22 | haer & okey

486 43 22
                                    

NAFAS mereka laju. Masing-masing sudah jatuh terduduk kerana kepenatan dan kelelahan. Mata mereka masih bertatapan tajam sebelum Ace Zayren menghela nafas mengah.

"Kau.. dah... kenapa...?" Ace Zayren menyoal dengan nafas yang tersangkut-sangkut. Matanya mencerlung ke arah Haer sebelum dia menjerit melepaskan kelelahan dan terus merebahkan diri di lantai kotor tempat parkir kereta.

Haer tetap mendiamkan diri. Masih mencari oksigen yang hilang. Rambut mereka berserabai, disaluti peluh yang menitik-nitik jatuh daripada dahi. Baju berkedut seribu dengan butang yang terbuka dan tali leher yang separa longgar.

"Aku baru nak jumpa kau..." kata Ace Zayren lagi sebelum berdecit kesakitan akibat pukulan Haer. "... tapi tak sangka pula kau sapa aku terlebih dulu. Tapi, agak keras la sapaan pertama kau lepas berapa lama kita tak jumpa."

"Diamlah, kau memang patut kena." Haer marah dalam kelelahan.

"Kerepek apa kau tiba-tiba ni?" soal Ace Zayren. Dah la tengah lapar, boleh pula kena belasah. Kan dah jadi kerepek.

"Kau ceroboh bilik Aisyah!" marah Haer, amarahnya kembali membara.

Ace Zayren terdiam. Patutlah marah semacam. Soal ini rupanya. Sedarlah bahawa dia faham mengapa Haer tiba-tiba datang menyerangnya saat mahu masuk ke dalam kereta.

Niatnya baru sahaja mahu berjumpa dengan Haer. Rupanya Haer yang mengambil langkah awal terlebih dahulu. Tetapi bukanlah satu sapaan setelah sekian lama tidak berjumpa yang diinginkannya.

"Aku tak ceroboh. Aku cuma..."

Belum sempat Ace Zayren menghabiskan kata-katanya, Haer terlebih dahulu berdiri sebelum menyerangnya kembali. Dua tumbukan kuat dilepaskan di muka adiknya sebelum Ace Zayren menahan tumbukan Haer buat kali yang ketiga.

"Sabarlah! Dengar dulu apa yang aku nak jelaskan dekat kau!" kata Ace Zayren, agak keras. Dia sudah tiada tenaga mahu melawan tubuh tegap Haer yang sama tenaga dengannya, mungkin lebih darinya.

"Aku penat nak dengar alasan kau lagi! Terlalu banyak alasan!" jerkah Haer lagi sebelum Ace Zayren terpaksa membalas tumbukan Haer.

Ace Zayren menjarakkan dirinya.

"Dengar dulu boleh tak?" soalnya, mengah.

Haer hanya mendiamkan diri, kepenatan. Sakit.

"Aku ada sebab masuk bilik Aisyah," jelas Ace Zayren sambil tangannya menyeluk masuk ke dalam poket baju kemeja di balik kot kerja miliknya. Kertas tinggalan Aisyah itu dipandang sebelum tangannya dihulurkan pada Haer.

Haer memandang hairan dengan mata helangnya.

"Ambillah, kau berhak tahu."

Haer terdiam, "Surat apa ni?"

"Bacalah sendiri. Itu pun nak kena ajar ke?"

"Kau tak payah nak loyar buruk dengan aku." Haer merentap kertas itu sebelum badannya disandarkan di kereta Ace Zayren.

Malas nak melayan amarah Haer, Ace Zayren mendekati Haer sebelum turut menyandar sama.

"Jauh la sikit!" marah Haer. Ey, jangan rapat-rapat dengan aku la!

"Eleh, dulu aku la yang kau cium-cium. Sekarang, sombong namatey," perli Ace Zayren. Masih mengawal nafasnya.

"Bullshit," balas Haer. Kertas di tangannya dibuka luas. Matanya bergerak-gerak. Terkedu.

"Aku cuma nak ajak kau bekerjasama, tolong aku. Bukan ajak bermusuh." Ace Zayren bersuara lemah. Sebak. Teringatkan keakraban mereka dulu membuatkan dia rasa mahu peluk Haer sekarang juga.

ACE ZAYREN'S©Where stories live. Discover now