57 | BABYGIRL

4.4K 122 1
                                    

SUARA amarah dari seseorang menyedarkan diri Hana dari lena. Terpisat-pisat jari runcingnya menggosok mata cuba menghilangkan rasa kantuk yang masih bermaharaja lela di sekitar mata.

"Apa maksud kau Danish? Macam mana perempuan tu boleh sampai Malaysia pulak. Siapa yang ikut dia balik negara sana?" tanya Hayzack sambil bercekak pinggang.

Mata berwarna hazel itu tajam memanah bandar metropolin yang sibuk di bawah. Kebiasaan pada waktu begini orang berpusu-pusu untuk ke tempat kerja.

"Kau nak bagitahu aku kat sini lelaki yang bawak dia balik Malaysia tu orang yang dia berhutang? Habis tu macam mana pulak dia boleh sampai ke negara sini sedangkan dia masih berhutang?" soal Hayzack pelik.

"Patutlah dia guna duit simpanan yang dia ada lagi dalam bank. Ouh okay faham nanti kalau kau ada jumpa dengan tempat lelaki yang perempuan tu berhutang kau roger aku. Sebab aku nak berhadapan dengan orang tu sendiri face to face. Kalau ada maklumat lain yang kau jumpa lagi just inform je aku macam biasa" sejurus dengan pesanan yang dititipkan Hayzack mematikan talian telefon dan mula berpaling memandang ke belakang.

Terjongket naik kening Hayzack apabila melihat renungan tajam dari sepasang mata isterinya. Adalah tu yang tak kena.

"Kenapa dahi kau berkerut-kerut ni , babygirl" ibu jari Hayzack menggosok lembut permukaan dahi Hana. Cuba menghilangkan kesan berkerut itu sekaligus menenangkan hati isterinya sebab membuatkan diri Hana tersedar.

"Awak boleh tanya saya kenapa? Tadi awak dahlah ganggu saya tidur lagi satu apa yang awak borak dengan Danish dalam telefon tadi. Siapa yang awak maksudkan dengan sampai Malaysia sana tu?" tanya Hana sangsi.

Hayzack mengeluh perlahan. Ingat ke isterinya tak dengar perbualannnya dengan Danish tadi. Nak tak nak terpaksalah dia buka cerita. Perlahan sepasang mata Hayzack naik menikam mata coklat itu yang masih memandang tertanya-tanya pada dirinya.

"Babygirl benda pertama yang aku nak kata dengan kau nanti kau kena bertenang. Emosi kau jangan berlebihan ingat sekarang kau tengah bawak baby kita" Hayzack memberhentikan seketika bicaranya.

Melihat anggukan dari Hana. Hayzack mula menghembus nafas lemah.

"Orang yang bawak kereta waktu kejadian kau hampir nak kena langgar aku rasa kau sendiri kenal—"

"Siapa?" soal Hana. Jantung berdegup kencang. Tidak tahu kenapa firasat hati Hana mengatakan satu baris nama itu sahaja. Tapi tak mungkinlah kan?

"Sally"

Terpampang diri Hana. No wonder kereta tu laju semacam waktu nak langgar dia!

"Memang sejak mula lagi dia dah rancang untuk langgar diri kau. Kononnya disebabkan kau , dia dengan Izz putus dan tentang yang dia pernah goda aku dulu pun satu hal jugak. Kau masih ingat pelanggaran kita kat cafe? Waktu tu dia ada dekat sebelah aku. Dan dalam masa yang sama aku tolak dia dan suruh dia pergi sebab ada kau kat situ. Hari tu jugak menjadi satu permulaan dia dah start berdendam dengan kau. Lagi pun dia ada personaliti DID. Jadi emosi dia memang sedikit terganggu dan sekarang ni aku tengah tunggu masa untuk tangkap dia. Tapi Danish bagitahu aku yang Sally tu dah balik Malaysia" terang Hayzack berjela panjang.

Bibir bawah Hana bergetar. Suaranya terasa tidak mahu keluar. Entah kenapa terbit rasa kesian dalam dirinya pada orang yang menganiaya itu. Kalau dia tidak bertunang dengan Izz.

Pasti semua perkara yang terjadi di sekelilingnya tidak terjadi. Dan semestinya tidak berlaku dendam Sally pada dirinya.

"Aku bukan saja-saja tak nak bagitahu kau pasal hal Sally tu. Tapi aku tahu nanti kau akan rasa bersalah" ujar Hayzack sambil menghembus nafas lemah.

His Babygirl [𝑪]Where stories live. Discover now