53 | BABYGIRL

5.1K 127 4
                                    

"BABYGIRL sini kejap"

Tangan yang dihulurkan oleh Hayzack. Hana sambut mesra. Kening sebelah Hana terjongket naik apabila Hayzack meletakkan sikat pada telapak tangannya.

"Tolong sikatkan rambut aku boleh?" pinta Hayzack tanpa segan silu. Badan dibongkokkan sedikit bagi memudahkan kerja Hana untuk menyikat rambutnya.

"Manjalah husband ni. Macam manalah nanti kalau saya tak ada. Mesti hari-hari rambut awak berserabaikan" ujar Hana membebel kecil. Tangannya bergerak lincah menyikat rambut perang suaminya.

Terus tegak tubuh Hayzack dibuatnya. Renungan matanya tajam memanah sepasang mata coklat itu. Entah kenapa sewaktu Hana kata macam tu. Dia rasa takut dan rasa tidak sedap hati. Namun , dia cuba mengendahkan telahan hatinya.

"Boleh tak jangan sebut perkara bukan-bukan depan aku. Kau ada niat nak tinggalkan aku ke babygirl?" sedikit sebanyak ayat Hana menyakitkan hatinya. Suami mana je tak takut bila isteri dia berkata bukan-bukan depan dia?

Hana menepuk dahi. Hah sudah suaminya salah faham ni. Dia bukan maksudkan macam tu. Dalam diam Hana memarahi dirinya. Terlalu geram dengan diri sendiri yang suka berkata tanpa memikirkan keburukan yang terjadi.

"Saya tak maksudkan macam tu. Saya kata kalau. Yelah seperti yang kita tahu. Ajal dan jodoh semuanya sekali dekat tangan Allah. Lagi pun kematian itu bukannya kita kena ingat sewaktu tua sahaja. Malah , kita kena jugak beringat sekarang sebab benda ni kadang-kala tidak boleh dijangka pada diri sendiri" terang Hana panjang lebar bagi tak nak Hayzack salah faham dengan ayat yang dituturkan tadi.

"Memang betul babygirl. Tapi masalahnya kau tahu aku tak bersedia lagi kalau kau nak tinggalkan aku. Kalau boleh aku nak kahwin biarlah sekali dalam seumur hidup. Lagi pun dari dulu lagi hati aku hanya inginkan kau. You know right?" ujar Hayzack.

Entah kenapa terasa sesak nafasnya. Mudah benar sekarang ni hati Hayzack luntur dengan ayat yang boleh buatnya rasa sebak. Lagi-lagi kalau orang yang menuturkan itu ialah Hana.

"I know husband. I just remind for me and you. That all. Jadi awak janganlah ambil hati sangat" bahu Hayzack digosok lembut. Hana tahu Hayzack tidak senang duduk bila menuturkan ayat begini. Tapi entah kenapa terasa mulutnya sendiri yang mahu menuturkan ayat itu.

"Please for the second time. Don't say like that with me. I really hate it" rayu Hayzack. Badan Hana ditarik dalam pelukan. Terasa erat pelukan apabila Hana turut membalasnya.

Lama mereka dalam berkeadaan begitu sebelum deringan telefon mematikan pelukan hangat antara mereka. Hayzack sempat berpandangan dengan Hana sebelum lelaki itu mula bergerak ke birai katil untuk mencapai telefon bimbitnya.

"Pastikan apa yang kau nak kata ni hal penting" amaran kecil Hayzack beri pada Aidil terlebih awal. Sudahlah menganggu momen indahnya dengan Hana. Jika tidak difikirkan hal kerja pasti Hayzack buat tidak tahu.

"Ni memang important Tuan. Syarikat dekat Italy ada masalah. Tadi pun Michael call kata dekat saya. Pihak syarikat yang Tuan berurusan sekarang ni nak tarik diri dan dia nak mintak ganti rugi. Sebenarnya Michael dah banyak kali pujuk pihak sana tapi still masih tak berjalan" cerita Aidil tentang hal yang diceritakan Michael pagi tadi.

Gigi Hayzack ketap kuat menahan sabar. Wah-wah sudahlah merayu sakan nak bekerjasama dengan syarikatnya dahulu dan alih-alih nak menarik diri sesuka hati. Fikir dia tidak ada hal lain lagi ke nak fikir?

"Kalau macam tu nanti aku turun padang esok. Kau call Michael kata nanti yang hal ni biar aku sendiri yang settle dengan pihak urusan sana. Suruh dia fikir tentang hal kerja yang lain je. Hal ni pepandai aku sendiri settle"

His Babygirl [𝑪]Where stories live. Discover now