16 | putus

720 62 52
                                    

DENGAN dress kahwin dan kasut tumit tingginya, Aura Helena merayap sekitar hotel itu untuk mencari Tya. Bila telefon tak diangkat, bila di whatsapp tak dibalas.

Lagi beberapa minit sahaja majlis nak mula tetapi bayang Tya kelihatan. Ke mana Tya pergi pun, dia tidak tahu. Firdaus pula mencari di tempat lain bersama Ayra dan Iris. Mana Tya pergi?

Nak jumpa Rafeeq sebelum diijabkabulkan pun tak sempat. Batang hidung bakal suaminya pun tidak kelihatan. Tadi mencari juga tetapi tidak dijumpai.

"Aura Helena."

Terus terhenti langkahnya. Badan ditoleh ke belakang bersama kerutan di dahi. Terdengar satu suara yang tidak asing dipendengarannya. Terus ternaik senyuman di bibir.

"Chris!" jeritnya teruja. Lupa terus soal Tya.

"Hey. Congratulations. By the way, you're looking gorgeous today." Satu beg kertas dihulurkan. Sekecil tapak tangan milik Chris. Baru dia perasan yang Chris menggunakan accent British. Kedengaran sesuai dengan dia.

Aura Helena menyambutnya dengan teruja. Tidak sangka dia mendapat hadiah daripada orang atasannya. Dia teruja!

"Terima kasih sebab datang. Saya appreciate!"

"Not a big problem. By the way, what are you doing here? Aku rasa majlis kau dah nak mula, kan?" tanya Chris. Pelik melihat Aura Helena berkeliaran dengan dress kahwinnya yang sangat menawan dipadankan di badan gadis itu.

He's speechless. No doubt.

"Saya cari kawan saya, Tya. Mana entah dia menghilang," rungut Aura Helena.

"Kalau macam tu, jom la. Aku teman kau cari dia," pelawa Chris.

"Betul ni?" soal Aura Helena. Chris mengangguk pasti.

"Okey, jom!"

Mereka mula melangkah bersebelahan mencari Tya disekitar. Bila agak penat mencari dengan kasut tumit tinggi yang tersarung di kaki, dia memperlahankan langkahnya. Nafas mereka mengah.

"Kejap, Chris. Saya penat. Kaki saya sakit," adu Aura Helena sebelum menahan tangannya di dinding. Lelah.

Chris menghentikan langkahnya dan menghampiri Aura Helena. Kasihan pula melihat gadis itu. Mereka kini berada di hadapan lif. Suasana lenggang. Aura Helena membelakangi lif itu sebelum mendongak memandang Chris.

"Mana nak cari Tya ni?" rungut Aura Helena.

"Tak cuba call dia?" soal Chris. Jam di tangan dikerling. Sempat ke?

"Dah, tapi tak angkat!"

Chris mendiamkan diri. Bila berdecit-decit suara Aura Helena merungut sakit kaki, Chris melutut di hadapan Aura Helena sebelum kancing kasut tumit tinggi itu dirungkaikannya dengan mudah sebelum dicabut. Aura Helena hanya terkaku dengan perilaku Chris yang terlalu tiba-tiba.

"Rehatkan kaki tu kejap," arah Chris perlahan sambil melihat tumit Aura Helena yang kemerah-merahan. Pelik juga kenapa Aura Helena tidak memakai stoking. Bukankah seorang perempuan yang beragama Islam wajib menutup aurat termasuklah kaki?

Chris buat semua tersentap sekejap.

Aura Helena hanya mendiamkan diri. Mengikut sahaja arahan Chris. Ada betulnya juga, lagipun kakinya memang sudah berdenyut-denyut. Dia tidak biasa mengenakan tumit tinggi.

Chris mendongak. Dia terdiam seketika. Seperti dia kenal lelaki dihadapannya itu. Bukankah itu tunang Aura Helena? Dia kenal lelaki itu Ketika dia menyelidik latar belakang Aura Helena.

ACE ZAYREN'S©Where stories live. Discover now