50 | BABYGIRL

6K 142 5
                                    

CEBISAN gambar perkahwinan itu dilempar kasar di dinding bilik. Rambut panjang Sally kuak ke belakang. Semalam baru sahaja pengintipnya memaklumkan padanya yang perempuan dia benci itu sudah disatukan dengan Hayzack Iskandar

Serabut dia rasa sekarang ni. Tak sempat dia mahu memulakan rancangannya. Majlis perkahwinan itu terlebih dahulu dijalankan. Seakan tahu sahaja yang majlis itu akan rosak angkaranya. Kadang-kadang dia rasa bingung pun ada seakan ada orang yang membaca rancangan yang dia buat pun ada jugak.

Sekilas mata Sally menjeling cebisan gambar perempuan itu dengan lelaki yang pernah dia goda dahulu. Meluap-luap rasa amarah di dadanya kini melihat senyuman yang terbit di bibir Hana.

Memang kali ini dia kena memulakan rancangan dengan cepat. Tidak suka melihat muka gadis itu penuh dengan kebahagiaan yang dilihat.

"Kau tunggu sundal. Memang lepas ni aku akan bagi sengsara dekat diri kau. Biar kau rasa macam mana rasa sakit kena tinggal dengan orang yang kau cinta" gumam Sally penuh dendam di hati.

Dalam leka Sally terkumat-kamit sendiri tanpa dia sedar kawan serumahnya mendengar perbualannya sampai habis di sebalik pintu. Tersungging senyuman sinis di bibir perempuan itu.

Perlahan-lahan kaki menapak pergi masuk ke dalam bilik sendiri. Telefon yang berada di poket seluar dikeluarkan. Lincah tangannya menekan nombor seseorang sebelum telefon di tangan mula dilekap pada telinga.

"Hello , Danish. Yes , perempuan tu dah nak mulakan rancangan gila dia. Nanti kau inform dengan Tuan Muda. Pasal rancangan perempuan tu jangan risau aku sendiri yang akan hentikan" terang Fyra berbisik. Tangan dicekak di pinggang sambil mata merenung kepekatan malam dari balkoni bilik.

Fyra merupakan anak buah Aysar. Disebabkan Danish yang tidak cukup tangan untuk buat kerja dalam satu masa. Dia yang meminta dari lelaki Italy itu untuk mencari seseorang untuk menjadi orang kanannya.

Dan siapa sangka waktu itu dia dapat mengetahui orang kanannya perempuan. Namun , kebetulan atau tidak dalam masa yang sama jugak dia dapat mengetahui yang Sally sudah keluar dari rumah kawannya.

Dengan kesempatan itu dia gunakan sebaik mungkin dengan  menyuruh orang kanannya berpura-pura menjadi baik. Kononnya untuk Sally duduk serumah dengan orang kanannya bagi mengetahui rancangan dari Sally.

Bertambah mudahlah kerja Danish bila Fyra memaklumkan padanya yang Sally bersetuju untuk tinggal bersama. Dan kini disinilah mereka berdua.

Bekerjasama bersama bagi menjatuhkan Sally yang tidak habis-habis membuat onar dengan perempuan kesayangan Tuan Muda mereka.

"Nanti apa-apa aku roger kau. Kau pulak jangan terleka pulak. Perhati je perempuan tu walau kat mana sekalipun. Kita tak boleh terlepas pandang sebab perempuan tu licik even dia buat kerja seorang diri" pesan Danish bernada keras sebelum menamatkan panggilan telefon.

Kadang dia rasa tak puas hati pun ada dengan si Sally ni. Ialah orang kalau boleh tak nak cari masalah tapi perempuan ni bagai sengaja mencari masalah dengan api. Bukannya dia tidak tahu sebab-sebab perempuan itu berdendam dengan Puan Muda mereka.

Dia sendiri sudah mendengar perbualan dari telefon yang direkod Fyra. Macam tak masuk akal pun ada jugak waktu dia dengar tu. Takkan sebab lelaki yang kita tidak pasti jodoh kita tu perempuan tu berdendam semata-mata bukan?

Tapi nak buat macam mana. Orang kalau sudah cinta mati pada seseorang sanggup buat apa-apa sahaja. Walau sekalipun terpaksa gadaikan nyawa.

Danish menggeleng-gelengkan kepala. Mengusir segala benda di minda jauh. Lebih baik dia teruskan buat kerja dia dari fikir pasal hal perempuan itu. Bukan bawak mana-mana makna padanya pun.

His Babygirl [𝑪]Where stories live. Discover now