28 | BABYGIRL

5.7K 184 8
                                    

"HANA"

Panggilan namanya dari seseorang membuatkan dia menoleh kepalanya. Bibirnya mengukir senyuman apabila ternampak tangan Dato Adhwa menggamit dia suruh mendekati.

"Kenapa Pa?" soal Hana. Tempat duduk bertentangan dengan Dato Adhwa di duduk. Bantal kecil diambil dan dipeluk ke dalam pelukannya.

"So macam mana? Berkenan tak dengan Izz"

Soalannya dibalas dengan soalan dari Dato Adhwa. Kening Dato Adhwa terjongket. Menunggu jawapan anak perempuannya.

"Maksud Papa?" sekarang ni dia seakan blur pulak. Tidak dapat menangkap maksud Dato Adhwa.

"Maksud Papa kalau Hana berkenan boleh ambil Izz tu sebagai suami kamu. Jadi kamu macam mana setuju. Kalau setuju sekarang jugak Papa bagitahu. Lagi pun belah keluarga lelaki sana semua dah bersetuju tinggal keluarga kita je sekarang" terang Dato Adhwa panjang lebar.

Terlopong mulut Hana mendengarnya. Kenapa cepat sangat? Dia pun sekarang ni dalam proses kenal-mengenal dengan Izz. Apa yang dia nak jawab?

"Pa , Hana—"

"Papa tahu Hana nak kata apa. Kalau Hana nak kata Hana baru kenal. Lepas kahwin pun boleh kenal lebih lagi dengan Izz" ujar Dato Adhwa.

"Bukan tu Pa" bibir bawah Hana gigit. Inilah dirinya kalau dalam keadaan resah dan seakan tidak tahu mahu menerangkan bagaimana.

"Cuba bagitahu Papa kenapa?" berkerut dahi Dato Adhwa.

Tubuh Dato Adhwa , Hana dekati. Kedua belah tangan berkedut itu dipegang erat.

"Macam ni Pa. Kita tak tahu perangai sebenar dia. Cuba Papa bayangkan kalau dia pukul tampar Hana lepas kahwin?" kata Hana memberi andaian buruknya. Itu yang dari tadi berlegar-legar dalam mindanya sebenarnya.

Ya , dia takut. Siapa je yang tidak takut kalau dapat lelaki yang jenis macam tu. Baran dan jenis kaki pukul. Cuba cakap dengan dia. Mestilah semua perempuan mahukan lelaki yang jenis penyayang dan mampu menjaga dengan baik.

Lagi pun kudrat seorang perempuan bukan seperti lelaki. Sejauh mana pun kita cuba melawan kalau akhirnya tersungkur jugak kita kena terima. Sebab itu dia bagitahu awal-awal. Dia takut!

"Papa tahu Izz tu jenis macam mana Hana. Dia bukan mudah naik tangan dekat perempuan. Sebab dari dia kecik lagi hati dia memang lembut. Dulu waktu dia jatuh pun dia dah menangis. Start dari situ Papa dah tahu yang dia ni jenis hati lembut. Dah hafal dah pun. Lagi pun tengok dari mata dia pun dia memang ikhlas sayangkan Hana. Sebab tu waktu dia bagitahu dengan ayah dia yang dia berkenan dengan Hana , Papa terus setuju" jawab Dato Adhwa.

Hana terdiam kata. Tidak tahu mahu membalas apa untuk membangkang. Mulutnya terbuka sedikit sebelum dikatup balik. Akhirnya , keluhan kecil terlepas dari seulas bibirnya.

"Papa memang betul-betul nak Hana kahwin dengan dia ke?" soal Hana meminta kepastian. Dia tak nak kalau dia buat keputusan dia sendiri yang termakan dan menyesal di kemudian hari.

"Ini semua atas diri kamu Hana. Papa dengan Mama serahkan 100 peratus keputusan atas tangan kamu" bahu Hana dipegang.

"Bagi Hana sehari boleh Pa untuk Hana bagi keputusan" tatapan lembut dia bagi pada Dato Adhwa.

Kepala Dato Adhwa mengangguk kecil.

"Kalau kamu masih tak yakin dengan keputusan kamu. Buat solat istikharah dulu. Kita buat majlis tunang dulu waktu tu kamu bolehlah kenal-kenal dengan Izz sebelum masuk ke hubungan lebih serius" celah Datin Aderin yang baru keluar dari dapur.

Bukan dia tidak dengar percakapan anak perempuannya dengan suaminya. Ialah kalau boleh cakap tu macam nak bagi satu penghuni rumah dengar. Dia sebenarnya tak ada lah mengharapkan sangat nak ada menantu.

His Babygirl [𝑪]Where stories live. Discover now