SPECIAL CHAPTER 1

4.1K 121 2
                                    

Thank guys sebab vote buku ni and as a gift for everyone saya buat special chapter hehe enjoy❤️
















3 tahun kemudian ,

KAKI kecil yang terkedek-kedek berlari itu mendekati ke arah beberapa pengawal yang berjaga di sekeliling kawasan perumahan Daddynya.

Baju salah seorang dari pengawal itu ditarik-tarik oleh budak lelaki berumur 3 tahun itu.

"Eh , Hairiez buat apa kat luar sini?" Max yang merupakan ketua pengawal di situ bercangkung di hadapan anak Tuan Mudanya.

Lelaki yang berasal Italy tu baru saja duduk 2 tahun di Malaysia. Sepatutnya dia kena menjaga rumah Hayzack di Italy. Namun disebabkan arahan dari jejaka itu yang menyuruhnya berpindah ke sini Max hanya mengikut. Takkan nak bantah arahan majikan sendiri yang sudah bertahun lama dia bekerja.

"Daddy tak balik lagi ke?" tanya Hairiez. Mata yang berwarna hazel itu merenung muka Max penuh berharap.

Perlahan kepala Max geleng kecil.

"Maaf Hairiez tapi Daddy Hairiez tak balik lagi. Nanti kalau Daddy Hairiez dah balik—" tidak sempat Max mahu menghabiskan ayatnya.

Sebuah kereta Tesla hitam memasuki kawasan perumahan. Tangan Hairiez menepuk-nepuk. Sudah tahu gerangan yang berada dalam kereta itu.

"Hah tu Daddy Hairiez pergilah" ujar Max pada anak Tuan Mudanya. Melihat akan reaksi gembira yang terbit dari muka Hairiez itu Max turut tersenyum.

"Grazie zio (Terima kasih Uncle)"

Kepala Max angguk.

Langkah kaki si kecil itu buka mendekati kereta Tesla yang sudah berhenti. Hairiez menunggu di luar tempat pemandu. Terbukak saja pintu kereta itu laju dirinya masuk ke dalam dakapan Hayzack.

"Hey , babyboy. What are you doing here?" soal Hayzack sambil mendukung tubuh kecil Hairiez.

"Tunggu Daddy balik" perlahan nada Hairiez menjawab. Tangan kecilnya dimain-mainkan.

Bibir Hayzack menyimpan senyum. Bukan tidak biasa mendengar ayat yang sama dari anak lelakinya. Setiap kali dia balik dari kerja pasti Hairiez yang menjadi orang pertama yang menyambutnya.

Pintu kereta Hayzack tutup sebelum langkah diorak mendekat pintu masuk rumahnya.

"Kenapa tunggu Daddy. Mummy mana Riez?" tanya Hayzack. Sempat rambut keperangan Hairiez diraup ke belakang. Kalau dilihat muka Hairiez pasti orang akan cakap macam diri dia waktu kecil.

Tak ada beza langsung. Dari rambut hingga ke kaki si kecil itu memang copy paste sama macam dia.

"Ada dekat atas. Mummy tengah solat" sebelum dia melangkah keluar tadi sempat dia melihat Mummynya di atas yang sedang menunaikan solat.

Takut jugak kalau ada sesuatu terjadi pada Mummynya. Kerana Daddynya sudah mengamanahkan dia untuk menjaga Hana jika Daddynya tiada di rumah atau keluar bekerja.

"Good boy pandai Riez jaga Mummy untuk Daddy. Nanti Daddy belikan Riez motor kecik sebagai reward" bukan mahu memanjakan anaknya. Namun dia tahu anak lelakinya seorang ini jenis meminati motor dan kereta.

His Babygirl [𝑪]Where stories live. Discover now