25 | satu malam & kegagalan

880 55 22
                                    

"THANKS for the one night stand."

Aura Helena terdiam. Menggigil tangan kecil miliknya saat mendengar pengakuan daripada seorang lelaki yang berdiri membelakanginya. Nafasnya ditarik tersekat-sekat.

Ace Zayren.

Dadanya berdetak laju mendengar kata-kata tidak bernada lelaki itu. Sesekali dia menggenggam cadar katil putih yang asing baginya.

Apa yang dah jadi ni?

Bila terpandangkan baju di badannya sudah bertukar dan dirinya yang tidak bertudung, dia memejamkan matanya rapat sebelum menggenggam erat cadar katil itu. Liurnya yang terasa mengental ditelan bersusah-payah.

Jangan cakap...

"You know... It was great. And I thought that you're different than the other girl I met but..." Ace Zayren bersuara sambil ketawa kecil.

"How much did you need for yesterday's night? Maybe one hundred thousand more than enough, isn't it?"

Ace Zayren memusing ke arah Aura Helena tanpa memandangnya. Butang lengannya dibetulkan sebelum tangannya menyeluk saku seluar.

Aura Helena menghelakan nafasnya berat. Seraya itu, satu helai cek dicampakkan ke atas katil. Bibirnya diketap kuat. Semurah itu harga dirinya?

Dia tidak ingat apa yang berlaku. Perkara terakhir yang diingatinya adalah tujuannya mencari arah tandas. Hanya sekadar itu sahaja yang diingatinya dan selainnya hanya kosong.

Ace Zayren menapak ke arah meja yang menempatkan barangan mewahnya. Satu jam tangan dicapai sebelum disarung di tangan kiri.

Aura Helena mahu menangis tetapi dia sedar bahawa dia tidak boleh lemah di hadapan lelaki itu. Kenapa kebelakangan ini lelaki yang dihormatinya berani memijak maruahnya sebagai seorang wanita?

Aura Helena tertawa sinis, "Huh?"

Ace Zayren yang segak berbaju kot itu terpegun seketika. Dirinya sudah siap untuk ke tempat kerja. Satu senyuman sinis diorak. Dengan keadaan dirinya yang masih memasang jam mewahnya di tangan, dia memandang Aura Helena dengan sebelah kening yang dijongketkan.

Terdiam dia melihat Aura Helena mengoyakkan cek itu perlahan-lahan sehingga menjadi cebisan-cebisan kecil dengan senyuman. Dari kertas yang mempunyai nilai hampir seratus ribu ringgit, menjadi sampah yang tiada nilai. Nothing.

Sebelah keningnya terjongket tinggi melihat kelakuan Aura Helena. Perlahan-lahan kedua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket sebelum dia berdiri yakin berhadapan gadis itu.

Such an interesting woman.

Aura Helena ketawa. Dia menyelak gebar sebelum mula melangkah turun dari katil. Baju yang tersarung di badannya dibetulkan sebelum menyarungkan tudung di kepala dan mencapai beg tangannya. Dia menyelongkar isi beg itu sebelum berkeping-keping not ungu dikeluarkan dari beg.

"Not you, but me. Thank you for the one night stand. Yesterday's night was so good. It's a pleasure to meet you."

"I mean... It's a pleasure to have a night with you."

Duit itu dibaling terus ke muka Ace Zayren. Tubuh lelaki itu mengeras, membawa maksud yang dia terpegun dengan tindakan gadis lembut itu.

Hanya seketika sebelum matanya menangkap sebuah senyuman sinis daripada Aura Helena sebelum perlahan-lahan menapak keluar dari bilik asing itu tanpa perasaan. Puas.

Ace Zayren agak terkedu. Dia tidak menyangka Aura Helena yang kelihatan diam itu mempunyai perangai yang berubah-rubah. Anak matanya hanya memandang langkahan Aura Helena sehingga gadis itu mula hilang dari pandangan.

ACE ZAYREN'S©Where stories live. Discover now