08 | BABYGIRL

4.1K 199 2
                                    

HAYZACK menarik rambutnya ke belakang.

What I have done to her?

Sofa yang berada di hujung bilik dilabuhkan punggungnya. Kepala di rehatkan pada kepala kerusi.

Dua butang baju kemeja dibuka dari atas. Lengan kemeja dilipat hingga ke siku. Dari office dia tak dapat fokus. Seakan terganggu macam menyesal pun ada kata macam tu kat perempuan yang dia terserempak tu.

Tak tahu kenapa tapi setiap kali dia berjumpa dengan perempuan tu mesti jantungnya berubah rentak menjadi laju. Bagai baru habis berlari. Perempuan itu seakan dekat sahaja dengan dirinya.

Tapi tak mungkin lah perempuan tu ada kena mengena dengan dia kan. Hayzack cuba membuang andaiannya. Kalau betul dia lah insan paling bodoh kat dunia buat macam tu.

Muka diraup sebentar bagai berfikir. Dompet di dalam kocek seluar dikeluarkan untuk mengeluarkan sesuatu yang berharga di dalam. Namun dicari-cari tak jumpa. Mana pulak gambar dia dengan gadis kecilnya?

Dompet diletak di atas meja di hadapan sebelum dia berdiri. Kaki di langkah ke bilik wardrobe dan mencari di setiap pelusuk seluar yang selalu dipakai. Beberapa minit dia mencari namun tetap tidak jumpa takkan tercicir kot.

Dah berapa hari lama baru dia perasan. Gambar tu cuma ada satu je. Macam mana dia nak pastikan gadis kecilnya nanti? Menyesal pun ada patutnya copy banyak-banyak. Ni kalau dah jadi macam ni apa lagi yang dia kena buat Ya Allah.

Rambut hitam keperangannya di tarik ke belakang. Kaki kembali melangkah duduk di sofa dalam biliknya. Keluhan dilepaskan. Stres dia rasakan. Dalam sekelip mata je gambar tu hilang. Kosong dan lesap begitu sahaja.

Seketika kemudian , telefonnya berdering kuat mintak diangkat di atas meja. Hayzack yang masih serabut hanya mengangkat tanpa memandang nama pemanggil.

"Hello Tuan , sorry for interrupting your time tonight" ujar Aidil.

"It's okay. Just go what do you want" kata Hayzack dingin.

"Just a remind Tuan tomorrow a representative from AD Holding will come to hand over the Johor project file that we discussed yesterday" beritahu Aidil di hujung talian.

"What time did the AD Holding representative come?" tanya Hayzack pada Aidil. Tangan sebelah naik memicit dahi.

"10 o'clock in the morning" ujar Aidil.

"That's it?" soal Hayzack lagi.

"Ya , Tuan"

"Alright" panggilan terus dimatikan Hayzack. Telefon dicampak di sofa sebelah. Badan kembali bersandar pada sofa.

Mesti ramai pelikkan kenapa dia ambik PA lelaki? Sejujurnya sebelum ni pernah juga dia mengambil PA perempuan cuma kebanyakkannya yang datang mahu kerja di syarikatnya hanya mahu menggoda dirinya.

Well typical lelaki kaya dengan kacak mesti nak duit kan? Hayzack tersenyum sinis mengenangkan kebodohan perempuan yang datang ke biliknya untuk menggoda dirinya. Dia masih bijak lagi dan dia bukan jenis mudah terpedaya dengan helah perempuan. Dan start dari situ dia mula mencari PA lelaki.

Bukan sebab apa takut syarikatnya muflis gara-gara ada pekerja yang tidak professional. Lagi pun daripada dia layan perempuan macam tu baik dia layan gadis kecilnya. Suka pun suka gembira pun gembira hatinya.

Dompet di atas meja diambil dan dilihat sekali lagi. Tetap tidak jumpa kosong dan hilang begitu sahaja. Sebelum ni tak pernah dia cuai sampai macam ni kalau duit tercicir dia tak kisah tapi ni gambar dia dengan gadis kecilnya. Gambar tu pulak cuma ada satu sahaja.

His Babygirl [𝑪]Where stories live. Discover now