32 | BABYGIRL

5.9K 184 22
                                    

TEKUN sahaja muka Hayzack membuat kerja. Interkom di sebelah mejanya ditekan. Lama dia menunggu panggilannya bersambung.

"Aidil kosongkan mesyuarat aku. Hari ni aku nak free aku tak nak orang kacau aku kat pejabat" tegas nada Hayzack memberi arahan.

"Baik , Tuan"

Setelah itu Hayzack terus mematikan interkomnya. Badannya dibawa sandar di kerusi. Cermin yang berada di atas meja dicapai. Lama dia menatap matanya yang mempunyai lingkaran hitam dibawahnya.

Gara-gara menangis setiap malam. Penyesalan yang tiada kesudahan buat dirinya. Bibirnya melorek senyum hambar sebelum pandangan di sekeliling pejabatnya dilempar. Setiap kali dia tidur mesti dia bermimpi yang gadis kecilnya berkahwin dengan lelaki tempoh hari.

Sebab itu setiap kali dia tersedar mesti air matanya akan turun. Dia takut terlalu takut jika gadis kecilnya mejadi hak milik orang. Mukanya diraup sebentar bagai berfikir.

Lantas telefonnya dikeluarkan dari kocek seluar. Panggilan terus disambungkan dengan orang di sebelah sana. Pen di tangan diketuk-ketuk pada permukaan meja.

"Aysar , tolong aku boleh?" soal Hayzack. Bibirnya tersenyum senget apabila memikirkan rencananya.

"Tolong apa?" jawab Aysar bernada beku. Susah betul nak tengok Hayzack meminta pertolongan dengannya kalau bab-bab macam ni.

"Upah anak buah kau untuk perhatikan tunang gadis kecil aku. Sebab aku rasa something fishy dengan lelaki ni" loya pulak tekak dia sebut tunang gadis kecilnya. Lelaki tu tak sesuai bergandingan dengan gadisnya!

"Okay , no hal boleh je. Nanti kejap lagi aku bagi nombor anak buah aku dekat kau. Senang sikit kalau kau nak tanya apa-apa dekat dia" ujar Aysar memberi kata putus. Apa salahnya tolong kawan sendiri bukan? Lagi pun seorang je bukannya ramai mana pun.

"Okay , thank Aysar apa-apa nanti aku roger kau je" setelah itu talian telefon terus dimatikan. Telefonnya diletakkan di atas meja. Kertas kerjanya kembali disemak satu-persatu.

Matanya memandang ke arah kertas kerja tapi mindanya menerawang memikirkan hal lain. Tak tenang hati dia sejak mimpi pasal gadis kecilnya 2 ke 3 hari ni. Akibat itu terus kerusinya ditolak ke belakang. Kertas kerja yang berselerak di kemas.

Dia nak pergi jumpa gadis kecilnya. Alang-alang tu boleh pergi makan tengah hari terus. Pelbagai rencana di dalam mindanya sudah diatur. Jam tangannya ditilik sebentar.

Langkah kakinya dilajukan menghala ke arah lift.

"Tuan nak pergi mana?" soal Aidil di meja kerjanya. Dari jauh lagi sebenarnya dia sudah perasan kelibat Hayzack. Nampak macam tergesa-gesa je kenapa. Ada sesuatu berlaku ke?

"Somewhere , nanti kalau ada orang cari aku kata je aku busy hari ni. Pepandailah kau back-up. Aku dah lambat ni aku gerak dulu" tubuhnya lantas didorong masuk ke dalam lift VVIP persendiriannya.

Sempat telefon di tangan menghantar mesej pada gadis kecilnya. Sapaan pekerjanya pada dirinya hanya dibiarkan bagai angin lalu. Bukan sebab sombong atau bongkak namun jika dibalas pasti orang akan naik kepala. Sebab tu kadang-kadang dia hanya membalas dengan sapaan kecil sahaja.

"My car?" soal Hayzack pada pengawal keselamatan di depan pintu syarikatnya.

"Itu dia Tuan" tunjuk pengawal keselamatan itu. Kepala Hayzack mengangguk kecil. Tangannya masih tidak lekang dari menilik telefonnya. Manalah tahu gadis kecilnya membalas mesejnya.

His Babygirl [𝑪]Where stories live. Discover now