38 | BABYGIRL

5.2K 156 10
                                    

"BABYGIRL"

Panggilan dari Hayzack diendahkan. Mukanya masih ditekup pada kepala lututnya. Terhinjut-hinjut bahu Hana apabila teringat kejadian petang tadi.

"Please , babygirl don't ignore me" sayu nada Hayzack berkata. Plastik nasi lemak yang dibeli diletak di atas meja bersebelahan katil Hana.

"Apa lagi yang awak nak Hayzack Iskandar? Puaslah kan hati awak dapat tengok saya jadi sengsara macam ni!" marah Hana teresak. Matanya yang berkaca memandang sepasang mata Hayzack.

Tolonglah sekarang ni kalau boleh mahu sahaja dia bersendirian. Dia tidak mahu diganggu dengan sesiapa. Lagi-lagi teringat pasal kejadian tadi. Rasa sakit itu tak usah dia kata!

"Aku mintak maaf , babygirl. Jangan benci aku it's hurt me you know?" ujar Hayzack sebak.

Dia tak sanggup kehilangan gadis kecilnya buat kali kedua. Cukuplah dulu dia buat kesalahan paling terbesar dalam hidupnya. Tak sanggup lagi rasanya mahu menghadap kebencian gadis kecilnya padanya lagi.

"Kalau awak tak nak saya benci awak. Saya mintak sangat-sangat dengan awak leave me alone. Saya nak bersendirian bagi saya ruang untuk tenangkan diri saya sekejap please. Saya mintak sangat-sangat dekat awak" pinta Hana. Matanya bergenang menandakan dia memang betul-betul mahu bersendirian.

"Okay , aku boleh tunaikan tapi jangan kunci pintu bilik wad ni. Faham?" terpaksa dia tunaikan. Dah kalau mata itu sayu memandangnya. Nak menolak takut makin tambah kebencian Hana padanya pulak.

Lagi pun memang kata doktor pada dia tadi pun , dia perlu meninggalkan gadis itu bersendirian. Takut pulak makin membuatkan emosi gadis itu tertekan dengan kehadirannya.

"Faham" dalam hati berbakul rasa bersalah dalam diri Hana. Maafkan saya awak tapi saya memang betul-betul nak bersendirian bisik hati Hana sayu.

Selepas sahaja Hayzack melangkah keluar. Hana tanpa berlengah terus mengunci bilik wad peribadinya.

"Babygirl"

"Babygirl why are you do this to me?"

"Please open the door please babygirl"

Rayuan dari Hayzack di sebalik pintu Hana endahkan. Tubuh kurusnya melorot jatuh pada belakang pintu. Matanya kembali berkaca apabila masih terbayang kejadian petang tadi. Tangannya menarik kepala lututnya rapat ke dada. Sesak nafasnya menahan esakan.

Kenapa Ya Allah?

Kenapa semua benda ni terjadi pada dia?

Sumpah dia katakan dia tidak kuat. Dia bukan seperti perempuan di luar sana yang kuat dan tabah diuji ujian sehebat seperti ini. Dia hanyalah manusia biasa yang masih mencari keredhaanNya.

Makin kuat tangisannya bergema di dalam bilik wad itu. Dia lemah. Lemah dengan ujian yang mendatang tanpa henti. Lepas satu-satu perkara datang padanya. Mula-mula tentang hal tunangnya dan kedua pulak tentang gambarnya yang tersebar dengan Hayzack.

Ketukan yang tadi kuat diluar menjadi perlahan. Hana sekadar membiarkan. Tidak berdaya sekarang untuk melihat keadaan lelaki itu.

Kepala Hayzack tersandar lemah pada pintu bilik wad Hana. Tangisannya pecah. Ni semua salah dia. Dari permulaan lagi semua salahnya. Ya , dia sedar semua itu. Tapi dia tidak meminta pun hal ini untuk berlaku.

Kalau boleh diputarkan waktu sudah semestinya dia akan layan gadis kecilnya bagai puteri raja. Tapi dia sedar waktu tidak boleh diputarkan. Dan dia hanya mampu berserah sahaja. Terhinjut-hinjut bahu Hayzack.

Apa lagi yang seharusnya dia buat untuk membetulkan keadaan? Masalah dahulu pun belum settle datang pulak masalah yang baharu!

"Please babygirl open the door for me. It' hurt see you like this. I'm sorry babygirl what I done with you" ujar Hayzack teresak. Tidak betah dia membiarkan gadis kecilnya bersendirian. Dia takut Hana melakukan perkara di luar jangkaannya.

His Babygirl [𝑪]Where stories live. Discover now