24 | BABYGIRL

5.4K 185 8
                                    

HANYA kedengaran bunyi lagaan sudu dan garfu sahaja. Sunyi sahaja antara mereka sekeluarga. Tiada sesiapa yang berbicara sedari tadi. Seolah semua orang terleka dengan makanan yang dimakan.

Tidak betah berdiam diri. Hana mula berdehem perlahan cuba menarik perhatian Dato Adhwa dan Datin Aderin. Dan jawapannya berhasil. Semua menoleh memandang dirinya.

"Bila nak start Papa?" soal Hana tanpa berdalih.

"Sekaranglah Papa start. Waktu Papa tengah cakap Hana jangan bercakap sepatah pun atau selit dengan setiap dengan apa yang Papa kata. Faham?" kening Dato Adhwa angkat sebelah.

"Faham"

Dato Adhwa berdehem perlahan membetulkan suaranya. Sempat dia mengeling ke arah isterinya yang seakan termenung. Risau dengan reaksi anak mereka agaknya?

"Macam ni Hana. Waktu Papa dekat hospital dulu ada satu keluarga datang melawat Papa dia datang—" tidak sempat Dato Adhwa menghabiskan ayatnya. Hana sudah mencelah

"Siapa?" cantas Hana laju.

Mencerlung mata Dato Adhwa. Tadi baru bagitahu jangan menyelit waktu dia tengah bercakap?

Hana yang seakan baru tersedar menggaru pipinya. Tersengeh sahaja dia.

"Sorry Papa. Okay teruskan"

Bila nampak tanda-tanda anaknya tidak mahu mencantas ayatnya lagi. Dato Adhwa mula menyambung bercerita kembali.

"Dia datang dengan anak lelaki dia. Diorang sekeluarga ni dulu pernah bekerjasama dengan syarikat Papa kiranya dia ni kawan baik Papa tapi terpisah sebab dulu dia kena pindah ke Johor. Jadi bila ada peluang ni Papa borak-borak dengan dia and then tiba-tiba kawan baik Papa ni bukak topik nak jodohkan anak dia dengan kamu. Papa katalah kenapa nak jodohkan dengan Hana. Ayah dia balas yang anak dia berminat dengan kamu" panjang lebar Dato Adhwa menerangkan.

Hana cuba menghadam satu persatu. Fikiran menerawang memikirkan ayat Dato Adhwa.

"Apa maksud Papa yang anak dia berminat dengan Hana?" soal Hana tertanya-tanya.

"Yang hal tu kamu kena tanya sendiri dengan anak lelaki dia" terang Dato Adhwa.

Datin Aderin dan Harraz menunggu reaksi Hana. Mereka semua berpandangan pelik. Hana seolah macam tak marah sahaja?

"Jadi kamu macam mana setuju?" soal Dato Adhwa apabila beberapa minit Hana tidak membalas jawapannya.

"Setuju? Setuju apa Papa" kata Hana bingung. Kepala digaru kecil.

Harraz menepuk dahi. Sah kakaknya tengah blur. Dato Adhwa pulak sudah memicit dahi.

"Setuju nak berkenal-kenalan dengan anak lelaki dia. Mana tahu Hana berkenan boleh ambik jadi suami" jawab Datin Aderin pula.

Suami? Tidak pernah dia terbayang untuk berkahwin pada usia begini. Baru sahaja dia mahu membantah tiba-tiba mindanya menerawang memikir tentang nasihat Harraz padanya semalam.

Mata Hana memandang muka Harraz di hadapannya yang memaparkan pandangan redup. Mungkin ini yang dimaksudkan oleh Harraz. Memang patutlah Harraz nasihatnya rupanya pasal kahwin.

Bibir Hana melepaskan keluhan lemah sebelum matanya memandang setiap wajah ahli keluarganya di meja makan itu.

"Papa dengan Mama memang betul-betul nak Hana kahwin ke?" tanya Hana lemah. Galak matanya memandang satu persatu ahli keluarganya.

"Papa dengan Mama tak kisah pun Hana. Cuma ini atas kehendak kamu sendiri sebab ni melibatkan masa depan kamu bukan masa depan Mama dengan Papa" jawab Dato Adhwa bersahaja.

His Babygirl [𝑪]Where stories live. Discover now