07 | BABYGIRL

4.1K 210 4
                                    

TELEFON yang berdering di dalam handbag membuat Hana tercari-cari. Baru sahaja dia mahu mengeluarkannya bahunya dirempuh kuat dari belakang. Mendengus geram Hana dibuatnya.

Pusing sahaja badan. Terus terbantut niatnya yang mahu marah. Liur ditelan melepasi anak tekak. Pahit. Menggigil dirinya.

"Sorry , miss" Hayzack yang masih menundukkan kepalanya memandang telefon di tangan terus mendongak apabila tidak kedengaran sebarang respon.

"Not to sorry" sambung Hayzack perlahan apabila melihat wajah Hana.

"Err t...tak a..apa. I g..got t..to g..go" tergagap gagap Hana meminta diri untuk pergi.

"Wait"

Hana menutup kedua matanya. Badan kembali dipusing menghadap si dia.

"Kau buat apa kat sini?" soal Hayzack kasar.

Hana yang mendengar mahu sahaja pelangkung muka si dia. Main bola tak nampak. Mahu sahaja dia berkata begitu. Soalan tu kalau boleh bijak lagi.

"Kerja" kata Hana lembut.

"Kau kerja kat sini seriously?" soal Hayzack sinis. Sekeliling kawasan syarikat itu Hayzack pandang.

Hana menelan air liur.

"Kalau ya kenapa?" tanya Hana.

"Kau kena sedar diri yang kau tu tak layak kerja kat syarikat besar macam ni heh" bibirnya masih senyum senget ke arah Hana. Tch perempuan tu kerja kat sini memang langsung tak kena kata Hayzack di dalam hati.

"Ya , saya sedar. Terima kasih sebab ingatkan saya" malas mahu memanjangkan isu Hana terus melangkah pergi. Walhal di dalam hati sungguh dia terasa. Hina sangat ke kalau dia nak kerja kat syarikat yang macam ni walaupun Hana tahu ni syarikat ayahnya. Salah ke?

"Heh baguslah kalau sedar tak payah susah-susah aku nak kata lagi macam tu" sindir Hayzack perlahan. Dia sendiri pun tak tahu kenapa diri dia kata macam tu? Padahal tak ada pun perempuan yang dia selalu terserempak tu cari pasal dengannya.

Hana yang mendengar hanya mampu menelan setiap bait perkataan itu. Walaupun percakapan itu perlahan Hana masih dapat mendengarnya kerana dia berdiri tidak jauh daripada si dia.

Bibirnya tersenyum tawar dalam diam. Sakit tapi itulah kenyataan yang dia kena terima dari si dia walaupun si dia masih tidak mengenali dirinya yang sebenar. Kolam air mata ditahan.

Masuk sahaja dirinya di dalam lift. Hana terus bersandar pada dinding lift itu. Nasib baik tak ada orang. Air mata perlahan-lahan mengalir di pipi.

'Tak apa Hana kau boleh buktikan kat dia yang kau pun boleh berjaya' pujuk Hana pada dirinya.

Pipi yang sememeh dengan air mata dihapuskan dengan lengan baju. Hana menarik nafas dalam sebelum menghembusnya lemah. Sungguh tak ada mood dia rasakan sekarang apabila teringat hal tadi. Dia rasa nak balik je rumah dan menangis sepuas-puasnya kat bantal.

TING

Terbuka sahaja pintu lif. Hana terus melangkah keluar untuk masuk ke dalam officenya.

Labuh sahaja punggungnya dikerusi. Kepalanya tanpa lengah terus diletakkan di atas lengan tangan di meja.

Kelopak mata Hana kembali berair. Dia tak boleh tahan empangan air matanya bagai air terjun. Mungkin kalau orang lain nampak mungkin fikir yang dia ni seorang yang cengeng.

Padahal sebenarnya memang susah nak nampak dia menangis tapi dah kalau orang yang buat dia tu merupakan Hayzack Iskandar mudah sahaja air matanya mengalir seperti budak kecil.

His Babygirl [𝑪]Where stories live. Discover now