SPECIAL CHAPTER (LAST)

4.8K 120 4
                                    

HAYZACK yang bercekak pinggang beberapa meter darinya dipandang dari kerusi batu yang berada di halaman rumah. Dilihat suaminya sedang memerhati Hairiez yang bermain motor kecil yang baru sahaja sampai tadi.

 Dilihat suaminya sedang memerhati Hairiez yang bermain motor kecil yang baru sahaja sampai tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Bila Hana tanya beli untuk apa. Mulalah suaminya beri banyak alasan. Hana tanya bukan kerana apa. Tapi disebabkan dia rasa membazir. Memang Hana sudah setia mengerti duit Hayzack takkan pernah habis.

Tapi bayangkan jika anak lelaki mereka berdua hanya bermain sekali je. Dan motor kecil itu hanya dibiarkan koleksi dalam stor. Tak ke itu rasa membazir?

Hana nak kata lebih-lebih pun tak boleh. Sebab benda pun dah beli. Jadi dia mampu bersabar jelah.

"Sayang..."

Kening Hana terjongket naik melihat muka suaminya yang seakan resah. Dah kenapa pulak ni?

"Okay sayang tenang dulu. Tarik nafas hembus"

"Kenapa ni husband?" pelik dan bingung Hana rasakan sekarang. Jari telunjuk Hayzack yang menunjuk bawahnya buat Hana menunduk seketika. Tidak lama itu mukanya sekali berubah pucat.

"Sayang bertenang biar husband yang angkat sayang" perlahan Hayzack mara mendekati Hana sebelum tubuh kecil itu elok saja didukung gaya bridal style.

Nasib baik Hana sudah awal-awal lagi memakai tudung. Tak ada lah Hayzack kalut nak berlari ke dalam rumah untuk mengambil tudung Hana.

"Max bukak pintu kereta. Kau pandu hari ni" arah Hayzack sambil mendekati kereta BMW miliknya.

"Daddy dengan Mummy nak pergi mana" Hairiez yang memandang langkah tergesa-gesa Hayzack dari jauh mula mendekati.

"Riez duduk dengan Uncle Jones boleh? Daddy kena hantar Mummy pergi hospital. Daddy janji lepas je Mummy bersalinkan adik. Daddy bawak Riez jumpa dia" bersungguh-sungguh Hayzack memujuk anak lelakinya.

Muka Hairiez yang tadi sayu mula tersenyum apabila mendengar perkataan adik yang meniti di bibir Daddynya. Jari kecilnya mula membuat simbol okay.

"Daddy janji tau"

"Ya Riez Daddy janji" kepala Hairiez diusap lembut. Setelah itu Hayzack menoleh memandang Jones yang berdiri di belakangnya.

"Jaga anak aku baik-baik Jones. Kalau ada sikit je luka kau aku cari dulu" ujar Hayzack memberi amaran sebelum mengambil tempat duduk di dalam kereta.

Renungan tajam dari sepasang mata Hayzack tidak sedikit pun menggetarkan jiwa lelaki Jones. Sudah sebati sebenarnya dengan perkara yang dibuat oleh Tuan Mudanya. Kena tembak? Pernah. Kena tusuk dengan pisau dari musuh Hayzack pun pernah.

"Aku janji Tuan Muda aku akan jaga anak Tuan Muda baik-baik" serius riak wajah jejaka Italy itu berkata. Sesuai dengan nama Jones yang bermaksud serius dan berkebolehan.

His Babygirl [𝑪]Where stories live. Discover now