17 | BABYGIRL

4.7K 177 3
                                    

"KITA asyik jumpa je kan you" sapa Sally gembira sebelum mengambil tempat di hadapan Hayzack yang sedang menjamu selera.

"Kau buat apa kat sini perempuan" ujar Hayzack kasar pada Sally. Sudu dan garfu sudah diletak di sisi pinggannya kembali. Hilang selera dia nak makan tengok muka perempuan bermake-up tebal di hadapannya.

"Nak you boleh?" sengih Sally manja.

"Kau nak aku?" soal Hayzack sambil menunjuk diri Sally dan kembali padanya. Bibir mengherot sinis ke tepi.

"Yelah you lah takkan orang lain pulak" ujar Sally manja. Badan sengaja dilenggok-lenggokkan untuk menarik perhatian Hayzack padanya.

"Dalam mimpi jelah" ujar Hayzack kasar. Kerusi ditolak ke belakang. Kaunter yang berada tidak jauh dengan tempat duduknya dia pergi untuk membayar makanannya.

"Eh you tunggulah I" kejar Sally pada Hayzack yang sudah pergi. Bibir tersenyum sinis. Kalau bukan disebabkan harta kau jangan ingat aku nak kejar bisik hati Sally penuh agenda.

"You you tunggulah I" panggil Sally pada Hayzack yang mahu keluar dari restoran mewah yang mereka makan.

Hana yang kebetulan mahu masuk terlanggar dengan tubuh tegap Hayzack. Nasib baik dia sempat seimbangkan badannya dari terjatuh. Baru sahaja dia mahu memarahi orang di hadapannya terus terdiam dia mendengar bicara si perempuan di sebelah si lelaki.

"Finally , susah betul nak kejar langkah you ni kan?" ujar Sally sambil merangkul manja lengan Hayzack.

Hayzack sekadar membiarkan kerana dia masih terkedu memandang muka pucat perempuan di hadapannya. Apabila tersedar keterlaluannya. Laju dia merungkai lengan Sally di tangannya.

"Kau boleh pergi tak? Semaklah kat mata aku" kata Hayzack penuh marah.

Sally yang mendengar menghentak kakinya. Ni mesti sebab perempuan tak guna di hadapan mereka. Kau tunggulah nasib kau perempuan tahulah aku nak buat apa kata hati Sally penuh jahat. Bahu Hana sengaja dilanggar kuat. Terdorong tubuh lemah Hana ke belakang.

Mata Hana tajam memandang tubuh penuh lenggang-lenggok serupa mak nyah itu. Kalau bukan disebabkan aku sakit sekarang ni dah lama aku tampar-tampar muka kau biar berjerebu satu Malaysia bisik hati Hana penuh marah.

Baru sahaja dia mahu menyambung langkah kembali. Lengannya sudah dipegang erat oleh tangan kekar seseorang. Hana mengeluh perlahan.

"Awak nak apa?" ujar Hana lemah-lembut. Nak bergaduh lain kali jelah. Dia pun sekarang ni tengah tak sihat.

"Kau buat apa kat sini?" tanya Hayzack mendatar.

Namun , di dalam hatinya hanya Allah je tahu bertapa risaunya dia dengan perempuan di hadapannya. Dengan muka pucatnya bibir kering seakan tak bermaya. Eh aku dah suka kat dia ke? Bukan suka cuma risau okay as business partner.

"Bukan ada kena mengena dengan awak pun" lengannya yang masih dipegang Hayzack ditarik sebelum dia menyambung langkah kembali memasuki restoran mewah itu.

Tanpa Hana sedar langkahnya diikut Hayzack dari belakang. Dia yang baru sahaja mahu melabuhkan punggung tersentak apabila tiba-tiba tubuhnya ditolak lembut ke tepi.

Tajam pandangan matanya memandang lelaki di hadapannya. Malas mahu bergaduh Hana sekadar duduk berhadapan dengan Hayzack. Tangan kanan diangkat untuk memanggil waiter.

"Give me one chicken porridge soup with plain water. That all , thank you" ujar Hana sambil bibir merah merekahnya tersenyum lembut.

"You sir?" soal waiter itu pada Hayzack pula.

His Babygirl [𝑪]Where stories live. Discover now