40 | penipuan & suami

835 60 28
                                    

CHRIS memandang ke sekeliling galeri Azz Rayden yang sedang sibuk dengan menyiapkan pembukaan galeri untuk esok hari.

Sudah pasti dengan keadaan yang selamat, matanya merenung Qais yang sedang memerhatinya. Rupanya, gadis itu turut bekerjasama. Bukan di bawah Puan Sri Raisha tetapi di bawah LH.

Jadi tertanya-tanya, siapakah LH?

Melihat Qais yang mengangguk, mereka berjalan sebelum berselisih. Tangan Chris menangkap satu objek yang diserahkan kepadanya sebelum bergerak ke luar galeri, jauh daripada mata-mata rakannya.

Telefon Irhan yang berada dalam genggamannya dibuka. Nombor Luqfith didail atas informasi dan arahan daripada Qais. Kemudian, sebelah tangannya bersedia untuk membuka rekod suara yang telah diubahsuai oleh Qais supaya kedengaran seperti Irhan.

"Hello, Han. Ha, kenapa?" soal Luqfith.

"Luq! Kau on the way ke sini, kan? Bagi tahu Zay yang galeri Ray kena serang!"

Chris tersenyum sinis.

"Huh? Macam mana boleh kena ser..."

Panggilan itu dimatikan oleh Chris. Matanya merenung puas hati ke hutan yang terbentang luas bersebelahan galeri Azz Rayden. Dia tersenyum sinis.

Another mission, accomplished.

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·

LUQFITH berlari laju mendapatkan pintu utama rumah Ace Zayren. Nafasnya mengah. Lariannya tidak teratur. Dia menghiraukan pengawal yang menjaga di pondok pengawal apabila dia merempuh masuk melepasi pintu pagar yang terbuka.

Yang dia tahu, dia perlu berjumpa dengan Ace Zayren secepat yang mungkin.

Berkali-kali butang loceng itu dia tekan. Dan muncullah Aura Helena yang ringkas bertudung. Memandangnya dengan kerutan. Dalam masa yang sama, Ace Zayren muncul dari belakang.

"Kenapa, Luq?" soal Ace Zayren. Tangannya jatuh pada bahu Aura Helena.

"Ray... Huh... Huh... Huh..." Luqfith tidak mampu bersuara. Nafasnya pendek. Dia kepenatan setelah berlari sekuat hati dari pejabat dek kerana Ace Zayren mematikan telefonnya.

"Calm down. Kenapa ni?" soal Ace Zayren kerisauan.

"Han call aku. Dia kata, galeri Ray kena serang!" terang Luqfith dengan suaranya yang cemas.

Terbuntang mata Ace Zayren mendengar khabar itu. Runsing kepalanya memikirkan bahawa Puan Sri Raisha masih lagi tidak berpuas-hati dengannya walaupun kebenaran sudah terungkap.

"Aku nak ke sana," balas Ace Zayren sebelum segera menapak laju. Sempat kunci kereta dan iPhonenya dicapai pantas.

"Tuan." Aura Helena menghalang langkahan Ace Zayren. Dia mula ketakutan melihat kegusaran mereka.

"Kau duduk rumah, okey? Jangan keluar dari rumah walau sesiapa pun datang," pesan Ace Zayren tetapi Aura Helena hanya menggelengkan kepala.

"Saya nak ikut," pinta Aura Helena.

"Tak boleh, Aura. Terlalu bahaya!" jawab Ace Zayren pantas.

"Tapi saya tak nak duduk seorang diri dekat rumah." Aura Helena takut. Dia takut jika ada sesuatu yang berlaku sepanjang ketiadaan Ace Zayren di rumah mereka.

"Cepat, Zay! Cepat!" gesa Luqfith dari luar sebelum dia masuk ke dalam perut kereta.

Ace Zayren menghela nafas terlebih dahulu. Langkahnya ditapak mendekati Aura Helena sebelum kedua belah lengan wanita itu dia pegang.

ACE ZAYREN'S©Where stories live. Discover now