47 | BABYGIRL

4.9K 123 0
                                    

HANA yang sedang leka makan di hadapan Hayzack pandang tidak lepas. Dia berdehem perlahan. Cuba menyedarkan gadis kecilnya kehadirannya di situ.

"Babygirl?"

Gelaran yang selalu Hayzack panggil padanya membuat kepala Hana terpanggung untuk memandang. Kening sebelahnya terangkat menunggu Hayzack menyambung kata.

"Hari tu Harraz ada datang jumpa aku dan dia kata dengan aku Papa Mama kau suruh balik semula ke rumah agam diorang. Jadi—"

"Kenapa tiba-tiba" cantas Hana terlebih dahulu. Sudu dan garfu diletak di sisi pinggan. Tiba-tiba hilang selera nak sambung makan apabila isu Dato Adhwa dibangkitkan.

Dia tidak membenci apatah lagi jauh terasa hati dengan Papanya. Cuma dia kecewa sedikit kerana Dato Adhwa tidak percaya dengannya.

Padahal lelaki tua itu tahu dia bagaimana. Ia memang dia tahu waktu itu dia salah kerana sepatutnya dia menepis sewaktu Hayzack pegang tangannya. Tapi dia dalam keadaan sedih jadi dia tidak sedar semua perkara itu.

"Aku tak boleh nak terang lebih-lebih. Kau sendiri kena dengar dulu penjelasan dari Papa Mama kau. Ingat babygirl syurga kau masih ada bawah tapak kaki ibubapa kau. Kau nak ke jadi anak derhaka?" provok Hayzack. Dia buat begitu untuk menyedarkan gadis kecilnya.

Hana menghembus nafas lemah.

"Saya tahu tapi saya cuma kecewa dengan Papa. Lagi pun awak tak tahu macam mana saya rasa waktu dimalukan depan orang ramai" ujar Hana. Bukannya dia tidak mahu berbaik dengan Dato Adhwa. Kalau boleh sekarang jugak dia mahu pergi. Tapi rasa di hati melebihi rasa rindu buat kedua ibubapanya.

"Sometimes babygirl kita tak boleh jugak selalu melayan perasaan kita. Cuba kau bayangkan kalau ibubapa kau pergi dulu tanpa sempat kau berbaik. Kau nak ke kau menyesal seumur hidup?" nasihat Hayzack seringkas yang boleh.

Kepala Hana geleng. Mestilah tidak. Orang gila je buat macam tu. Setelah berfikir banyak kali akhirnya kepala Hana mengangguk jua. Tanda akur yang dia akan balik ke pangkuan keluarganya.

"Yelah nanti saya balik kat rumah agam Papa Mama. Puas hati?" ujar Hana bernada geram. Kecil besar sahaja lelaki itu dipandangannya.

Bibir Hayzack tersenyum senget. Ingat ke susah sangat mahu mendengar katanya. Nasihat sikit baru termakan rupanya. Memang lepas ni dia akan buat macam tu. Bangkit isu pasal ibubapa mesti gadis dihadapannya akan mengikut katanya. Confirm!

"Err awak?"

Suara lembut yang menyapa gegendang telinganya membuat bibir Hayzack tersenyum senget tanpa sedar.

"Why?" soal Hayzack bersahaja.

"Awak tak pernah bagitahu yang keluarga awak ada kacukan cina" ujar Hana mengendur sedih.

"Dah kau tak pernah tanya. Buat apa aku nak cerita. Lagi pun penting ke?" jawab Hayzack bernada sarkastik. Riak mukanya hanya ditayang beku.

"Pentinglah. Awak ni kan agaknya kalau saya tak tengok gambar keluarga awak mesti sampai sekarang saya tak tahu keluarga awak ada kacukan" ujar Hana bernada perlahan. Nak marah tapi itulah dekat tempat terbuka pulak. Jadi sekarang dia hanya mampu menyabarkan hatinya sahaja.

"Sorry"

"Tak apa lah benda pun dah jadi but awak kena cerita dengan saya macam mana Bonda boleh masuk islam dan macam mana Ayahanda boleh kahwin dengan Bonda okay?" Ibu jari dan jari telunjuk membentuk bulat sebelum disua di hadapan Hayzack.

Terbit senyuman sinis di bibir Hayzack. Comel sahaja gadis kecilnya membuat gaya begitu. Perlahan-lahan kepalanya dijatuhkan tanda bersetuju.

"Tapi babygirl after kahwin aku bagitahu kau okay. Tak syoklah bagitahu sekarang" kata Hayzack memberi kata putus. Kening sebelahnya dijongket-jongket sebelum mimik mukanya bertukar ke riak nakal.

His Babygirl [𝑪]Where stories live. Discover now