61 | BABYGIRL

3.9K 100 2
                                    

HAYZACK yang baru saja melangkah keluar dari tandas di airport itu mengelap tangannya dengan tisu. Kepala diangkat untuk melihat susuk tubuh isterinya.

Namun , lain pulak matanya disajikan dengan aksi seorang lelaki yang cuba untuk meraih perhatian dari Hana. Rahang Hayzack ketap kuat. Tak guna!

"Seorang je ke?" soal lelaki berbaju biru itu. Tempat duduk di sebelah Hana dilabuhkan punggung.

Sebenarnya dari tadi lagi dia perhati gadis ini dari jauh duduk berseorangan. Itu yang di tegur tu alang-alang boleh try tackle sekali!

"Maaf , boleh tak awak duduk jauh sikit" tidak selesa diri Hana rasa tatkala jejaka itu bagai sengaja merapatkan jurang antara mereka.

Kepala Hana meliar mencari kelibat Hayzack. Hanya suaminya seorang saja yang boleh jadi penyelamatnya!

Mata Hana bersinar-sinar apabila suaminya melangkah mara mendekati tempat duduknya.

"Hey , saya tanya ni awak single ke taken?" tanya lelaki itu berulang kali. Terasa dirinya seakan dipalau saja oleh gadis kecil itu. Penat dari tadi dia kata beria-ria.

"Taken by me asshole! Berambus yang kau kacau ni isteri akulah sial. Tak ada perempuan lain ke kau nak try bodoh" kolar milik lelaki berbaju biru itu Hayzack tarik kasar menghadap mukanya.

Sakit hatinya melihat aksi lelaki itu dari tadi. Nasib baik isterinya seorang ni bukan jenis senang melayan lelaki. Kalau tidak dia kurung je Hana dalam bilik. Biar terkurung sampai berulat pun tak apa.

"Kau tipu kan ni isteri kau padahal orang lain. Kau sengaja nak tolong dia kan" lelaki itu melawan panahan mata Hayzack berani. Hana yang menyorok di sebalik badan Hayzack cuba diraih.

Tetapi awal-awal lagi tangannya ditepis kasar dengan lengan kekar Hayzack. Makin membara marah di dada Hayzack melihat perbuatan berani lelaki itu.

"Kau ni tak faham bahasa ke sial? Ni memang isteri akulah. Takkan nak aku tunjuk sijil nikah dulu baru kau nak percaya" jerkah Hayzack.

Lantunan suaranya yang kuat itu menarik beberapa orang yang lalu-lalang di airport itu. Tetapi semua perkara itu Hayzack tidak endahkan.

Mukanya masih tegang menandakan amarahnya masih belum reda. Limit orang pun ada jugak hadnya. Jangan sampai dia saman je jejaka ni kerana sesuka hati hendak menyentuh isterinya.

"Sekali lagi kau cuba nak usik , sentuh tak pun try flirt dia. Aku takkan teragak-agak nak saman kau. Dah berambus!" halau Hayzack sambil melepaskan kolar lelaki itu ke belakang.

Berlari bertempiaran lelaki itu. Takut dengan ugutan Hayzack yang boleh membawa padah pada dirinya. Menyesal dia rasa mencari pasal. Bukannya tadi dia tidak dengar perbualan orang ramai yang berbisik tentang lelaki jutawan muda itu.

Hayzack menjeling Hana sekilas sebelum dia mula meninggalkan susuk tubuh isterinya bersendirian. Hatinya masih membara bila terkenangkan perbuatan lelaki muda tadi.

"Awak? Husband" Hana melaung kuat. Cuba memanggil suaminya yang sudah bergerak jauh dan meninggalkan dirinya di belakang.

Tergesa-gesa Hana mengambil beg tangannya dan beg roda yang dikongsi dengan suaminya. Langkah kaki Hayzack dikejar walaupun Hana pasti memang takkan dapat seiring. Sejak mengandung ni jalannya jadi sedikit terbatas. Maklumlah kandungannya pun dah cecah 1 bulan.

His Babygirl [𝑪]Where stories live. Discover now