23 | BABYGIRL

5.3K 156 4
                                    

SEMINGGU berlalu dengan pantas dan akhirnya hari ini Hana sudah pulang ke tanah air.

Beg bagasinya ditarik melepasi balai pelepasan. Sementara menunggu Harraz sampai sempat dia masuk ke dalam kedai-kedai yang berada di KLIA itu.

Biskut famous amos diambil di atas rak berserta dengan air kotak dutch lady strawberry. Tadi sewaktu di dalam flight dia tidak sempat makan kerana terlalu letih hingga dia tertidur. Jadi bila dah sampai ni adalah peluang dia untuk makan sebentar.

Kerusi berwarna biru yang berada tidak jauh dari keberadaannya diduduk. Beg bagasinya dibiar berdiri di sebelahnya. Straw air kotak ditarik keluar dari plastik dan dicucuk di dalam lubang kotak itu. Hana menyedut minumannya. Haus pulak rasa. Biskut famous amos masih dikunyah-kunyah.

Matanya meliar memandang sekeliling. Ramai pulak hari ni. Mungkin kerana hujung minggu. Tidak sedar dia seseorang mengambil tempat duduk di sebelahnya.

"Sedap makan" ujar orang itu bersahaja.

Tersentak Hana dibuatnya. Kepalanya menoleh memandang sebelah. Terbuntang matanya.

Harraz?

Tubuh tegap adik lelakinya terus dipeluk erat seakan tidak mahu lepas. Terdorong tubuh Harraz. Dia dahlah dalam keadaan tak bersedia. Harap je badan kecik tapi tarik kemain macam badan orang besar.

Hana pulak masih tidak melepaskan pelukan. Rindu mahu mencari gaduh dengan Harraz. Beberapa minit selepas itu baru dia meleraikan pelukan.

Pipi Harraz ditarik-tarik pulak. Muka Harraz hanya pasrah. Hampir semua mukanya diusik rambut hidung telinganya. Apabila sampai tangan Hana mahu menarik keningnya. Harraz terus memegang tangan Hana.

"Sakitlah" rungut Harraz cemberut. Tak lama itu bibirnya melorek senyum sebelum badan kecik Hana ditarik ke dalam pelukannya pula. Bergoyang ke kiri ke kanan badan Hana dibuatnya. Beginilah cara mereka jika mahu melepaskan rindu.

"Manja betul babyboy ni" kutuk Hana selamba. Tangannya naik memeluk tubuh Harraz kembali. Kepalanya diletak di dada Harraz. Maklumlah pendek!

Hampir beberapa minit mereka berpelukan sebelum Harraz sendiri yang leraikan.

"Jom balik Papa dengan Mama semua dah ada dekat rumah" beg bagasi Hana ditarik dengan sebelah tangan manakala tangannya yang kosong menggenggam tangan Hana. Jika dilihat pasti orang akan kata suami. Harraz jauh tinggi darinya.

"Papa Mama sihat?" soal Hana. Mukanya diangkat memandang muka Harraz yang berjalan seiring dengannya.

"Papa dengan Mama sihat je kak. Minggu lepas Papa ada inform dengan kau yang Papa nak bincang sesuatu kan?" ujar Harraz meminta jawapan setiap pada soalan yang membelenggunya sejak akhir-akhir ni.

"Yes , kenapa kau tanya?" tanya Hana pelik.

Bibir Harraz tersenyum tawar. Hana yang jalan bersebelahannya dipandang redup.

"Aku harap kau terima dengan apa yang Papa kata nanti kak. Aku tak sanggup tengok muka Papa dengan Mama kecewa" kata Harraz. Nafas ditarik dalam sebelum dihembus lemah. Menenangkan jiwanya yang gundah dengan perkara yang Dato Adhwa maklumkan padanya.

Harap apa yang Papa dengan Mamanya yang buat adalah perkara terbaik untuk kakaknya. Dia tidak sanggup melihat muka kekecewaan Dato Adhwa dan Datin Aderin yang sudah aturkan.

"Apa maksud kau Harraz?" soal Hana bingung. Kenapa tiba-tiba Harraz kata macam ni. Seolah ada perkara penting yang disorokkan.

"Nanti kau tahu jugak. Dah jom" dalih Harraz sambil menarik tangan Hana. Cuba membuat Hana melupakan dengan perkara yang disebutnya.

His Babygirl [𝑪]Where stories live. Discover now