11 | BABYGIRL

4.4K 198 1
                                    

BADAN dibawa sandar di kepala katil. Ipad yang berada di atas night stand dicapai.

Mata hanya leka memandang skrin ipad membalas satu persatu email dari klien. Lama dia fokus sebelum mukanya diraup sebentar.

Kenapa nama perempuan tu macam nama gadis kecilnya?

Sejak akhir-akhir ni nama perempuan tu sahaja asyik berlegar di mindanya. Bukan sebab suka tapi benci sebab nama perempuan tu nak dekat sama dengan gadis kecilnya!

Hana. Satu perkataan sahaja namun dia terus terbayang gadis kecilnya. Haish Hayzack takkan lah dia seorang je nama Hana kan aduhai. Kepala digeleng-geleng bagai mengutuk kebodohan sendiri.

Ipad kembali dipandang sebelum di off kan dan diletak di atas meja night stand. Badan dibangunkan untuk ke balkoni bilik.

Pintu sliding door dibuka. Kaki dilangkah hingga ke penjuru balkoni. Angin yang menampar-nampar pipinya membuat dia terbuai sampai terpejam matanya. Sungguh tenang dia rasakan. Hilang semua tekanan tentang kerja yang dihadap tadi.

"Masih fikir pasal gadis kecil kau ke?"

"Hmm macam tu lah Aysar" ujar Hayzack beku. Matanya masih terpejam menghayati angin yang sepoi-sepoi menampar pipinya.

Aysar yang mendengar bicara Hayzack hanya sekadar mengangkat bahu. Sudah biasa dilayan dingin seperti itu. Kerusi yang berada di tepi balkoni ditarik sebelum dilabuhkan punggung.

"Aku bukan apa sampai bila kau nak tunggu dia. Umur kita pun bukan makin muda makin tua" nasihat Aysar bersahaja.

Hayzack yang mendengar tersenyum sinis. Kepala digeleng-gelengkan. Mata yang terpejam tadi dibuka sebelum ditoleh memandang Aysar Emeer.

"Tak ada siapa boleh ganti tempat gadis kecil aku. Dia seorang je yang ada dalam hati aku perempuan lain semua tak layak" ujar Hayzack kasar. Gigi diketap menahan marah pada kawannya.

"Suka hati kau lah Zack. Jangan menyesal suatu hari nanti kalau kau dapat tahu yang gadis kecil yang kau puja tu dah ada orang punya" ujar Aysar selamba.

Berbuih-buih mulut dia cakap pun tak ada guna jugak. Susah dengan orang yang degil dan keras kepala ni!

"Aku takkan pernah menyesal Aysar" yakin Hayzack berkata.

"Suka hati kau lah" diam seketika antara mereka.

"Syarikat kau macam mana okay?" soal Aysar memecah kesunyian kembali setelah beberapa minit berlalu.

"Hmm , okay je. Cuma minggu lepas ada yang cuba hack sistem keselamatan syarikat aku. Nasib baik Aidil cepat tangkap orang tu. Kalau tak aku rasa mesti dia dah tahu semua pasal maklumat syarikat" ujar Hayzack mencerita serba sedikit hal minggu lepas.

Marah jugaklah dia bila dapat tahu. Last-last dia suruh si Aidil bawa lelaki tak guna tu pergi balai polis. Lagi pun bukti semua dah ada. Sempat jugaklah dia tumbuk muka keparat tu sampai lebam sebab yang buat tu pekerja dia sendiri. Siapa je tak sakit hati?

Lagi-lagi pekerja dia berkomplot tu dengan musuhnya!

"Siapa?"

His Babygirl [𝑪]Where stories live. Discover now