada masa datanglah dekat Villa Taurise. Bonda selalu alu-alukan Angah untuk datang. Lagi pun Bonda dah jumpa calon untuk Angah" usik Puan Sri Arlina. Manalah tahu anaknya sudah ada calon tapi sengaja sorokkan dari dia. Sebab itu dia sengaja berkata begitu.

"Bonda kan Angah dah kata. Angah tak bersedia lagi. Lagi pun Angah dah ada calon lah Bonda" rungut Hayzack sebal. Riak mukanya bertukar keruh. Ini kalau gadis kecilnya dengar mesti menangis. Susah betul bila dah baik mesti ada dugaan yang lain datang pulak!

"Serious , Angah dah ada calon. Tak sia-sia Bonda tipu Angah. Siapa gadis yang dapat tawan dalam hati beku anak Bonda ni?" ujar Puan Sri Arlina bernada teruja.

Hayzack berdehem perlahan. Alamak kantoi pulak!

"Nanti Angah bawak dia dekat Villa Taurise. Tapi yang pastinya Bonda akan dapat menantu yang cantik. Itu memang Angah tak tipu" puji Hayzack melambung-lambung pada gadis kecilnya.

"Wah , ni yang buat Bonda lagi tertarik ni. Okaylah Angah nanti Bonda telefon balik. Bonda nak pergi masak untuk Ayahanda. Jangan lupa balik ke Villa Taurise bawak sekali menantu Bonda" setelah itu telefon terus Puan Sri Arlina matikan. Bergayut senyuman di bibir merah jambunya. Tak lama lagi dia akan dapat menantu tak sabar rasanya!

Tercengang Hayzack. Ni yang parah ni. Hujung bucu telefonnya diketuk-ketuk pada dahi. Macam mana dia nak bawak gadis kecilnya. Sudahlah budak tu boleh tahan keras kepala. Langgar jelah bagi alasan apa-apa nanti.

Tidak sampai beberapa minit. Telefonnya kembali berdering. Hayzack yang masih terleka dengan kertas kerjanya mengangkat tanpa memandang nama si pemanggil.

"Zack , aku dah tahu siapa yang sebarkan gambar kau dengan Hana. Orang tu sekarang ni ada dekat markas aku. Malam ni kita pergi. Kau mesti makin naik angin dengan orang tu. Confirm!" ujar Aysar sinis di hujung panggilan. Rokok yang sudah pendek itu dimatikan pada bekas ashtray.

His Babygirl [𝑪]Where stories live. Discover now