01 | BABYGIRL

7.9K 296 1
                                    

DAHI Hana berkerut apabila terasa tilamnya diduduki seseorang.

"Kakak bangunlah'' Harraz mengeluh perlahan. Kalau ikutkan memang dia malas nak kejut Hana tapi disebabkan Datin Aderin yang menyuruh terpaksalah dia buat jugak.

Harraz tersenyum sinis dari belakang tubuh Hana.

'Tak nak bangun eh. Tunggu kau kak' gumamnya jahat.

Hana yang sudah tidak mendengar suara adiknya mula menyambung tidur kembali.

Kaki Harraz bawa memasuki tandas. Gayung yang berada di atas singki dicapai sebelum diisi dengan air. Penuh sahaja air di dalam gayung tersebut. Dia terus membawa keluar. Anak mata kasarnya melihat kakaknya yang masih dibuai mimpi.

Air gayung yang berada di tangannya disimbah ke muka kakaknya. Inilah padahnya orang kejut cara lembut tak nak bangunkan.

Terbangun diri Hana dibuatnya. Tercungap-cungap dia mencari nafas. Pedih hidung dia rasakan. Matanya memandang tajam diri Harraz yang berdiri bersebelahan katilnya sambil memegang gayung.

Harraz yang melihat sudah terkekek-kekek ketawa geli hati dengan muka kakaknya yang basah. Menitik-nitik air jatuh ke tilam Hana. Basah dibuatnya!

"HARRAZ TAK GUNAAAA" bergema jeritan Hana di dalam banglo mewah Dato Adhwa.

Harraz yang melihat Hana menyinga terus melarikan diri. Gayung yang berada di tangannya hanya dicampak ke atas katil bersahaja.

"Mamaaaaa" terjerit Harraz memanggil Datin Aderin. Dia terus berlari ke belakang badan Datin Aderin. Menyorok daripada Hana yang sedang menyinga di tangga.

Bibir Hana ketap kuat. Menahan marah dengan Harraz yang suka mencari pasal dengan diri dia.

"Ya Rabbi bertuah punya budak. Orang suruh kejut bukannya main air" tergeleng kepala Datin Aderin melihat perangai tidak semenggah anak lelakinya.

Bahu Harraz ditepuk kuat. Geram betul dengan anak terunanya seorang ni. Bukannya dia tidak tahu yang Harraz suka mengusik anak perempuannya. Apa nak jadilah dengan dua orang ni!

"Aww Mama sakit" mengaduh Harraz bila setiap kali tangan Datin Aderin menyinggah bahunya.

"Tahu sakit yang pergi buat macam tu kenapa?" tanya Datin Aderin geram.

Cebik bibir Harraz dibuatnya.

"Dari tadi adik kejut kakak. Tapi kakak tak bangun jugak tu yang adik pergi simbah tu hehe Mama jangan marah eh" matanya dibulatkan membuat gaya comel.

Pening kepala Datin Aderin melayan perangai anak lelakinya.

"Dah-dah Hana pergi naik mandi. Nanti turun bawah kita sarapan sama-sama dengan Papa" arah Datin Aderin bersahaja.

Hana yang masih mengantuk hanya mengganguk. Malas membantah kata Datin Aderin. Sempat matanya menjeling Harraz tajam sebelum kakinya dihayun setiap anak tangga ke tingkat atas.

Sudahlah semalam dia tengok Kdrama sampai pukul 3 pagi. Ingat ke dapatlah dia tidur dengan tenang selepas solat subuh. Alih-alih Harraz pergi menyimbahnya. Apalah nasib dia dapat adik yang suka mengusik.

Tolak sahaja pintu bilik tidurnya. Hana terus mengambil tuala mandinya lalu memasuki tandas untuk membersihkan diri.

Selesai sahaja mandi selama beberapa minit dia terus memakai seluar palazo berwarna hitam dipadankan dengan baju berwarna putih. Duduk rumah je tak payah nak lawa-lawa sangat.

Kakinya laju turun ke bawah apabila terdengar suara Datin Aderin memanggil dirinya.

"Hah turun pun anak dara seorang ni" tangan Datin Aderin masih bergerak mencedok bihun goreng ke pinggan suaminya.

His Babygirl [𝑪]Where stories live. Discover now