10 | BABYGIRL

5.1K 182 2
                                    

PINTU kedai bunga itu ditolak. Mata melilau mencari susuk tubuh seseorang

"Yes miss , what can I help you" ujar seorang gadis berambut hitam pekat itu. Mungkin pekerja baru.

"Anisa Medina ada?" soal Hana.

"Ada miss nak jumpa boss ke?"

Anggukan diberi.

"Tunggu kejap ye miss"

Gadis itu terus berlalu pergi. Mungkin mahu memanggil gerangan yang dicari.

Sofa yang berada di hujung penjuru menjadi labuhan punggung. Sementara menunggu seseorang matanya sempat melilau memandang sekeliling. Lain benar konsepnya sekarang berbanding dulu.

Kalau dulu dilihat kebanyakkan kosong sahaja. Tapi sekarang banyak bunga yang sudah diambil dan di dinding pulak penuh dengan cat moral bertemakan bunga.

Simple but beautiful!

Memang pandai kawannya mencari warna yang kena dengan konsep kedai bunga ini.

"Ingat ke siapa tadi Hana rupanya" gadis berniqab putih itu terus memeluk tubuh Hana.

"Kau ke ni Nisa asal lain weh diri kau" tanya Hana sambil memegang bahu Nisa dan menilik atas bawah pemakaian kawannya.

"Ehem , dah masuk dua bulan aku berniqab. Kau je tak tahu maklumlah busy kan" ujar Nisa sarkastik.

Hana yang mendengar menepuk tangan Nisa.

Cis!

"Hari tu aku ajak kau pergi shopping tak nak kata busy lah. Siapa yang busy sekarang ni aku ke kau. Kalau aku ni busy dah lama aku tak datang kat kedai kau sampai ke hari ni" sebal Hana berkata. Tangan disilang sambil memandang ke tempat lain.

"Alololo sorrylah Hana Adenin kesayangku" suara Nisa dibuat-buat manja.

Makin bertambah geram Hana dibuatnya. Jelingan tajam dihadiahkan pada Nisa yang terkekek-kekek ketawa seumpama tiada hari esok.

"Dah puas gelakkan aku?" soal Hana geram.

"Hehehe sorry sorry ni kenapa datang tiba-tiba kedai aku. Rindu eh?" jari telunjuk dicucuk-cucuk di bahu Hana.

"Eii Nisa!" kecil sahaja pandangannya ke arah Nisa sekarang ni. Geram tahu tak ish!

"Okay-okay kau duduk dulu. Aku nak buat air mocha favourite kau kat pantri kejap" badan Hana ditolak lembut duduk kembali di atas sofa.

Gelakan kecil terhasil lagi daripada Nisa. Suka dia mengusik kawannya seorang ni. Waktu dia marah pun macam tak marah. Lagi bertambah comel adalah!

Hana hanya menurut tanpa membantah. Mata hanya melihat pemergian kawannya dari belakang sebelum hilang di sebalik pintu.

Memang tidak dinafikan pemakaian Nisa lawa dan nampak cantik. Seumpama bidadari tidak bersayap pun ada jugak. Dengan baju dan tudung berwarna putih memang sangat kena dengan kulit Nisa yang memang semula jadi putih.

Hana menunduk melihat pemakaiannya. Bibir diketap menahan rasa. Dia dengan Nisa bagai langit dengan bumi. Sangat tidak kena kerana Nisa menutup aurat dengan sempurna manakala dia hanya membiarkan auratnya terdedah dan membiarkan ajnabi di luar melihatnya.

Ya , dia tahu tersangat tahu yang menutup aurat tu bukan pilihan namun kewajipan tapi dia tidak bersedia dia takut kalau dia pakai nanti dia akan bukak balik. Mungkin orang akan kata yang dia ni mempermainkan agama. Jadi dia hanya membiarkan orang mengata buruk tentangnya.

His Babygirl [𝑪]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora