09 | BABYGIRL

4.1K 200 5
                                    

TUMIT kasut tinggi itu menarik banyak perhatian mata ke arahnya.

Kaki berhenti melangkah. Bibir tersenyum kecil pada gadis manis yang bertudung pink yang duduk di kaunter. Gadis itu yang melihatnya membalas kembali.

"Tuan Hayzack ada?" soal Hana pada gadis di hadapannya.

"Ada miss. Kalau nak jumpa dengan Tuan kena buat appointment dulu" ujar perempuan bertudung pink itu professional.

"Saya dah buat appointment dengan Tuan Zack minggu lepas sebab saya dari wakil syarikat AD Holding yang mereka ingin jumpa" Hana membalas kembali.

"Kalau macam tu kejap ye miss. Saya tanya pihak atasan dulu" telefon di hadapan kaunter ditekan-tekan sebelum ditekap pada telinga.

Hana hanya mengangguk. Sempat matanya meliar memandang sekeliling. Banyak pulak mata memandangnya. Gugup pulak dia rasakan. Macam artis pun ada jugak!

Mata memandang ke bawah. Oh patutlah ramai pandang dia rupanya baju dress dia yang buat orang ramai memandang tak terkelip.

Tapi ada apa-apa yang pelik ke kat bajunya. Rasanya dah okay dah baju dress yang dia pakai. Hampir mencecah kat buku lali?

Setelah mendengar jawapan di pihak sana. Perempuan bertudung pink itu terus meletak gagang telefonnya sebentar di sebelah kiri.

"Miss , awak boleh naik ke tingkat atas. Office Tuan Hayzack berada di tingkat 30. Nanti akan ada seorang lelaki yang akan tunggu kedatangan miss di kaunter dengan baju kot berwarna hitam. Dia sendiri yang akan bawa miss ke bilik Tuan Hayzack" kata perempuan bertudung pink itu lembut.

"Thank you miss..."

"Iffah"

"Miss iffah thank you so much"

"My pleasure miss by the way you look so beautiful today miss" puji Iffah sambil bibir tersenyum manis.

Tersipu malu Hana mendengarnya. Sempat Hana berterima kasih pada Iffah sebelum kaki di langkah pergi ke arah lift di belah kiri.

Setelah dirinya masuk button nombor 30 di tepi pintu ditekan. Hana menarik senyuman manis.

'Wait for me , sayang' bisik Hana di dalam hati.

TING

Buka sahaja pintu lift. Kakinya melangkah ke kaunter yang berada tidak jauh dari lift. Lelaki yang berkot hitam yang dimaksudkan Iffah tadi dilihat sudah sedia bangun mungkin tahu yang dia dari wakil syarikat yang mereka ingin jumpa.

"This way miss"

Hana hanya mengikut langkah lelaki berkot hitam itu. Mereka jalan beriringan. Sunyi sahaja dia tingkat ni. Mana orang lain? Dari tadi sebenarnya dia tertanya-tanya.

"Err Encik...."

"Aidil Zaykal but you can call me Aidil" ujar lelaki berkot hitam itu.

"Encik Aidil tingkat ni memang tak ada orang ke?" soal Hana pelik. Tadi dekat bawah bukan main ramai pekerja dia lihat kehulur-kehilir sebab tu dia bertanya.

Aidil yang mendengar tergelak kecil. Bukan sekali orang yang datang ke syarikat Hayzack bertanya soalan macam ni. Dia faham kalau dia jadi Hana pun dia curious dengan kosongnya kat tingkat ni macam tak ada penghuni.

"Tingkat ni memang khas untuk Tuan Zack sahaja miss..."

"Hana"

"Hah miss Hana dekat tingkat bawah semua baru lah pekerja ada dekat situ. Katanya Tuan Hayzack buat macam ni sebab dia nak privasi. Lagi pun dia tak suka tempat bising-bising banyak orang sesak katanya" ujar Aidil panjang lebar.

His Babygirl [𝑪]Where stories live. Discover now