62 | BABYGIRL

3.9K 108 1
                                    

SUDAH masuk 20 minit mereka berdiam diri. Dari tadi tiada siapa pun yang mahu membuka mulut.

"Aku tahu kau datang kat tempat aku ni mesti nak apa-apa kan?" Malik memecah kesunyian setelah beberapa minit berdiam diri.

"Kau sendiri pun dah faham akan kehendak aku. Tak payah susah-susah aku nak explain. Aku nak perempuan yang kau kutip dekat Italy tempoh hari" kata Hayzack straight to the point.

Malik tergelak besar. Kejap-kejap jangan cakap lelaki billionaire depan dia ni nak buat perempuan jalang tu sebagai perempuan simpanan.

"Kau nak buat apa dengan dia? Nak bedal dia eh" ujar Malik bernada nakal. Kepala lelaki itu masih tergeleng. Tak boleh bayang kalau si Sally tu hidup dengan lelaki terkenal depan dia.

Fuh memang mintak simpang jauh!

Meja yang berada di tengah. Hayzack tepuk kuat.

BAM!

Urat lehernya timbul mendengar perkataan Malik yang sungguh tidak masuk akal di sistem pendengarannya.

"Kau mengarut apa ni gila? Aku nakkan dia bukan sebab itulah sial. Perempuan tu dia dah cari pasal dengan salah orang. Gara-gara dia isteri aku hampir nak melayang nyawa" Hayzack bersuara kuat. Turun naik dadanya menahan amarah dari menyerang Malik di hadapan.

"What? Is—isteri. Sejak bila kau kahwin?" muka Malik berubah terkejut.

"Penting ke? Tak , kau jangan nak tukar topik sekarang ni dengan aku. Bawak aku jumpa dengan perempuan yang dah cari pasal dengan aku tu. AKU NAK SEKARANG!" dihujung ayat Hayzack menjerkah kuat. Hatinya membuak rasa geram dan marah.

Menggelegak hati lelakinya apabila tekenangkan perbuatan tidak bermoral Sally pada isterinya dahulu. Memang perempuan tu nak kena ajar cukup-cukup.

Malik menghela nafas perlahan. Jari dipetik pada orang suruhannya yang setia berdiri di sisi.

"Bawak Sally ke sini" dengan sekali arahan orang suruhannya akur.

"Baik , Bos" Ben menunduk seketika pada Malik. Sekilas mata Ben menjeling pada Hayzack sebelum tidak lama itu pintu ditutup.

Jeda.

Malik berdehem kuat. Cuba untuk menarik perhatian Hayzack yang menayang muka mahu marah. Ni mesti Sally cari pasal sampai buat jejaka di hadapannya naik hantu.

"Aku just tertanya kenapa Sally tu nak langgar isteri kau. Yelah mesti dia ada motifkan. So motif dia apa sebenarnya?" tanya Malik pada Hayzack yang memandang mukanya.

Tegak bulu roma Malik dibuatnya. Renungan tajam dari sepasang mata hazel tu memang buat sesiapa saja yang memandang terasa seram sejuk. Dah macam duduk dengan hantu lagaknya.

Hayzack tergelak sinis.

"Kalau aku jawab sekalipun kau mesti tak percaya. Motif dia memang tak masuk akal. Aku tak tahulah salah dekat mana isteri aku kat dia sampai dia nak berdendam sampai macam tu sekali" kadang Hayzack terfikir kenapa Sally jadi macam tu.

Apa salah Hana sampai nak membunuh bagai? Kalau setakat cemuh dan marah tu Hayzack boleh terima lagi. Tapi kalau dah masuk nak membunuh ni memang Hayzack tidak boleh berdiam diri lagi.

"Aku—" tidak sempat Malik mahu menghabiskan ayatnya. Kedengaran suara perempuan berteriak di luar bilik.

Kepala Malik tergeleng. Dah tak ada orang lain lagi kalau dah jerit macam tu. Perempuan jalang tu seorang je yang memang berani dan tak tahu malu.

"Eh lepaskan aku lah. Kau nak bawak aku pergi mana ni hah?" marah Sally pada Ben yang menarik pergelangan tangannya secara paksa.

"Diamlah sial. Ikut jelah aku. Banyak mulut pulak" Ben membidas geram. Dari tadi mulut perempuan tu tidak berhenti dari bercakap. Rasa nak tampar pun ada jugak.

His Babygirl [𝑪]Where stories live. Discover now