58 | BABYGIRL

4.2K 123 1
                                    

GENGGAMAN tangan terasa makin dieratkan. Hana menoleh memandang Hayzack yang tekun memandu kereta. Tatkala Hana mahu menarik tangannya Hayzack terlebih dahulu menahan.

"Babygirl don't!" Hayzack melarang keras. Tumpuan masih tidak dialihkan dari memandang muka Hana di sebelah yang sudah bertukar cemberut.

"Tapi tangan saya berpeluhlah husband. Lagi pun kan sekarang ni awak tengah bawak kereta. Mana elok pegang stereng sambil pegang tangan saya" ujar Hana lembut.

Dia tahu lelaki di sebelahnya keras kepala. Tengok jelah sekarang dia nasihat pun bukan jalan. Makin lelaki itu kuatkan genggaman tangannya adalah.

"So apa masalahnya suka hati akulah"

Tengok tu baru sahaja dia kata tadi. Kecil besar sahaja suaminya sekarang ni dia lihat. Nasib Hana fikir pasal syurganya sekarang ni yang terletak pada Hayzack.

"Malas layan" mata alihkan memandang ke luar tingkap. Bibir mula berceloteh.

"Dahlah sombong lepas tu keras kepala dingin pulak tu huh macam manalah aku boleh jatuh cinta dengan dia ni" kutuk Hana.

"Sebab aku cinta pertama kau sebab tu kau tak boleh lupa" celah Hayzack selamba badak. Dia tengah geram dengan Hana sekarang ni. Nasib dia fikirkan sekarang yang dia sedang memandu kereta.

"Perasan! awak orang ke-100 okay sebelum ni ada lagi orang lain yang pernah saya suka" Hana yang tidak mahu mengalah melawan kembali. Sengaja dia berbicara begitu walhal dari dulu lagi suaminya seorang yang dia cinta sahaja.

Sakit hati dengan bicara isterinya punya pasal. Hayzack semakin melajukan pemanduan kereta. Lagaan gigi jelas terdengar di salur pendengaran Hana. Tahulah Hana yang Hayzack tengah marah dengan dirinya.

"Husband stop! Jangan macam ni please" lengan kekar Hayzack diraih. Mata Hana terpejam rapat melihat kelajuan kereta yang makin dilajukan.

"Awak please" Hana merayu perlahan pada Hayzack. Perut yang masih kempis dipegang Hana. Sudahlah dia tengah mengandung sekarang ni.

Air mata Hana mula jatuh.

"Please husband. I'm sorry" ucap Hana.

Kereta diberhentikan di pinggir jalan. Hayzack meraup muka berserta dengan rambutnya. Terlupa pulak dia yang isterinya tengah berbadan dua. Itu pun dia tersedar sewaktu Hana memegang perut tadi.

Nafas Hayzack tarik dalam. Kepala mula dialihkan memandang Hana yang masih tersedu-sedan di sebelah. Geram dengan muka putih itu yang memerah.

Hayzack menarik rahang Hana lembut supaya memandang ke arahnya. Mata itu masih mengalirkan air mata lesu. Dada terasa sakit. Terasa dirinya suami yang teruk pulak membiarkan air mata yang berharga itu mengalir kerana dirinya.

"Aku mintak maaf babygirl. Aku terlalu ikutkan emosi. Aku sakit hati waktu kau bagitahu aku kau ada lelaki lain sebelum aku" Hayzack tergelak pahit. Entah kenapa dia terasa lucu sedangkan Hayzack tahu dia sudah memiliki Hana seutuhnya.

Dada Hayzack dipukul Hana lembut. Dia geram dengan suaminya. Tapi hendak buat macam mana salah dia jugak kata bukan-bukan depan suaminya. Sedangkan benda tak ada pun terjadi. Lagi pun seperti dia kata sebelum ni suaminya orang pertama yang dia jatuh cinta dari dulu lagi.

"Saya gurau jelah. Mana ada lelaki lain yang dapat hati saya selain awak. Even dulu saya tunang dengan Izz tu pun saya masih ragu-ragu sedangkan awak saya masih pilih walaupun dah banyak kali awak sakitkan hati saya" ujar Hana. Tatapan mata antaranya dengan Hayzack dibalas lembut.

His Babygirl [𝑪]Where stories live. Discover now