12 | BABYGIRL

4.3K 196 1
                                    

AWAL pagi lagi Hana sudah tercongak di hadapan syarikat HA Empire. Teruja pun ada jugak sebab sudah seminggu tidak berjumpa dengan si dia sejak kejadian tu.

Rindu!

Kaki melangkah masuk ke dalam syarikat gah itu. Mata pekerja-pekerja yang memandang tubuh langsingnya tidak diendahkan.

Dari jauh dia sudah nampak susuk tubuh Aidil. Mungkin menunggu dirinya.

"Good morning miss. Let's me show you room meeting" ujar Aidil formal.

Aidil jalan ke depan mendahului Hana. Langkah kaki PA Hayzack itu diikut dari belakang sempat tadi Hana membalas kembali sapaan Aidil padanya.

Bibir Hana tidak lekang melempar senyum pada pekerja yang lalu-lalang di sebelahnya.

Masuk sahaja ke dalam lift Hana hanya mendiamkan diri. Dia tiba-tiba berasa nervous seumpama macam kali pertama berjumpa dengan si dia. Padahal sudah banyak kali bertemu.

"Miss Hana"

Terpinga-pinga Hana dibuatnya.

"Err awak cakap dengan saya ke?" jari telunjuk dituju pada diri sendiri. Blur.

Aidil tergelak kecil melihat kelakuan Hana. Nasib baik waktu blur tu cantik!

"I hope miss tak buat Tuan naik angin sebab sekarang mood Tuan macam tak elok. Takut nanti miss kena tempias" ujar Aidil bersahaja.

"Why?" Hana memandang Aidil sambil mengangkat kening bingung.

"About his mother" ujar Aidil pendek.

"Kenapa den..."

TING

Tidak sempat Hana mahu bertanya. Aidil sudah melangkah keluar dahulu. Laju langkahnya ke depan. Bukan sengaja abaikan namun Hana bukannya orang penting pada bossnya hanya sekadar klien sahaja.

Jadi perlukah dia bercerita dengan orang yang tiada kena mengena dalam hidup bossnya?

Hana mengeluh perlahan. Lambat-lambat kakinya melangkah keluar mengikut langkah Aidil. Hana mengerut dahi apabila Aidil berhenti secara tiba-tiba di depan pintu berwarna hitam.

"Awak boleh masuk miss" Aidil terus melangkah pergi dari situ.

Berkerut seribu dahi Hana. Takkan dia seorang je yang masuk. Mana orang lain. Mata meliar memandang sekeliling mana lah tahu ada orang lain boleh diajak masuk sekali. Tapi dilihatnya tiada siapa.

Hana menghela nafas. Terpaksalah dia masuk seorang diri. Tombol pintu dipulas perlahan-lahan. Bukak sahaja pintu tergamam Hana dibuatnya tidak percaya dengan pandangannya sekarang.

Ramai pekerja Hayzack memandangnya. Bibir diketap kuat. Gementar. Hana tanpa berlengah terus mengambil tempat duduk yang berada di hujung meja.

Tanpa dia sedar sepasang mata tajam itu hanya memandang kelakuannya hinggalah dia mengambil tempat duduk.

Hana yang merasa seolah ada yang melihatnya mendongakkan kepalanya. Jantungnya berdebar hebat apabil anak matanya bertembung dengan anak mata berwarna hazel itu.

Tajam pandangan si dia ke arahnya. Dapat dia rasakan jantungnya yang mahu tertanggal.

"Ehem , can we start now" mata dialihkan dari memandang Hana yang duduk jauh namun masih berhadapannya.

"Sure , Tuan Zack"

Dan bermula lah sesi penerangan projek yang akan dilaksanakan. Tekun Hana lihat Hayzack yang fokus pada skrin putih dihadapan.

His Babygirl [𝑪]Where stories live. Discover now