34 | BABYGIRL

5.4K 170 6
                                    

AIR minumannya dikacau-kacau dengan straw. Dia bagai hilang di dalam dunianya sendiri. Tidak tahu kenapa tapi sejak akhir-akhir ni dia rasa macam tidak sedap hati.

"Hana Adenin" sikunya yang ditolak dengan seseorang membuatkan dia terkejut. Keningnya terangkat pada Nisa yang duduk di sebelahnya.

"Kau kenapa ni? Tiga kali aku panggil nama kau rupanya termenung dari tadi. Ada masalah ke?" tanya Nisa risau. Tangannya dilekap pada dahi Hana. Manalah tahu sakit ke?

"Aku sihatlah aku tak sakit pun" jawab Hana. Tangan Nisa dipegang lembut. Tudungnya yang senget dibetulkan dengan sebelah tangan.

"Takdalah dari tadi diam. Ada masalah ke tak nak share dengan aku?" mata Nisa tunak memandang ke arah Hana.

"A...aku s...sebenarnya ragu-ragu dengan tunang aku sendiri Nisa. Entah kenapa aku dapat rasakan firasat buruk dekat dia" ujar Hana melepaskan apa yang terbuku di hatinya. Walaupun sudah seminggu mereka diberi gelaran tunang entah kenapa Hana rasa macam curiga dengan Izz.

"Aku tak tahu apa yang jadi dengan kau Hana. Tapi apa yang aku boleh tolong dengan kau untuk yakinkan. Diri kau sendiri kena buat solat tahajud mintak pada Allah yang kau tak salah dalam memilih calon suami. Hanya Dia sahaja yang tahu apa yang terbaik buat diri kau" jari telunjuk Nisa menunjuk pada hati Hana.

Benar hanya diri kita sahaja yang mampu menentukan. Terpulang pada kita sahaja nak buat ataupun tidak. Dia pun bukannya baik sangat masih merangkak lagi dalam mencari keredhaanNya dalam istiqamah menutup aurat.

Tersungging senyuman hambar Nisa disebalik niqab. Dirinya pun sama sahaja seperti kawannya dahulu. Tidak tutup aurat dan mengejar lelaki yang dia sendiri tidak kenal. Dan masih dia ingat lagi dia menipu pada ibu dan abangnya untuk belajar padahal mengejar lelaki pujaannya di Italy.

Memang benar kata orang kalau sudah kemaruk cinta diri sendiri pun boleh jadi gila bayang. Macam tu lah jugak diri dia dahulu. Tapi Alhamdulilah dia bersyukur kerana dia sudah berubah perlahan-lahan.

"Thank Nisa sebab selalu nasihat aku waktu aku buntu cari jalan" ikhlas nada Hana berterima kasih.

"Tak ada apalah Hana. Aku cuma bantu mana yang boleh je" ujar Nisa merendah diri. Bahu Hana dielus lembut sambil bibirnya melorek senyuman manis.

Tahulah Hana yang Nisa sedang tersenyum padanya. Mana taknya mata kawannya sepet itu bermakna kawannya sedang tersenyum padanya. Tangan Nisa digenggam erat meminjam kekuatan.

"By the way Nisa aku tak sempat nak soal kau" mata Hana mula melirik nakal ke arah Nisa yang terpinga-pinga.

"Soal apa?" polos nada Nisa menyoal kembali. Sumpah dia sekarang ni memang tak faham apa yang cuba kawannya sampaikan. Kepalanya yang tersarung dengan shawl digaru kecil.

"Alah pasal kau dengan Aysar. Korang berdua ada apa-apa ke" jari Nisa dicuit-cuit sengaja mahu menyakat.

Jelingan tajam Nisa hadiahkan. Mamat Italy tu lagi. Oh tolonglah memang tidaklah dia nak bukak cerita waktu 2 tahun lepas. Kalau boleh mahu sahaja dia lenyap sekejap sampai kawannya tidak menyoal lagi.

"Dia lah mamat yang aku kejar dulu" jawab Nisa selamba. Dah kawannya nak tahu sangat kan. Dia bagitahulah.

Tersembur minuman Hana mendengarnya. Matanya membulat besar.

"What!" nada Hana bertukar ke riak terkejut. Dalam banyak-banyak lelaki kenapa kawan lelaki yang dicintai kawannya kejar. Dia masih tidak percaya. Patutlah kawannya kejar lelaki tu pun boleh tahan hensem jugak. Mamat Italy gituw!

"N... Nisa" sampai tergagap dia memanggil nama Nisa. Bibirnya bergetar bukan sebab nak menangis ya tapi masih tidak percaya dengan apa yang dia dengar sekarang. Nak pengsan sekarang boleh tak?

His Babygirl [𝑪]Where stories live. Discover now