59 | Kawan atau lawan?

224 16 0
                                    

HAMPIR satu jam Aura Helena menunggu Ace Zayren di dalam kereta, luar bangunan gah dan mewah itu. Katanya sekejap sahaja mahu berjumpa di pejabat kawannya tapi sampai sekarang masih tak nampak batang hidung.

"Airi, awak rasa lama lagi ke suami saya kat atas? Dia ambil apa?"

Airi selaku pemandu mereka hari ini segera menoleh ke cermin kereta yang memantulkan bahagian belakang itu.

"Saya pun tak tahu, puan. Tuan kata dia nak ambil fail projek di Singapore. Kenapa? Puan rasa tak sihat ke?" Airi prihatin.

"Tak adalah, saya cuma tak selesa duduk lama sangat dalam keadaan macam ni. Sakit pinggang sikit," omel Aura Helena sambil mengusap perutnya yang kejap-kejap mengeras. Aktif sangat kandungannya hari ini.

"Puan nak apa-apa ke? Sebab muka puan nampak pucat pagi ni," soal Airi, risau pula dia tengok isteri majikannya yang kelihatan tidak bermaya. Selama ini berseri sahaja wajahnya. Tak tahu lah kenapa hari ini nampak pucat.

"Eh, yeke? Tak adalah, saya rasa okey je. Mungkin sebab saya tak cukup rehat kut." Aura Helena pegang pipi sendiri. Rasa okey je, cuma perutnya sahaja lah yang meragam sejak tadi.

"Kalau puan nak apa-apa, terus bagitahu saya ya."

"Awak rasa, kalau call Ace, saya kacau dia tak?"

"Tak pun. Tuan dah pesan pada saya untuk terus call dia kalau puan nak apa-apa. Termasuklah kalau puan nak tuan." Airi sengih.

Amboi, suka pula dia menyakat!

"Kejap, saya call Tuan."

Airi keluar dari kereta. Dia mendail nombor majikannya sebelum menunggu panggilannua untuk dijawab. Manakala Aura Helena setia menanti dengan bosan di dalam kereta.

Nak tunggu kat rumah, Ace Zayren beria-ria mengajaknya. Kata nak bawa dia pergi makan Ilao Ilao tapi sampai sekarang tak nampak batang hidung. Mesti dah seronok berborak dengan kawan dia kan...

Aura Helena tersentak kecil apabila cermin tingkap kereta diketuk.

"Tuan tak angkat. Dah tiga kali saya call tuan. Puan nak saya naik ke?" soal Airi. Tak betah pula dia melihat wajah pucat isteri majikannya. Kalau apa-apa jadi, dia gelabah dulu rasanya.

"Tak susahkan awak ke?" soal Aura Helena. Dia nak Ace Zayren tapi takut pula susahkan Airi.

"Memang kerja saya Puan. Marilah, naik atas sekali. Puan larat ke?"

"Kalau saya duduk dalam kereta je, boleh? Saya tak larat la nak berjalan." Lagipun, dia mual naik lif sejak mengandung. Tak pasal-pasal karang muntah dalam lif.

Mendengarkan itu, Airi tak senang duduk. Risau pula mahu biarkan Aura Helena keseorangan di dalam kereta tanpa pengawasan sesiapa.

"Tak apa, saya okey je. Awak jangan risau. Awak pergi tengok Ace je kejap kat atas. Cakap kat dia, kalau lama lagi saya piat telinga dia sampai merah." Saja Aura Helena bergurau, sekadar nak redakan raut wajah Airi yang kegelisahan.

"Hm... Kalau macam tu, saya naik kejap. Jangan lupa kunci pintu kereta." Airi memesan lalu berlalu pergi. Sempat dia memesan kepada pengawal syarikat yang sedang bertugas untuk jagakan Aura Helena dari jauh.

Aura Helena pun tidak leka, terus kunci pintu kereta. Tangan capai telefon, tak ada benda lain yang dia boleh buat. Nak membaca pun, dia mabuk kereta.

Tak sampai lima minit pemergian Airi, dia dikejutkan dengan sekujur tubuh yang tiba-tiba melayang keluar dari pintu utama bangunan itu.

"Ya Allah!"

Lebih mengejutkan, tubuh yang tersembam di tanah itu adalah Airi sendiri. Belum sempat pengawal yang berjaga itu menolong Airi, dia pun sama terpalit. Mereka dipukul oleh lelaki yang berpakaian serba hitam dan bertopi.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 13, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ACE ZAYREN'S©Where stories live. Discover now