33 | BABYGIRL

5.9K 154 6
                                    

DENGUSAN marah terkeluar dari seulas bibirnya. Naik turun dadanya. Dalam leka dia termenung seorang perempuan mengambil tempat di hadapannya.

"Sayang"

Panggilan dari perempuan itu membuatkan Izz mengangkat kepalanya. Tajam pandangannya memanah pada perempuan seksi di hadapannya. Habis nak rosak rancangannya tadi!

"Kau ni tak boleh bersabar ke? Gara-gara kau habis nak rosak rancangan aku. Lagi satu yang kau pandai-pandai pergi tukar nama kau dalam telefon aku kenapa? Ada aku suruh ke" marah Izz. Suaranya tertahan-tahan dari melenting kuat.

"Yang you nak marah sangat kenapa sayang. I tukar nama je bukannya kacau you pun" jawab Sally mempertahankan diri.

Rambutnya yang berkarat di lempar ke belakang. What? Salah ke dia nak tukar namanya. Lagi pun teman lelaki sendiri. Jadi dia ada hak okay. Barang lelaki itu barangnya jugak!

"Kau cakap apa tadi. Kacau? Eh disebabkan kau habis nak dekat kantoi tadi. Nasib aku ni pandai putar belit cerita dekat perempuan tu" jari telunjuknya di tunding pada muka hadapan Sally.

Mengguling ke atas mata Sally. Yang teman lelakinya nak pertahankan sangat perempuan itu kenapa? Bukannya penting pun ke jangan cakap teman lelakinya sudah jatuh cinta.

Takkanlah?

"You nak pertahankan sangat perempuan tu kenapa? You kena ingat yang kita hanya gunakan dia dalam rancangan kita. Lagi satu sekali you jatuh cinta dengan I jangan ingat I akan lepaskan you macam tu je. Ingat title you dengan I" ujar Sally memberi amaran.

Nak bagi gelaran di psiko. Ya , memang dia psiko dengan orang yang dia sayang. Memang tidaklah dia nak lepaskan macam tu je.

Turun naik dada Izz. Sejujurnya dalam hatinya terselit rasa menyesal kerana pernah jatuh cinta dengan perempuan di hadapannya. Lagi pun sekarang ni hatinya telah beralih arah. Mengenali dengan tunangnya sendiri banyak membuka mata hati padanya.

Tapi jika hendak dibandingkan dia dengan Hayzack. Rasanya dia lagi teruk. Yelah dulu cinta mati dengan perempuan di hadapannya. Sampai sanggup membuat perkara haram. Kalau sedikit tak apa lah jugak ini sudah jauh. Terlalu jauh dia pergi.

"So macam mana dengan rancangan yang I cadangkan tu berjaya ke you tunang dengan dia?" soal Sally. Kakinya yang tidak berlapik dengan sehelai fabrik disilang.

"Berjaya je itu pun sebab aku merayu dengan dia" jawab Izz lemah. Pandangan matanya dilempar ke sekeliling restoran itu. Tak nak dia tambah dosa tengok perempuan di hadapannya. Cukuplah rancangan ni je yang buat dia rasa menyesal sebab bersetuju.

"Nice , sebagai reward malam ni kita jumpa dekat hotel macam biasa okay sayang" kata Sally menggoda. Tangan lelaki itu di atas meja diambil dan dikucup manja. Sudah terbiasa melakukan macam tu.

Bibir Izz sekadar tersenyum hambar.

"Sorry , malam ni aku kena masuk hospital. Ada patient yang perlu aku periksa lepas ni" tangan Sally yang masih bergayut dengan tangannya ditenung kosong. Sekosong hatinya yang sudah ditakluki dengan nama orang lain.

"Next time boleh? I dah lama tak kena sentuh dengan you. Sejak dua menjak ni you asyik elak je. Jangan sampai I sendiri pergi rumah you dan buat kita kahwin. Jangan cabar I" pipi Izz ditepuk memberi amaran yang dia tidak main-main dengan apa yang dia cakap.

Bibir bawah Izz ketap kuat menahan marahnya dari meletus. Itu jelah ugutan yang selalu dia dapat. Tak habis-habis mahu ugut dia dengan perkataan perkahwinan. Dalam kemarahannya terselit jugak rasa takut dalam dirinya. Siapa je tak takut kahwin dengan perempuan psiko depan dia ni?

His Babygirl [𝑪]Where stories live. Discover now