52 | BABYGIRL

5.2K 128 7
                                    

TANGAN yang dipegang secara tiba-tiba oleh Hayzack menolehkan kepala Hana memandang lelaki itu di sebelah. Bibir bawah Hana gigit. Rasa resah dan gelisah semua muncul dalam diri secara tidak diduga.

Jelas pemandangannya sekarang disapa dengan sederet pengawal yang beratur di kiri kanan dan mereka pulak seolah Raja dan Permaisuri yang lalu di karpet merah di tengah.

"Tuan Muda" serentak semua pengawal di situ menunduk hormat apabila mereka melangkah bersama-sama di tengah laluan masuk.

Dan Hana pulak hanya mampu melempar senyuman tipis. Kalau diam kang orang kata sombong pulak. Baru beberapa saat dia tersenyum ada satu tangan sasa menekup mulutnya.

Dahi Hana berkerut. Hujung mata menangkap muka dingin Hayzack yang tertayang. Lelaki itu marah sebab dia senyum ke? Tiba-tiba rasa takut pulak. Lagi takut dari tempat yang dia tengah lalu sekarang ni rasanya!

Sesampai sahaja mereka di pintu masuk Villa berkonsepkan moden itu. Hayzack mula menurunkan tangan dari menekup mulut Hana. Pinggang Hana dirangkul rapat ke dada miliknya. Pintu utama awal-awal lagi ditutup.

Nasib dalam rumah ni tak ada orang. Kalau tak mesti orang itu akan menjadi penonton tak berbayar melihat aksi mereka berdua yang sudah serupa pelakon.

"Siapa suruh kau senyum?" soalan yang berbaur cemburu itu buat Hana mahu tergelak. Namun , dia cuba mengawal dari terhambur pada hadapan Hayzack. Takut pulak makin buat lelaki itu naik angin. Tak pasal-pasal jenuh nak memujuknya pulak.

"Kalau saya diam nanti pekerja awak label saya sombong pulak. Lagipun senyum tu kan satu sedekah" jawab Hana dengan mimik muka tidak bersalah.

"Sedekah tak sedekah belakang cerita. Yang aku tahu jangan kau berani nak bagi senyuman tu pada lelaki lain sebab senyuman tu hanya untuk aku seorang je. Lelaki lain semua tak boleh. Nanti diorang jatuh cinta macam mana?"

Cakaplah yang dia ni tamak sekalipun. Hayzack tetap tak kisah sebab Hana Adenin memang untuk dia seorang sahaja. Jadi dia tidak suka berkongsi berkenaan Hana pada lelaki luar. Tidak kisahlah senyuman atau gelakan sekalipun. Dia tetap tidak suka!

"Awak jealous ke husband" rahang tajam Hayzack diusap lembut. Tunak mata Hana memandang muka kacak Hayzack yang berkacukan cina itu.

"Aku memang jealous pun dan sebab tu aku tak suka kongsi kau dengan lelaki luar. Even senyuman sebab kau tu hak milik aku. Kau faham kan?" ujar Hayzack berterus terang pada Hana. Mata memanah tajam segenap muka cantik itu.

Sedih dan rasa takut muncul dalam diri. Sudahlah sewaktu Hana senyum tadi. Ada pekerjanya yang membalas siap pakej mengenyit mata.

Waktu tu Hayzack jangan katalah dah terbakar dah hati dia. Mahu sahaja dia memberi tumbukan sulung pada lelaki yang mahu menarik perhatian isterinya tadi!

"Husband don't worry okay. Saya takkan curang dengan awaklah sayang sebab saya dah lama tunggu kehadiran awak. Takkan semudah tu saya nak curang dengan awak" lembut pujukan Hana pada Hayzack.

Rambut perang Hayzack diusap lembut. Bukan dia tidak mendengar nada sedih lelaki itu sewaktu berkata. Risau sangat dia beralih arah agaknya alahai. Sayang benar Hayzack padanya!

"Betul ni babygirl?" muka Hana ditatap bersama dengan pandangan redup.

"Iya husband saya. Dah-dah no more sedih-sedih okay. Sekarang ni jom kita naik tingkat atas. Tadi awak kata dekat dalam kereta nak tunjuk kawasan rumah kita kan?" kata Hana cuba mengalih topik perbualan.

"Lupa dah aku. Ni semua gara-gara senyuman kau tadi. Tak pasal-pasal aku terlupa pasal hal ni" bebel Hayzack cemberut. Sempat tangan kecil Hana dimasukkan ke dalam pegangan tangannya.

His Babygirl [𝑪]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora