45 | jumpa & ais krim

515 54 47
                                    

"AURA!"

Ace Zayren mula cuak. Kakinya sudah diatur laju. Kepalanya pula menoleh ke sekeliling. Menggagau mencari Aura Helena yang hilang dari pandangan mata.

"Kenapalah perempuan susah sangat nak dengar kata," gumam Ace Zayren sendirian. Tangan menyeluk saku, mengambil telefon yang terletak elok di dalam poket.

Nombor Aura Helena ditekan. IPhone dilekapkan di telinga. Bila tiada tanda-tanda panggilan itu akan diangkat, Ace Zayren merengus kasar.

"Zay, apahal gelisah?" sapa Azz Rayden.

"Nampak Aura?" soal Ace Zayren. Sebelah tangan sudah mencekak pinggang. Manakala sebelah lagi, naik meraup muka sendiri. Mata masih diliarkan ke sekeliling.

"Aura? Tak nampaklah pulak. Kenapa?" soal Azz Rayden lagi. Semerta, kepalanya turut menoleh ke sekeliling. Qais yang berada di sebelahnya pula hanya mendiamkan diri tetapi turut mencari.

"Tadi ada je dekat sebelah aku masa berborak dengan Mr. Gibs. Tup-tup hilang. Padahal aku dah pesan, jangan merayap tanpa aku," jawab Ace Zayren. Rambut yang menutup dahi disebak ke belakang.

"Pulak dah. Masa-masa tempat tengah crowded jugaklah dia nak merayap," hela Azz Rayden. Sudah peka yang mereka kena sentiasa berjaga-jaga bila keluar bersama Ace Zayren.

"Call Irhan, Chris dengan Luq. Suruh cari Aura sekali," arah Ace Zayren.

Azz Rayden mengangguk seraya menekan-nekan skrin iPhonennya, "Roger."

Ace Zayren menghela nafas. Kalau aku dapat perempuan tu, siaplah dia. Aku kutil sampai biru! Tak dengar kata! Tahu nak merayap aje kerjanya. Jangan sampai aku kurung dalam peti. Duduk terkurung dalam tu. Maklumlah, barang berharga. Hshshs.

Nombor Aura Helena ditekan lagi. Masih tiada tanda-tanda bakal dijawab. Kaki pula sudah tiada hala tujuan. Yang dia tahu, dia berjalan.

PAP!

Bahunya dilanggar seseorang saat hilang tumpuan. Dua telefon jatuh mencium lantai.

"Er... I'm sorry," kata Ace Zayren terus. Badannya ditundukkan sedikit, menunjukkan bahawa dia benar-benar tidak sengaja. Wanita itu pula sudah memegang bahu sendiri. Tak tahu dia langgar manusia atau langgar dinding bergerak.

Pantas, Ace Zayren mengambil telefon miliknya dan milik wanita itu. Telefon yang bercasing merah jambu itu diserahkan semula kepada wanita itu dengan riak serba-salah.

"It's okay," balas perempuan itu. Mengambil barang miliknya dan berlalu pergi.

Sekali lagi, Ace Zayren mengeluh. Kali ini dia mengeluh kegeraman. Rasa macam nak menjerit sekuat hati. Dia terlalu risau sehinggakan tidak mampu menumpukan perhatian. Rasa geram dengan diri sendiri.

Kepala didongakkan tegak ke hadapan.

Ace Zayren tersentak.

"Zay." Bahu Ace Zayren ditepuk dari belakang, "Dah jumpa Aura ke?" soal Azz Rayden.

Malangnya, Ace Zayren tidak menjawab. Matanya tegak memandang pada satu arah di hadapannya. Matanya terbuntang. Dadanya mula berdetak hebat.

"Aura," gumam Ace Zayren.

Kelihatan dua susuh tubuh yang tidak asing lagi baginya. Melihat dua gerangan itu, Ace Zayren diserang kerisauan dalam diam. Mula kalut mahu mendapatkan isterinya.

"Kau pandang apa..."

Mata Azz Rayden turut terbuntang. Sedarlah mengapa abangnya tidak menjawab dan hanya kaku di tempatnya.

ACE ZAYREN'S©Where stories live. Discover now