42 | BABYGIRL

5K 151 13
                                    

PIPINYA yang ditekap dengan benda sejuk secara tiba-tiba membuat Izz terkejut. Bibirnya mengeluarkan desisan sakit. Beg ais dari tangan Datin Maria diambil.

"Macam mana boleh jadi macam ni Angah?" tanya Datin Maria bernada risau. Hati ibu mana yang tak risau bila tengok anak sendiri balik dalam keadaan muka berlebam.

Sudahlah tiba-tiba menghilang selama dua hari. Balik-balik sahaja muka sudah tongkang pecah. Entah siapa yang mahu memperdajalkan anak keduanya!

"Ibu boleh tak hari Khamis ni kita pergi rumah Uncle Adhwa. Ada sesuatu yang Angah nak kata dengan Uncle" ujar Izz tanpa menjawab soalan dari Datin Maria.

Datin Maria berdengus marah.

"Yang Angah nak pergi dekat rumah bakal mentua Angah yang tak jadi tu kenapa? Angah kena ingat disebabkan anak perempuan dia habis rosak nama keluarga kita. Nasib baik dulu kita ambil sebagai tunang je. Kalau lepas kahwin tak tahulah jadi apa nanti. Maybe lagi teruk agaknya perangai yang dia akan tunjuk!" sindir Datin Maria pedas. Beria dahulu dia dambakan gadis itu. Tapi akhirnya dia sendiri yang kecewa dan sakit hati.

"Ibu sebenarnya itu bukan salah Hana. Angah yang salah ibu. Memang dari mula pun salah Angah" kepala Izz menunduk. Takut-takut mahu memberi tahu kebenaran sebenar pada Datin Maria.

"Tapi itu bukan tiket dia untuk pegang lelaki bukan mahram sesuka hati. Harap je pakai tudung tapi perangai serupa perempuan tak ada maruah. Baik bukak je tudung tu" masih marah nada Datin Maria berkata.

Izz menarik nafas sebelum menghembus perlahan. Tangan Datin Maria dipegang utuh. Kepalanya menunduk ke bawah tidak berani memandang muka yang masih tidak berpuas hati itu.

"Jujur Angah kata ibu. Hana memang tak salah. Bukan salah dia sepenuhnya. Angah sendiri pun ada salah dalam hal ni. Gambar yang tersebar tu Angah sendiri yang tangkap. Dari aw—"

"Wait what?" tangan anak keduanya dilepaskan. Datin Maria terbangun dari sofanya. Kepalanya digeleng seolah tidak percaya dengan kenyataan yang keluar dari mulut anaknya.

"Ibu dengar dulu apa yang Angah nak kata" sedih nada Izz. Tangan Datin Maria cuba ditarik. Namun , Datin Maria mengundurkan dirinya ke belakang.

"Ibu" panggil Izz bernada sayu. Sebak hatinya melihat pipi mulus tua itu lebat dengan air mata.

"Apa lagi yang Angah sorokkan dekat belakang Ibu. Jujur Angah!" tengking Datin Maria bernada sedih. Bibirnya menggeletar hebat. Nasib baik sekarang ni suaminya dan anak pertamanya tiada di rumah. Kalau tidak sudah pasti anak keduanya sudah dicemuh hebat dengan suaminya!

Izz menarik nafas dalam. Cuba menenangkan diri untuk terus bercerita pada Datin Maria. Lagi pun ibunya perlu tahu jugak kerana dia pasti benda ni lambat-laun akan tersebar jugak pada pendengaran Dato Izham dan Datin Maria.

"Dari awal pertunangan kami pun sebenarnya Angah yang memaksa Hana untuk terima Angah. Banyak kali sebenarnya Angah tengok Hana macam nak menolak. Tapi disebabkan Angah ikut perancangan seseorang—"

"Perancangan seseorang? Jadi maksudnya Angah tak ikhlas ke waktu bertunang dengan Hana?" tanya Datin Maria terlebih dahulu.

Jeda. Izz hanya mendiamkan diri. Tidak menjawab soalan dari Datin Maria. Mulutnya terbuka sedikit sebelum dikatup balik.

Datin Maria yang melihat. Menggelengkan kepalanya. Sungguh dia tidak sangka sampai begini sekali. Salah dia ke dalam tidak mendidik anak dengan cara yang betul?

"Siapa yang suruh Angah buat sampai macam ni? Siapa Angah!" kata Datin Maria menjerit kecil. Dadanya dipegang. Sebak. Remuk hati tuanya mendengar penjelasan dari anaknya.

His Babygirl [𝑪]Where stories live. Discover now