12 | Puan Sri

593 46 10
                                    

AURA Helena melangkah ke mejanya. Beg disandarkan pada kerusi sebelum dia menuju ke pantri. Rasa nak minum secawan nescafe pagi ini setelah penat menolong Abang Am menyiapkan kafe sebelum ke tempat kerja.

Bibir mengukir senyuman melihat Azz Rayden sedang termenung sambil tangannya menggenggam mug. Pagi-pagi dah termenung.

"Nampak sedih hari ni. Ada apa-apa berlaku ke?" soal Aura Helena, saja memulakan perbualan.

Tersentak lamunan Azz Rayden apabila ditegur oleh Aura Helena. Terus sahaja dia mengukir satu senyuman hambar sebelum menarik satu kerusi untuk Aura Helena.

"Saya mengacau ketenangan eh?" soal Aura Helena sambil ketawa. Tangannya sibuk mengacau air nescafe yang dibancuh sebelum dibawa ke meja. Dia duduk di hadapan Azz Rayden.

"Tak la," balas Azz Rayden ringkas.

Kepalanya masih memikirkan pertengkarannya dengan Ace Zayren. Dia tertanya-tanya mengapa Ace Zayren berkelakuan seperti itu.

Jarang sekali dia mahu memarahi dirinya sebegitu rupa. Yang pasti, kali ini abangnya betul-betul menyatakan perasaan yang ditahan. Mungkin benar kata Chris, selama ini dia memang menyusahkan Ace Zayren.

Juga sekelumit rasa marahnya pada Ace Zayren muncul. Entah mengapa perasaan dengki dan marah pada kejayaan Ace Zayren mula muncul dalam dirinya disebabkan kata-kata yang dilemparkan padanya.

"Okey la kalau macam tu. Tapi muka tu dah macam hilang bini je," gurau Aura Helena sambil ketawa sebelum dia mencicip nescafe miliknya. Masih panas tetapi menyegarkan.

Hubungan Aura Helena dan Azz Rayden menjadi rapat sejak hari Azz Rayden memarahi Chen. Selalu sahaja mereka berjumpa di ruang pantri sehinggakan Aura Helena menjemputnya ke majlis perkahwinannya.

Azz Rayden agak terkilan semasa mengambil kad itu daripadanya. Jujur, dia mempunyai satu perasaan pada Aura Helena. Tetapi apakan daya, dia sedar bahawa Aura Helena bakal menjadi isteri orang pada Ahad ini. Bersiap sedia sahajalah menangis di bucu katil. Hahaha.

"Encik jangan tak datang ye," kata Aura Helena pada Azz Rayden yang sedang menyicip kopi yang dibancuh olehnya. Azz Rayden hanya tersenyum sebelum meletakkan mug yang di tangannya di atas meja.

"Kalau saya datang sebagai perosak majlis orang boleh tak?" sakatnya bersahaja. Mencari semula mood biasanya.

"Amboi." Aura Helena ketawa. Bukan boleh buat main laki ni. Hahaha.

"Ouh, tak boleh eh?" gurau Azz Rayden lagi.

"Boleh kalau encik datang sebagai penyelamat saya. Manalah tahu bakal suami saya lari ke, boleh la terus kahwin dengan saya." Aura Helena hanya mengikut rentak gurauan Azz Rayden membuatkan lelaki itu ketawa.

"Okey, saya ingat. Jangan sampai masanya nanti awak tak nak terima saya!" kata Azz Rayden dengan tawa.

"Macam-macam la encik ni. Ni, dah sarapan ke belum?" soal Aura Helena, masih berbasa-basi.

"Just having this nescafe for my breakfast," jawab Azz Rayden sambil mengangkat mugnya ke arah Aura Helena dengan senyuman. Aura Helena hanya mengangguk mengerti.

"Kalau macam tu, cari la isteri. Hari-hari encik boleh makan sarapan sampai gemuk," kata Aura Helena membuatkan Azz Rayden ketawa.

"Siapa yang nak kahwin dengan saya, hm?" Kata Azz Rayden.

"Beratur orang nak, encik. Lebih lagi ada rupa, ada harta," kata Aura Helena, menyatakan kebenaran. Hari-hari ada sahaja perempuan yang tergedik-gedik melintas di depan matanya untuk mengacau Azz Rayden. Mujur sahajalah Azz Rayden bukan sejenis yang melayan.

ACE ZAYREN'S©Where stories live. Discover now