54 | BABYGIRL

4.9K 143 1
                                    

JAM tangan yang melilit di lengan dipandang. Awal betul mereka berdua sampai di Italy. Jelas tentera angka jarum yang menunjuk pada 5 pagi.

Serasanya tadi macam baru sahaja mereka berlepas. Tahu-tahu dah sampai ke negara orang. Terasa tangan digenggam seseorang Hana menolehkan kepala ke sebelah.

"Babygirl kau nak pergi makan dulu ke nak pergi terus kat hotel aku" tanya Hayzack bersama suara serak basah. Maklum sajalah baru bangun tidur.

Lagi pun seharian dalam private jet dia menyemak kertas kerja untuk mesyuarat pagi nanti. Mestilah seharusnya membuat persediaan terlebih dahulu bukan? Takut jugak kalau ada salah kalau dia tidak check.

"Saya nak pergi hotel awaklah husband. Mengantuk lagi pun saya masih tak cukup tidur. Even dalam private jet awak tu sememangnya ada katil tapi masih lagi buat saya rasa nak tidur" ujar Hana bersama cebikan di bibir.

Memang benar apa yang dia katakan. Walaupun private jet suaminya sememangnya canggih. Namun , masih lagi tidak mampu membuat dirinya segar dari tidur.

"Kesiannya isteri aku ni. Kalau macam tu okaylah kita gerak pergi hotel aku terus. Mesti sayang aku ni dah penatkan" dahi Hana dikucup bersama tangan Hana ditarik dalam genggaman tangannya.

"Hmm penat. Lagi pun husband boleh kita terus solat subuh sekali dah sampai kat hotel awak nanti. Tak ada lah kita terkejar nak cari surau semua" hujah Hana pada Hayzack yang seiring berjalan di sebelahnya.

Beg roda mereka awal-awal lagi sudah dibawa oleh pengawal suaminya yang setia mengikut di belakang.

"Betul jugakkan. Makin pandai pulak babygirl aku ni" usik Hayzack seraya dengan bibir yang tersenyum mengusik pada Hana.

Cemberut muka Hana. Habis selama ni dia tak pandai ke? Pautan di tangan cuba dileraikan. Dia nak merajuk dengan suami dia!

"Aip babygirl! Jangan sesekali lepaskan tangan kau dari aku. Kalau tak siap kau dalam bilik hotel nanti" ugut Hayzack. Terhenti terus pergelutan tangan Hana yang cuba melepaskan tangannya dari genggaman tangan Hayzack.

Jelingan tajam diberi pada Hayzack seiring dengan bibir yang berceloteh mengutuk Hayzack. Sukalah tu dapat ugut dia!

Secara tiba-tiba berdiri seorang lelaki yang berbadan tegap di hadapannya dan suaminya. Terhenti terus omelan dari bibir Hana. Sebaliknya matanya jadi terkebil-kebil. Siapa pulak lelaki yang tiba-tiba muncul ni?

"Giovane Maestro , come va il volo? (Tuan Muda , macam mana penerbangannya?)" tanya lelaki bertubuh tegap itu dengan dialek Italy pada suaminya di sisi.

Kepala Hana mendongak seketika memandang muka Hayzack. Cuba membuat eyes contact untuk bertanya apa yang lelaki itu kata pada suaminya.

"Buona , Jones. Dov'è l'altra guardia? Non sarai l'unico qui (Baik , Jones. Mana pengawal yang lain? Takkan hanya kau seorang di sini)" soal Hayzack sambil mata meliar memandang sekeliling.

Manalah tahu tiba-tiba muncul pengawalnya yang lain? Makin berkerut dahi Hana. Diorang berdua borak apa ni? Cubalah cakap bahasa melayu tak pun english. Dia mana faham dengan apa yang diorang tengah kata!

Pengawal di belakang yang melihat keletah Hana yang hampir berputus asa dengan percakapan mereka berdua. Hampir mahu menghamburkan gelakannya. Namun , sedaya upaya cuba disorokkan. Takut pulak Tuan Mudanya perasan yang dia tengah gelak dekat Hana.

His Babygirl [𝑪]Where stories live. Discover now