15 | BABYGIRL

4.9K 203 6
                                    

PINTU bilik Hana ditolak kasar dari luar.

"Asal kau yang dapat jawatan CEO tu?" terjah Harraz marah.

Tersentak Hana dengan soalan tiba-tiba dari Harraz. Kepala diangkat dari membaca buku.

"Apa maksud kau Harraz?" tanya Hana cuba menutup gusar. Tak mungkin benda yang dia mimpikan tu berlaku?

"Kau tak payah nak acah-acah innocent dengan akulah kak. Kau fikir aku buta ke?" tengking Harraz kuat.

Menggigil tubuh Hana dengan suara kuat Harraz. Tak pernah Harraz meninggikan suara walaupun marah macam mana pun dengan dia.

"Harr—"

"Ya , aku tahu memang sepatutnya pun jawatan tu memang milik kau. Tapi salah ke kalau aku yang nak jugak?" air mata merembes keluar dari kedua belah mata.

"Aku pun manusia biasa jugak kak ada hati ada perasaan. Tapi kenapa setiap kali benda yang aku nak mesti dapat dekat kau. Aku ni anak kandung ke anak angkat kak? Kadang aku rasa yang aku ni terabai dengan Papa dengan Mama kau tahu" sambung Harraz lagi.

Tangan naik menekup muka dari dilihat Hana. Bibir teresak kecil. Sayu tangisannya di pendengaran Hana. Terluah jugak di bibirnya.

Selama ni dia hanya mampu pendam sahaja apa yang dia rasa tapi selepas dia luah dia rasa lega. Biarlah orang nak kata dia ni lelaki cengeng ke apa sebab orang lain takkan pernah rasa macam apa yang dia rasa!

Hana tergamam. Sakit pulak hatinya melihat Harraz menangis. Air mata yang mahu mengalir ditahan. Bukan ini yang dia inginkan dia pun kalau ikutkan tak nak pun dengan jawatan yang Dato Adhwa bagi.

"Aku mintak maaf Harraz. Aku tak tahu pun selama ni yang kau nak jawatan tu" kata Hana sayu cuba memujuk Harraz.

Tubuh yang ingin bangun untuk memeluk tubuh tegap Harraz terhenti apabila Harraz bertindak berundur ke belakang.

"Kau tak payah dekat dengan aku. Aku benci kau kak. Kau semat kan dalam otak kau ayat ni. Selagi aku tak dapat jawatan tu selagi tu aku takkan maafkan kau" ujar Harraz dingin. Air mata dihapuskan dengan pergelangan tangan.

Berdentum kuat jantung Hana mendengar pengakuan Harraz. Lemah lutut dia rasakan sekarang. Tidak pernah dia terbayang adik sendiri akan kata benci padanya.

Belum sempat Harraz melangkah keluar. Kakinya sudah dipaut oleh kedua tangan Hana. Kuat genggaman Hana menahan kaki Harraz dari pergi.

"Tolonglah Harraz aku tak sanggup nak gaduh dengan kau. Kalau kau nak jawatan tu kau ambiklah. Aku tak kisah pun tentang benda tu yang aku risau cuma kau Harraz. Kau seorang je adik aku yang aku ada. Nanti siapa yang nak dengar cerita aku Harraz. Tolonglah jangan jadi dingin dengan aku" rayu Hana tersedu-sedan. Kepala disandar pada kaki Harraz.

Bibir diketap kuat. Ego yang mahu turun mendengar rayuan Hana kembali naik cuba meneguhkan. Kaki ditarik kasar. Terlepas genggaman tangan Hana pada kaki Harraz.

"Harraz"

"Harraz tolonglahhh"

"Ya Allah Harrazzz" teresak-esak Hana menangis di dalam biliknya.

"Harraz tolonglahh Ya Allah" badan di sandar di dinding. Tangan naik menekup di muka. Benda yang dia mimpikan selama ni akhirnya betul-betul terjadi.

Kebetulan pulak Datin Aderin tiada di rumah kerana menemani Dato Adhwa di hospital. Bunyi deruan motor membuat Hana tersentak. Tak mungkin Harraz tinggalkan dia seorang diri kat rumah.

Badan dibangunkan sebelum dia berlari anak ke balkoni bilik. Nampaknya telahan dia benar Harraz betul-betul tinggalkan dia seorang diri.

Selama dia hidup tidak pernah Harraz meninggalkan dirinya keseorangan walaupun mereka saling bergaduh macam mana pun. Tapi hari ni dia sedar satu perkara yang Harraz benar-benar kecewa dengannya.

His Babygirl [𝑪]Where stories live. Discover now