51 | BABYGIRL

5.4K 133 5
                                    

LAMA mata Hana menatap tubuh tegap dari belakang itu. Selepas Hayzack balik dari keluar tadi lelaki itu banyak berdiam diri. Bila disoal hanya sepatah sahaja yang Hayzack balas. Entah apa yang difikirkan pun Hana sendiri tidak tahu.

Perlahan-lahan kaki Hana buka mendekati susuk tubuh tegap itu. Gelas yang berisi jus oren diletak dihadapan Hayzack seraya tempat duduk di sebelah lelaki itu Hana labuhkan punggung.

Tersedar Hayzack apabila tempat disebelah dirasa di duduk seseorang. Automatik kepala menoleh memandang sebelah. Terlorek senyuman senget di bibirnya. Gadis kecilnya rupanya!

"Kau buat apa kat sini babygirl?" soal Hayzack sambil kening sebelahnya diangkat. Gelas yang berisi jus oren yang dibawa Hana diteguk rakus. Cuaca panas ni memang elok kalau perkena dengan air buah.

"Teman awak. Hmm awak ada masalah ke. Kalau ada ceritalah dengan saya" lembut suara itu menyapa gegendang telinga Hayzack.

Kepala Hayzack geleng kecil. Menindakkan yang dia tidak ada masalah. Tubuh kecil Hana ditarik rapat pada dadanya untuk dipeluk dari sisi. Tenang. Hilang segala masalah difikirannya kini.

"Mana ada apa-apa. Aku okay je jangan risaulah babygirl" pinggang sisi Hana dielus lembut. Dan kadang-kala dia akan mencuit. Suka dia melihat tubuh itu meliuk lentok mengelak setiap kali jarinya menghinggap.

"Awak janganlah nanti family awak nampaklah" tangan sasa itu ditepuk-tepuk lembut. Geram dengan lelaki di sebelahnya.

"Biarlah kalau diorang nampak pun. Aku dah kahwin dengan kau kan lainlah kalau kita ni belum halal lagi" bisik Hayzack sebelum melabuhkan ciuman sekilas pada telinga Hana di sebalik tudung.

Hangat muka Hana rasakan sekarang. Memang tak malu betullah lelaki sebelah dia ni. Ini kalau Hayra dengan Hayze nampak confirm kena usik tidak henti dengan adik iparnya itu.

"Angah gatal pervert miang taik keladi!"

Kutukan itu membuat Hana terbangun dari tempat duduknya. Automatik tangan Hayzack di pinggangnya terlepas. Kepala Hana mendongak ke tingkat atas. Makin bertambah hangat mukanya bila melihat senyuman nakal yang terbit pada bibir dua orang adik iparnya. Baru je sebut tadi tahu-tahu dah muncul!

"Hayra Ifhani?!"

"Hayze Ifham?!"

Pinggang Hayzack cekak di tubuh. Iris matanya kecil besar kecil besar sahaja melihat susuk tubuh dua orang adiknya yang bergelak ketawa di beranda. Geram pun iya jugak. Seronok dia bermesra dengan Hana tadi tiba-tiba pulak ada langau yang ganggu. Mana dia tak sakit hati?

"Itulah Angah tak pandang lagi kiri kanan. Ini kalau Along nampak agaknya dah kena baling selipar dari tingkat atas dah. Bernasib baik lah Angah , Hayra dengan Hayze je yang nampak" seloroh Hayra mendambik dada. Kononnya dia sebagai saksi yang baik melihat kemesraan Hayzack.

"Masalahnya Hayra kau dah ganggu aku nak bermesra dengan isteri akulah setan" turun naik dada Hayzack menahan amarah. Penat tahu tak kalau ada langau yang jenis macam ni. Boleh mental dia lama-lama kat Villa Tan Sri Amril ni.

"Sikit-sikit nak marah Angah ni. Dah macam singa dah. Tak penat ke asyik nak marah orang je?" adu Hayze bersahaja. Hayra di sebelah mengangguk-angguk kepala menyokong apa yang dikata Hayze pada abang keduanya. Support kembarlah katakan!

"Kau ni kan—"

"Awak , sudahlah tu" lengan Hayzack diusap lembut untuk menenangkan baran yang keluar dari diri suaminya.

"Tengok tu kak Hana pun sokong kitorang dua" tambah Hayze lagi selamba.

"Betul betul" sokong Hayra. Sudah serupa macam ipin pulak dia dengan kepala yang terangguk sekali dan tidak lupa jugak jari telunjuk yang keluar pada tangan kanannya.

His Babygirl [𝑪]Where stories live. Discover now