09 | teka-teki & takut

678 53 41
                                    

LANGKAHAN tetap diatur gigih. Papan besar yang terdapat pelbagai tulisan dan gambar itu dihampirinya. Pelbagai teka-teki permainan yang tidak ternoktah di situ.

Kegigihan Ace Zayren untuk bermain teka-teki itu membuatkan dia seolah-olah melupakan kesakitan yang sedang dialaminya tika ini.

Kesakitan yang masih tersisa. Sakit dan berbisa. Bayang sahaja mukanya yang bengkak, makan pun tidak lalu.

Keluhan dilepaskan saat bebola matanya menghadam setiap abjad yang ada. Dengan hanya berbaju t-shirt panjang freesize dipadankan dengan seluar tidur, dia mencapai pen berdekatan.

Satu perkataan direnung.

Outside.

Pangkah.

"Bukan orang luar. Aku pasti," bisiknya perlahan.

Orang yang menyerangnya pasti orang yang dikenalinya. Dia mempunyai bukti yang dikumpulnya daripada awal.

Setiap orang suruhan yang menyerangnya itu terdapat beberapa persamaan. Buktinya mereka yang tidak sempat melepaskan diri itu merupakan pekerja syarikatnya.

Begitu berani sekali dia menggunakan orang bawahannya sendiri untuk menyerang orang yang membayar mereka gaji.

Tiada banyak maklumat yang didapatinya kerana mereka langsung tidak mahu memberitahu kebenaran walaupun setelah dipaksa. Mungkin mereka ada sebab sendiri, tiada siapa tahu.

Dia hanya menyerahkan mereka pada pihak yang lebih berkuasa untuk memberikan hukuman yang seadilnya ke atas mereka.

Kakinya melangkah menghampiri meja yang tersedia. Pelbagai kertas dan fail yang terdapat di permukaan meja kaca itu langsung tidak menarik pemerhatiannya. Pemikirannya masih menerawang.

Sehelai kertas yang terjatuh dipandang. Perlahan-lahan dia mencapai kertas yang berconteng itu. Kini dia hanya boleh menggunakan tangan kirinya sahaja. Agak susah.

Zay busuk.

Zay gila.

Zayren kambing.

Tahi kambing.

Tteokbokki sedap.

Aku nak tteokbokki.

Makan ket-tteok Zay.

Terorak satu senyuman pasrah dengan tulisan yang terconteng di atas kertas di biliknya yang berada di rumah Chris. Siapa punya kerja? Tentu-tentulah Azz Rayden dan Yeon.

Tiba-tiba terdapat satu serangga yang terbang di hadapan wajahnya membuatkan tangannya yang memegang kertas itu melibat di udara.

Dia terdiam sejenak. Badan terhenti bergerak. Bebola mata mula bergerak dan matanya membuntang seperti memikirkan sesuatu. Semua gerakannya berhenti. Otaknya mula bergeligat mengecam.

Pandangannya kosong dengan dahi yang berkerut. Dia memikirkan sesuatu. Sesuatu yang sangat terbiasa. Tetapi entah mengapa dia tidak dapat mengenal pasti. Apa yang difikirkannya?

Tersentak. Kepalanya mendongak.

This scent smell familiar...

"Zay,"

Ace Zayren menoleh. Kasyfu berada di daun pintu bersama fail di tangan. Memandangnya dengan pandangan kosong. Dan kakinya mula melangkah menghampiri Ace Zayren.

"Kenapa kau bangun dari katil?" Soal Kasyfu sebelum dia menghela nafasnya. Fail yang berada di tangannya dihulur kepada Ace Zayren sebelum dia meletakkannya di atas meja.

"Mana Chris?" soal Ace Zayren.

Kasyfu menggelengkan kepalanya.

"Ray dengan Chris bergaduh tadi. Chris just, need some time," terang Kasyfu membuatkan Ace Zayren mengerutkan dahinya.

ACE ZAYREN'S©Where stories live. Discover now