13 | kawan & teruja

575 46 1
                                    

"ASSALAMUALAIKUM."

Aura Helena menjenguk daripada tingkap. Berkerut dahinya melihat seorang lelaki sedang meninjau ke dalam rumah. Hanya berpakaian santai, berbaju hitam cotton dan seluar jeans putih. Terus dia mencapai tudung sebelum disarung di kepala.

"Waalaikumussalam, sekejap!" jerit Aura Helena. Pintu dan gril dibuka. Kaki melangkah ke gril utama. Dengan dahi berkerut menahan panasnya pagi ahad, dia memandang lelaki itu.

"Ya? Cari siapa ya?" soal Aura Helena.

Diam seketika. Tangan dibawa ke hadapan. Satu kad biru keras dipandang sebelum kepala didongakkan kepada Aura Helena semula.

"Ini rumah Tya ke?" soal lelaki itu.

"Awak siapa ye?" soal Aura Helena. Tidak menjawab pertanyaan lelaki itu. Jangan cakap yang dia ni Rafial, memang jadi pembunuh juga dia hari ni. Tak sempat kahwin dah masuk lokap.

"Oh, maaf. Saya, Erza. Kawan Tya." Dengan sopan, dia letak tangan di dada sebelum menunduk sedikit. Aura Helena ketawa dalam perut. Mujur bukan Rafial.

"Saya Helena, kawan Tya juga." Mereka ketawa.

"Ouh, awak yang hantar dia hari tu kan? Kenapa cari Tya?" soal Aura Helena.

"Haah. Saya nak pulangkan barang dia. Masa saya selamatkan dia, dia tertinggal beg dia dekat rumah saya. Er, Tya ada?" terang Erza.

"Er..." Aura Helena berhenti berfikir.

"Dia ada tapi buat masa sekarang ni, dia memang tak nak jumpa sesiapa. Tapi kalau awak nak saya cakap kat dia yang awak nak jumpa dia, saya boleh tanyakan. Tapi tak tahulah dia nak jumpa awak atau tak."

Erza diam. Pintu dalam yang terbuka dipandang kejap. Sesaat, matanya memandang lantai pula sebelum dia tersenyum hambar. Kepala digeleng sekali.

"Tak apalah, tak nak ganggu dia," katanya sejenak. Diam lagi. Otak dia berhenti bekerja. Terlupa akan niat sebenar bila hati dah dijentik rindu.

Kali pertama lihat perempuan itu, hatinya tertarik. Entah kenapa. Dia boleh jadi gila tersenyum seorang diri hanya kerana teringatkan Tya. Perempuan yang telah menyentuh hatinya.

"Oh, kejap." Erza bersuara sebelum ketawa. Baru teringat tujuan sebenar. Kaki melangkah menghampiri kereta sebelum mencapai beg berjenama gucci yang tertinggal. Beg itu diserahkan kepada Aura Helena bersama kad pengenalan di tangan.

"Terima kasih ya sebab pulangkan barang Tya. Nak pesan apa-apa?" soal Aura Helena.

Muka gadis itu dipandang. Entah kenapa bila nama Tya disebut, segala ayat yang dikarang sehari suntuk terbang macam tu sahaja. Hilang dibawa gemuruh. Alahai, Erza.

Kepala digeleng sekali. Satu senyuman hambar diukir.

Aura Helena mengangguk kekok. Okey... Lepastu?

"Kalau tak ada apa-apa, saya... masuk dulu?" kata Aura Helena perlahan. Erza tersenyum sebelum menggayakan tangannya, membenarkan Aura Helena masuk ke dalam rumah. Kasihan pula, dah la panas terik.

Aura Helena mengangguk sekali. Kaki melangkah pusing. Pelik-pelik sahaja lelaki bernama Erza ini. Gelisah semacam sahaja. Comel pun ada juga. Hahaha.

"Err, Helena. Kejap," tahan Erza selepas berperang dengan diri sendiri. Aura Helena tersenyum. Eih, gelabah!

"Ya?" Mereka kembali berhadapan.

"Err... Tya... Tya..." Tergagap-gagap Erza mahu menyoal. Aura Helena setia menunggu. Selepas satu keluhan dilepaskan, mereka bertentang mata semula.

ACE ZAYREN'S©Where stories live. Discover now